nak tukar pad brek belakang yang ada electronic parking brake (epb) seperti honda fc dan kereta-kereta lain bukanlah boleh dibuat dengan cara biasa. kalau kereta-kereta lama seperti proton wira, senang je nak tukat, tak perlu special tools pun
kemudian barulah boleh keluarkan pad dan tolak piston ke dalam untuk membolehkan kita memasang pad baharu. setelah selesai kemudiannya masuk balik menu maintenance mode untuk kembali ke normal. sekali lagi bunyi pusingan motor epb akan kedengaran untuk mengembalikan piston kep arah brake pad. semasa kerja-kerja penukaran brake pad ini, kita boleh off dahulu scantool tersebut, tak ada masalah apa pun
$ads={1}
kalau tak ada scantool, boleh gunakan kaedah lain secara manual iaitu cabut soket epb dan sambungkan supply 9v-12v dan ground ke pin motor satu lagi untuk release. apabila selesai terbalikan polarity voltage tdi untuk kembali ke asal. ada pomen yang buat cara ini dan dalam youtube pun bayak tunjuk ajar cara manual ini
cara yang paling selamat ialah dengan menggunakan scantool, risiko kerosakan motor epb tidak berlaku. dah banyak kedengaran motor epb ini rosak akibat salah cara yang dibuat semasa menukar pad brake. namun begitu, terdapat pomen-pomen di luar sana yang lebih kreatif dan ada cara mereka yang tersendiri yang mereka lakukan dan mereka berjaya menukar brake pada dengan cara manual tanpa ada masalah tertentu
anda boleh perolehi scantool jenis ini di shoppe dengan link seperti di bawah