strut tower bar atau lebih juga dikenali sebagai strut bar selalunya dipasangkan pada ruang enjin pada bahagian body kiri dan kanan kereta. peranannya adalah untuk mengukuhkan lagi body kereta dan seterusnya dapat meningkatkan pengendalian kereta terutamanya ketika pemanduan kelajuan tinggi. berbagai-bagai model yang diperoleh di pasaran sama ada dalam negara kita atau pun daripada jenama terkenal di luar negara
saya telah memilih jenama cusco daripada keluaran negara matahari terbit untuk dipasangkan pada honda civic fc. saya telah membelinya secara direct daripada jepun dengan harga yang lebih murah sedikit daripada pasaran dalam negara, namun harus diingatkan bahawa kos courier agak tinggi untuk shipping ke negara kita
kelihatan pada gambar ini, bateri berada pada kedudukan bahagian bawah strut bar. jadi sekiranya hendak menukar bateri terpaksa keluarkan bar terlebih dahulu dengan membuka nut allen pada hujung strut bar. agas leceh sedikit walaupun penukaran bateri bukanlah kerap dilakukan
$ads={1}
untuk memudahkan pengguna membuka dan memasang kembali bar ini, cusco telah memperkenalkan alat baharu yang dikenali sebagai quick release yang begitu mudah dipasangkan untuk menggantikan nut dan bolt asal tersebut. pemasangan agak mudah dan untuk keluarkan bar itu pun begitu senang sekali tanpa memerlukan spanar lagi
saya telah membawa masuk terus daripada japan dengan harga seratus lebih sahaja. kos pos pulak sekitar rm75 dengan menggunakan courie DHL yang memakan masa selama 3 hari sahaja untuk sampai ke tangan saya. begitu cepat dan pantas perkhimatan DHL internasional
begitu mudah untuk dipasang dan membuka strut bar. kalau dilihat pada quick release ini, nampak seperti alat pada basikal kan. namun konsepnya tetap sama. untuk melihat video pemasangan, anda boleh klik link youtube channel saya melalui ikon di bawah ini