entri kali ini ialah mengenai bagaimana cara install software emanage blue (emb) type besar (model lama). paparan cara install ini khusus saya tunjukkan bagi sesiapa yang membeli software emb dan cable datalink usb daripada saya untuk tujuan kerja-kerja tuning nanti
software emb jenis besar ini ialah version 1.49 yang boleh didownload melalui link akan saya berikan dalam emal buyer nanti. keperluan untuk run software emb ialah windos xp atau windows 7 pro 32 bit. saya tak berpeluang untuk menguji software ini pada windows 10 dan sekiranya ada masa terluang saya akan membuat ujian untuk jalankan pada win 10 pada masa akan datang. saya percaya masih ramai lagi yang menggunakan emb di luar sana
setelah download software emb version 1.49 maka terlebih dahulu anda perlu install ke dalam laptop dengan paparan seperti yang tertera pada gambar di atas. jangan risau kalau keluar tulisan japan, anda hanya perlu menekan OK sahaja sehingga selesai ke step terakhir
langkah seterusnya dapatkan file yang bernama projectGSC dan double click file ini untuk membuka software emanage. anda boleh create shortcut dan copy ke desktop dengan rename emanage 1.49 untuk memudahkan semasa hendak membuka emanage map nanti
sekiranya file projectGSC tadi dibuka, maka paparan seperti ini akan terlihat di skrin laptop. perhatikan pada bahagian bawah kanan, akan kelihatan OFFLINE kerana cable usb belum lagi dipalam untuk menyambungkan antara laptop dengan modul emb. proses seterusnya ialah kita akan lakukan penyambungan cable usb untuk membolehkan emb dapat menerima apa-apa sahaja perubahan yang kita masukkan melalui software emb nanti
$ads={1}sebelum kita dapat memindahkan data daripada laptop ke emb, kita perlu install driver usb cable yang juga saya beri kepada sesiapa yang membeli cable tersebut daripada saya. sekarang cucuk cable usb dan download driver berkenaan
install driver seperti nama di atas ke dalam laptop sehingga selesai
periksa device manager laptop dan pastikan pada port (COM & LPT) keluar driver seperti yang tertera pada gambar di atas: Prolific USB-to-Serial Comm Port (COM3). perlu diingatkan bahawa COM3 ini tidak semestinya keluar COM3, ini bergantung kepada port usb laptop yang anda gunakan. ada ketikanya keluar COM5, COM2 dan sebagainya. com port ini nanti anda perlu setup pada software menage nanti
$ads={2}
buka software emanage dan klik pada menu Option (O) - COM Port dan tick pada mana-mana com port seperti yang ada pada device manager tadi. sebaik sahaja com port ini selesai ditanda, close software emb dan open balik. pada masa ini paparan ONLINE akan muncul pada bahagian bawah sebelah kanan
apabila segalanya telah selesai, close semula software emb. kemudian sambung dan on kunci kereta untuk on emb dan open balik software emanage. pada masa ini kita bolehlah open mana-mana map emb seperti contoh di atas. sebelum itu buat sedikit configuration bersesuaian dengan enjin yang kita gunakan
selamat mencuba & happy tuning