kali ini saya berpeluang untuk melakukan kerja-kerja service throttle body honda jazz GE8 yang mengalami masalah idling turun naik terutamanya semasa aircond beroperasi. sepatutnya apabila kita membuka aircond kereta, rpm akan naik sedikit tetapi sebaliknya honda jazz ini mengalami masalah rpm turun mendadak sehingga menyebabkan enjin bergegar dan seolah-olah hendak mati. jadi untuk mengatasi masalah ini, tibalah masanya untuk kita service throttle body drive by wire honda jazz ini kerana kemungkinan kekotoran pada throttle body telah menyebabkan keaadaan ini berlaku. anda boleh melakukannya secara diy sahaja kerana lebih menjimatkan poket anda
untuk membuka throttle body jazz ini terlebih dahulu kita perlu membuka dan mengeluarkan bateri kereta tersebut. buka nat dengan berhati-hati dan keluarkan bateri daripada kereta. kemudian anda perlu membuka air filter box yang berwarna hitam (lihat gambar) di sebelah kiri bateri
$ads={1}
keluarkan air filter terlebih dahulu, unplug socket air flow sensor dan seterusnya buka 2 biji nat 10mm pada air filter box tersebut. jangan lupa juga untuk melonggarkan nat klip filter box ke throttle body. apabila kesemua langkah di atas dibuat maka boleh anda keluarkan air filter box ini
beginilah keadaannya apabila bateri dan air filter box dikeluarkan, dah nampak kosong bahagian berkenaan dan di bawahnya ialah gearbox honda jazz GE ini. kalau anda perhatikan terdapat satu part yang berbentuk bulat hitam dan terdapat hose disambungkan kepadanya. part ini merupakan atf filter bagi gearbox jazz ini. anda perlu juga menukar atf filter ini apabila dan mencapai tempohnya
inilah elektrik throttle body yang perlu dikeluarkan daripada intake tersebut. sebelum anda dapat mengeluarkan throttle body ini, anda hendaklah membuka segala hose yang bersambung ke throttle body tersebut seperti, hose isc, hose coolant dan beberapa hose lagi. seterunya unplug soket wire pada bahagian tepi belakang throttle body. kemuadian barulah buka 4 biji nat 14mm untuk mengeluarkan throttle body ini dengan mudah
inilah kotoran yang berada pada dalaman intake yang menempatkan throttle body dan sudah pasti throttle body juga mengalami masalah kekotoran yang sama. lap dan bersihkan mulut intake tersebut biar bersih keseluruhannya. getah oren itu merupakan gasket untuk dipasangkan throttle body
saya mencuci kotoran carbon ini tanpa menggunakan chemical tertentu, hanya menggunakan air sabun biasa dengan berus gigi terpakai sahaja. semasa mencuci janganlah mengikis menggunakan pengikis kerana dikhuatiri sealant asal pada throttle body ini turut terhakis sama kerana jika hilang sealant asal ini rpm boleh jadi gila sedikit
part hitam pada bahagian tepi throttle body ini pastikan jangan dimasukki air atau chemical pencuci kerana di dalamnya terdapat komponen-komponen elektronik untuk mengerakkan fungsi throttle body drive by wire ini. jangan juga sesekali spray chemical pencuci semasa throttle body terpasang pada intake
apabila segalanya dah siap dibersihkan maka bolehlah anda memasang kembali throttle body ini pada intake di enjin. pasangkan semula hose-hose berkaitan dan soket-soket yang dibuka tadi. pasangkan kembali air filter box dan bateri kereta. sebelum enjin dapat beroperasi seperti biasa kita perlu jalankan proses idle re-learn procedure terlebih dahulu. caranya ialah
- turn the ignition ke to on positioan for 2 seconds
- start the engine and run it at 3000 rpm until radiator fans on
- let the ending idle for 5 minutes with no loads
- after 5 minutes, shut off the engine
- well done
terima kasih
sincerely: jeff tacra