Dewasa ini kita dapati lambakan big brake kit (BBK) yang memasuki pasaran negara kita. sudah menjadi satu trend terkini, kebanyakan daripada peminat kereta berlumba-lumba untuk memasang brake yang besar gedabak ini
memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa sistem brake bagi sesebuah kereta merupakan nyawa untuk memastikan nyawa pemandu selamat. sistem brake yang berfungsi dengan sempurna dapat memainkan peranan untuk memberhentikan kereta dengan dengan berkesan
penggunaan bbk memang berbaloi kerana mampu mencengkam dengan lebih baik daripada sistem brake standard dan sangat dialu-alukan untuk dipasang pada kenderaan masing-masing. saru perkara penting yang harus diberi perhatian ialah bbk tersebut pastikan ORIGINAL dan bukannya memasang bbk yang tiruan
$ads={1}
penggunaan big brake kit (bbk) dewasa ini nampaknya lebih kepada kosmetik semata² kerana ada segelintir pengguna yang memasang bbk tiruan yang ternyata ketahanannya amat meragukan
Namun tidak dinafikan, ada juga yang menaik taraf kepada bbk original yang sudah pasti ketahanannya terjamin daripada retak, pecah dsb. Harga memang agak keras bagi bbk original