Apa Perlu Dilakukan Apabila Google Account Digodam (hijacked)

 salam sejahtera

entri kali ini saya paparkan bagaimana cara yang boleh dilakukan sekiranya google account kita kena hijacked iaitu seseorang telah mengambil alih akaun kita dan kita secara total tidak dapat langsung akses akaun tersebut. ini termasukalah apa-apa sahaja akaun yang berkaitan dengan google seperti gmail, google drive, blog, youtube, google adsense, google ads dan lain-lain lagi

di sini saya paparkan bagaimana hendak recover balik akaun tersebut. sekiranya anda mempunyai channel youtube lagi baik dan agak mudah untuk mendapatkan kembali, tetapi hal ini juga bergantung kepada terma dan syarat tertentu


sebelum kejadian itu berlaku, saya ada menerima bertali arus alert daripada google, tetapi hal ini berlaku sangat pantas. tak sampai seminit google account saya hilang begitu sahaja. memang tak sempat buat apa-apa pun. bila nak buka gmail terus tak boleh akses

apabila diperiksa account kedua untuk recovery akaun saya yang menggunakan yahoo mail, memang ternyata ada perubahan yang sangat besar pada akaun saya. dalam sekelip mata segalanya ditukar oleh seseorang yang tidak diketahui di mana asal usulnya, kurang seminit lenyap terus

$ads={1}

apa yang perlu dibuat ialah anda perlu ada channel youtube untuk memudahkan membuat laporan kepada youtube support team di aplikasi twitter dengan membuat tweet baharu kepada pihak tersebut dengan menyatakan channel youtube kita telah digodam. saya tunggu 2 hari baru dapat balasan daripada pihak youtube support team. itupun pada awalnya macam tak nak ambil port dan dia bagi link untuk kita ikuti langkah-langkah biasa untuk mendapatkan balik akaun kita, ternyata gagal

sekali lagi saya re-tweet dan pada hari ke-3 baharulah support team reply dengan meminta saya melihat inbox dm kat twitter. baharulah saya rasakan ada sinar sedikit dengan adanya dm daripada pihak berkaitan. pertama dia meminta channel youtube kita, ingat ye buka short link channel youtube tapi nama channel yang panjang berjela tu yang menggabungkan nombor dan huruf, contohnya channel/7r4lnr43lJgLm45MYkpnAa, macam inilah lebih kurang

cari-punya cari akhirnya 2 hari jumpa, itupun dapat daripada sebuah laman web yang kiranya dia menganalisis sesebuah channel youtube. itupun kena pandai-pandai cari bukan terus dapat. kena masuk dalam mode inspect element kat nama channel tersebut, seperti di bawah


yang saya kaburkan itu ialah nama unik channel youtube saya. inilah yang dikehendaki oleh youtube support team kat twitter. dengan adanya nama channel ini memudahkan kerja-kerja mereka untuk menyiasat dan mengenalpasti situasi channel tersebut

hari ke-6 pihak youtube support team menghantar email untuk mengisi borang khusus mengenai kehilangan channel ini. hari ke-7 dapat respons daripada pihak support team dan mengakui bahawa channel saya telah dimabil alih dan seseorang telah menukarnya dengan channel 'tesla' dan kesemua video-video saya elah diprivate oleh mereka. pihak support team telah mengambil tindakan dengan block channel saya dan dari situlah bermula untuk recovery balik channel saya

hari ke-8 dapat email lagi pada malamya dan proses recovery dilakukan oleh saya sendiri dengan panduan daripada pihak support team youtube dengan kerjasama pihak google account untuk reset password akaun saya. bermula jam 11.00 malam hingga ke subuh proses-proses recovery bejaya di lakukan sepenuhnya

alhamdulillah, channel yutube saya dah dapat balik dengan dan perlu dikonfigurasi semula untuk disesuaikan dengan formay yang kita kehendakki. begitu juga dengan google account dan segala yang berkaitan dengannya dapat recovery semula. alhamdulillah....

proses nak dapat balik bukan suatu perkara yang mudah. kita perlu menyakinkan pihak support team bahawa channel dan akaun google kita digodam oleh seseorang

walaupun 2 step verification kita dah buat, hacker boleh memecahkan kod itu semua. sekelip mata akaun kita boleh berpindah tangan. saya syak sebab perkara ini berlaku kerana saya login google account di pc seseorang di tempat kerja dan dah ada tanda-tanda pelik dengan bermacam alert keluar pada pc tersebut. kemungkinan ada phising atau pun malware yang telah berjaya membaca akaun dan password kita

channel youtube saya boleh diakses melalui

jeff tacra studio  


إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم

in article

Visitors