Big Brake Kit (BBK)

 Dewasa ini kita dapati lambakan big brake kit (BBK) yang memasuki pasaran negara kita. sudah menjadi satu trend terkini, kebanyakan daripada peminat kereta berlumba-lumba untuk memasang brake yang besar gedabak ini

memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa sistem brake bagi sesebuah kereta merupakan nyawa untuk memastikan nyawa pemandu selamat. sistem brake yang berfungsi dengan sempurna dapat memainkan peranan untuk memberhentikan kereta dengan dengan berkesan

penggunaan bbk memang berbaloi kerana mampu mencengkam dengan lebih baik daripada sistem brake standard dan sangat dialu-alukan untuk dipasang pada kenderaan masing-masing. saru perkara penting yang harus diberi perhatian ialah bbk tersebut pastikan ORIGINAL dan bukannya memasang bbk yang tiruan
$ads={1}
penggunaan big brake kit (bbk) dewasa ini nampaknya lebih kepada kosmetik semata² kerana ada segelintir pengguna yang memasang bbk tiruan yang ternyata ketahanannya amat meragukan

Namun tidak dinafikan, ada juga yang menaik taraf kepada bbk original yang sudah pasti ketahanannya terjamin daripada retak, pecah dsb. Harga memang agak keras bagi bbk original

Jika ingin menggunakan bbk, lebih baik dapatkan barangan original walaupun diambil dari kedai terpakai yang terbukti ketulenan dan ketahanannya.  Ada juga yang telah dibaikpulih (refurbish), namun kena hati² jugak kerana seller claim refurbished padahal barang fake

Brake system amatlah penting kerana diibaratkan sebagai nyawa kerana kegagalan sistem ini boleh membawa padah

Bagi saya, sekiranya tidak mampu menggunakan barangan asli dengan harga hampir belasan K ringgit (brand new), lebih baik gunakan caliper standard yang ternyata telah melalui pelbagai ujian untuk mencapai piawaian yang selamat

Gunakan caliper standard dengan pad brake yang bermutu tinggi daripada jenama terkenal adalah lebih baik daripada menggunakan bbk tiruan. Tepuk dada tanya selera masing² 
إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم

in article

Visitors