Big Brake Kit (BBK) Honda FC - Kelebihan & Kekurangan

salam sejahtera

penggunaan big brake kit (bbk) dewasa ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. kebanyakan pemilik kereta memasangnya dengan memilih kit yang sedia ada di pasaran negara kita sama ada kit baharu atau pun terpakai yang dibaik pulih semula (refurbished) dan tak lupa juga banyak keluaran copy. selain nampak cantik dan kemas, ianya sangat membantu dalam sistem braking sesebuah kenderaan

penulisan ini berkisarkan pandangan peribadi saya yang menggunakan big brake kit yang dipasangkan pada bahagian hadapan kereta honda civic fc. saya memilih jenama brembo model f50 4 pot yang diambil daripada kereta tesla type s. dipotong tapak bracket dan dibuat bracket baharu untuk dipadankan dengan bracket knuckle pada honda civic fc

saya bukan nak menafikan brek standard tak bagus untuk mengendalikan kereta, memang dah cukup untuk memberhentikan kereta saya, tapi iyalah... minat terhadap kereta ni membuatkan saya berbuat demikian. brek asal boleh je menjalankan tugasnya dengan berkesan dan baik tanpa masalah. pada proton wira saya gunakan caliper twinpot evo3 dan pada honda jazz juga gunakan twinpot yang diambil dari honda elysion


pemasangannya hanyalah plug n play sahaja tanpa perlu mod apa-apa pada bahagian knuckle asal civic fc. saya memadankan dengan disc bersaiz 355mm dan pemilihan ini bersesuaian dengan diammeter rim 18 inci. pemasangan dilakukan oleh saya sendiri dan segalanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. pad brake pilihan ialah keluaran endless model yss sport iaitu type biasa 400 degree untuk penggunaan harian biasa (street use)

hose brake juga ditukar dengan jenis braided dan proses bleeding minyak brake selesai dilakukan dengan sempurna. tiba masanya untuk menguji sistem brake baharu ini. walaupun masih baharu dipasang, dah terasa cengkamannya sangat berbeza dengan yang asalnya, cengkaman lebih padu, tekan sedikit sahaja dah gigit dengan kuat. terasa kekok apabila membrek


dalam tempoh 2 minggu penggunaan big brake kit ini didapati cengkaman semasa membrek semakin kuat, iaitu kita hanya perlu tekan sedikit sahaja dah memadai untuk memberhentikan kereta. pada awalnya agak tidak biasa menggunakannya kerana masih belum serasi dengan sistem braking baharu ini, alah bisa tegal biasa
$ads={1}
terdapat kelebihan & kekurangan yang saya dapati apabila menggunakan big brake kit 4 pot ini pada civic saya. sekarang dah guna hampir setahun dan saya masih lagi memerlukannya. di bawah dinyatakan kelebihan dan kekurangan 4 pot f50 ini pada jentera saya

kelebihan

  • sistem braking semakin mantap dan amat berbeza daripada keadaan standard. jarak berhenti semakin pendek dan terasa lebih yakin ketika membrek pada kelajuan tinggi
  • nampak cantik dan kemas dengan ruang rim yang besaiz besar, saya menggunakan rim 18",  jadi sesuailah dengan pemilihan disc rotor 355mm
  • boleh memilih brake pad yang diminati dengan jenama terkenal, tapi tepuk dada tanya selera dulu

kekurangan
  • sistem big brake kit ini sangat besar dan sudah tentu sedikit berat terutamanya semasa kereta hendak mula bergerak. bila dah bergerak rasa seperti normal sahaja. kalau fc 1.8 rasanya lagi ketara beratnya kot
  • brake pad yang mahal. endless yang diguna sekarang mencecah hampir rm700 satu set
  • nak pakai bbk terpaksalah tukar rim yang mesra dengannya, tentulah saiz yang besar diperlukan dan bersesuaian dengan pemilihan saiz rotor
  • jangka panjang normal je kot, part wear & tear suatu masa kena tukar jugak


sebulan lebih penggunaan bbk ini masalah lain pula timbul iaitu ada sedikit bunyi 'tap' sekali sahaja semasa menekan brek ketika kereta reverse. ini bermakna setiap kali reverse dan tekan brek untuk perlahankan kereta akan kedengaran bunyi tu, bunyi tak ketara sangat tapi bagi saya ia telah menimbulkan suatu keresahan yang bermain di fikiran. mulalah berfikir dan mengkaji apakah penyebab bunyi tersebut berlaku

masalah bunyi ini selesai setelah sedikit mod yang dilakukan pada pad brake. nanti saya akan ceritakan cara mengatasinya pada penulisan yang akan datang. sekarang bebas bunyi dan yang pasti pemanduan lebih meyakinkan apabila sistem brek dapat berfungsi dengan mantap 

terima kasih

إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم

in article

Visitors