Intake Manifold With S90 Throttle Body

entri kali ini saya hanya tunjukkan beberapa gambar intake mivec yang dipadankan dengan throttle body s90. sebagaimana yang kita ketahui, rata-rata throttle body s90 ini mempunyai bukaan sekitar 70mm diammeter manakala intake mivec hanya 60mm sahaja

sekiranya anda menggunakan throttle body s90 pada intake mivec maka perlulah diperbesarkan sedikit mulut intake sesuai dengan saiz s90 tadi. jadi proses rebore secara DIY boleh anda lakukan di rumah sahaja tanpa perlu menghantarnya ke mana-mana machine shop yang pasti menelan belanja yang mahal

alat ini mesti ada untuk memudahkan kerja-kerja merebore, selain alat ini anda juga perlukan hand drill untuk proses ini. tools ini boleh diperoleh di mana-mana kedai hardware dan belilah satu sahaja bit tersebut mengikut kesesuaian kerja-kerja yang hendak dilakukan

kalau diperhatikan pada gambar di atas, ternyata agak jauh perbezaan saiz bukaan diammeternya. bulatan pada kertas ini ialah saiz bukaan throttle body s90 dan saiz intake itu merupakan saiz asal untuk intake mivec (60mm) sahaja
$ads={1}
dengan menggunakan tools tadi, perlahan-lahan kita mula rebore intake supaya menjadi saiz 70mm seperti mana yang dikehendaki

selesai kerja-kerja memperbesarkan lubang intake daripada 60mm kepada 70mm. sebaiknya kita perlu melicinkan permukaan yang direbore tadi supaya nampak lebih kemas dan pengaliran udara semasa enjin berfungsi menjadi lebih baik

إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم

in article

Visitors