Info & Tips Vol. 10

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

beberapa info yang dipaparkan di sini untuk dijadikan panduan untuk semua, semoga bermanfaat



coolant temp sensor



coolant temp sensor memainkan peranan penting untuk menghantar isyarat suhu enjin sama ada panas atau sejuk. bagi kebanyakan kereta proton atau mitsu kerosakan sensor ini antaranya boleh menyebabkan kereta sukar dihidupkan semasa enjin panas iaitu selepas berhenti dan nak crank balik kebiasaannya agak sukar enjin dihidupkan. jika ada tanda-tanda seperti ini bolehlah anda mencuba menukar coolant temp sensor ini.Suhu (℃) dan bacaan resistance (kΩ) yang sepatutnya ialah seperti berikut:

0℃ - 5.8 kΩ

20℃ - 2.4 kΩ
40℃ - 1.1 kΩ
80℃ - 0.3 kΩ

oil jet atau oil squirter

oil jet atau ada juga yang menyebutnya sebagai oil squiter, bila pressure minyak tinggi maka minyak hitam akan ditembak keluar melalui oil jet ini. Sangat penting bagi enjin hi rev seperti mivec terutama yang upgrade blok 93 na kena tanam balik benda ni untuk keselamatan dan ketahanan enjin

mitsubishi gearbox code


ramai dalam kalangan peminat kereta khususnya kereta proton dewasa ini menukar enjin dengan enjin yang berkapasiti lebih besar dan berkuasa. gambar dia atas ialah sedikit info yang boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang menggunakan gearbox mitsubishi
$ads={1}

milwaukee m18 fuel - impact wrench

ramai yang bertanya tentang milwaukee impact wrench yang saya guna. Ini ada sedikit maklumat tentang spec tool tersebut. Nama: milwaukee m18 fuel. Maximum fastening torque: 1356 Nm. Nut busting torque: 1.8k Nm. berat: 3.3kg. battery voltage: 18v. Harga: sekitar rm2.4k

Review: boleh dikatakan agak power milwaukee ni, nak buka nat besar crank pulley takde masalah, henjut je dengan tool ni. Dah cuba jugak nat knuckle hub driveshaft tu pun takde masalah. Berbaloi dengan harga. Dulu memang saya nak beli compressor untuk digunakan dengan impact air gun, tapi bila dah dapat yang ni tak perlu lagi compressor. Tu je lah kot


high speed starter

starter hi speed mitsubisihi memang menjadi pilihan ramai kerana selain daripada bunyinya yang menarik, starter ini agak kuat untuk crank sesebuah enjin. Starter hi speed yang selalu menjadi pilihan ialah diambil dari model lancer evo123, vr4 atau lain² lagi. Namun kebanyakan model ini tidak dapat masuk pada blok 4g92 kerana tersangkut pada pipe coolant yang melintang pada bahagian belakang blok

Walaupun begitu ada juga starter hi speed yang boleh dipadankan pada blok 1.6 ini tetapi saya tidak pasti diambil dari model mana saya telah memakainya pada blok 1.6 suatu ketika dahulu

Perbezaannya jelas pada gambar iaitu kena perhatikan kedudukan selenoid starter. Kalau kanan (evo/vr4) tidak dapat masuk manakala yang kiri dapat plug & play pada blok 1.6. Gambar kanan selenoid starter dekat pada lubang nat manakala kiri agak jauh

caliper pin twinpot evo

punyalah susah nak cari front brake caliper pin ni. Kalau pergi kedai spare part, bagi tahu nak beli untuk model Pajero V6 atau Perdana V6. Kalau bagi tahu untuk model Evo3, sampai sudah tak jumpalah, tak ada stoklah, kena orderlah. Kalau kebetulan ada utk model Evo3 ni, harga mesti cekik punya

إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم

in article

Visitors