Info & Tips Vol. 11

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

alternator mivec


bagi pengguna enjin mivec CA sekiranya mempunyai masalah alternator akan menghadapi situasi yang meresahkan kerana untuk mendapatkan alternator mivec original agak sukar. anda tidak perlu risau kerana sekarang sudah ada di pasaran yang menjual alternator mivec recond. barang recond ni tahu sahaja lah kan, ada yang dapat bertahan lama dan ada juga yang tidak tahan lama, bergantung kepada nasib jugaklah
$ads={1}
salah satu tips lagi yang boleh dilakukan ialah, anda perlu mendapatkan alternator waja mmc atau pun alternator dari keluaran mitsu CK. alternator jenis ini perlu diubahsuai sedikit dan bukannya boleh dimasukkan secara plug n play. caranya ialah, kita perlu keluarkan segala isi dalam alternator ck dan dimasukkan ke dalam housing alternator mivec ca. sekarang bolehlah anda menggunakan alternator ck ini tetapi mesti menggunakan housing alternator asal mivec ca

engine oil

berapakah sukatan sebenar engine oil yang diperlukan bagi engine proton atau mitsu bermula dari engine code 4G13 hingga 4G93? pada kebiasaannya kita beli engine oil ini satu botol 4 liter tetapi bukan kesemua 4 liter tersebut perlu dimasukkan ke dalam enjin. kapasiti sebenar yang diperlukan untuk enjin jenis ini seperti yang dicadangkan oleh pengeluar ialah 3.5 liter sahaja di dalam oil sump/pan, manakala engine oil yang berada dalam oil filter pula ialah sekitar 0.3 liter sahaja

engine oil pressure

bacaan oil pressure dalam sesebuah enjin dapat diukur dengan menggunakan gauge tambahan iaitu dengan menambahkan sensor pada oil press asal. agak penting untuk pengguna enjin mivec dan juga lain-lain enjin kerana dari sini kita dapat mengetahui pressure engine oil serta dapat mengesan kelemahan oil pump sekiranya pressure terlalu rendah. bagi enjin saya bacaan oil pressure adalah seperti berikut:

cold start - 8 bar max
normal temp semasa idling - 2 bar
cruising - 4-6 bar
before mivec on - 7 bar
mivec on drop to - 5 bar

fuse load

fuse load capacity bagi proton wira
reversing lamps - 10A
turn signal lamp - 10A
gauge - 10A
blower motor & blower - 20A
windscreen wiper - 15A
radio - 10A
stop lamps - 15A
room lamp, clock - 10A
defroster relay, abs relay - 10A
electric door lock - 15A
tail lamp 10A
hazard warning flasher - 10A
headlight upper beam - 10A

manual transmission fluid

kandungan manual transmission fluid bagi gearbox manual proton wira 1300cc, 1500cc, 1600cc dan 1800cc hanya memerlukan 1.8 liter sahaja

mivec map sensor

pengguna jentera mivec ca memang tidak dapat lari daripada masalah manifold absolute pressure (map sensor) ini. part ini kecil sahaja tetapi jika rosak boleh memberi kesan yang besar kepada enjin seolah-olah enjin menjadi tempang, bayangkablah kalau tempang pasti jalannya tak sempurna lah kan. tanda kerosakan map sensor ini diterjemahkan melalui kemunculan check engine light (cel) pada meter dan diikuti dengan enjin menjadi sebu (3 silinder) dan ada ketikanya enjin boleh mati. dengan menggunakan multi unit tester (mut) akan keluar error code 32
إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم

in article

Visitors