Braided Brake Lines

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

entri kali saya akan membincangkan mengenai pemasangan braided brake lines bagi sebuah wira bernadikan enjin 4G91 mitsubishi. proton wira sedan ini telah menaik taraf sistem brake kereta pada bahagian hadapan menggunakan disc brake yang diambil daripada mivec ca manakala pada bahagian belakang pula menggunakan disc brake daripada wira 1.6/1.8 ramai dalam kalangan pemilik kereta dewasa ini menaik taraf sistem brake dengan menukar disc rotor bersaiz lebih besar daripada asal, pada bahagian belakang pula menukar sistem lama yang menggunakan drum brake kepada disc brake

perkara ini memang berbaloi dilakukan memandangkan sistem brake kereta merupakan faktor penting untuk keselamatan sesebuah kenderaan. tambahan bagi lagi yang menukar enjin yang besesaran lebih tinggi mestilah juga menukar sistem brake yang bersesuaian dengan penggunaan enjin tersebut berbalik kita kepada entri ini iaitu saya telah menukar lines atau hose brake asal kereta kepada braided brake line yang kebiasaannya terdapat satu hose material teflon di dalamnya dan dibaluti dengan besi braided pada bahagian luarnya. jadi penggunaan braided brake lines ini dapat memanjangkan jangka haya hose getah biasa tambahan pula brake dapat memainkan perananya dengan lebih berkesan lagi

anda hendaklah juga membuat pemeriksaan terhadap hose brake asal kereta memandangkan faktor usia yang begitu lama, hose ini boleh crack seperti gambar di atas. apabila keadaan ini berlaku maka perlulah kita menukar dengan hose yang baharu supaya tidak mendatangkan apa-apa masalah di kemudian hari. inilah yang berlaku kepada pemilik wira ini, iaitu hose asal dah merekah, so dia ambil keputusan untuk menukarnya dengan braided brake lines brand pro-rs keluaran malaysia

inilah braided brake lines jenama pro-rs untuk proton wira 1.6/1.8 atau bagi yang menggunakan keseluruhan sistem brake disc rotor pada bahagian belakang. harga untuk brake lines ini sekitar rm380-rm400 di pasaran

langkah pertama ialah kita perlu membuka besi klip pada brake line asal, iaitu terdapat 2 klip, satu pada absorber dan satu lagi kedudukannya pada body kereta. anda boleh merujuk gambar di atas untuk mengetahui di mana letaknya 2 klip tersebut. dengan menggunakan playar, tarik sahaja klip-klip tersebut

dengan menggunakan 2 spanar seperti di atas iaitu bahagian bawah bersaiz 19mm manakala bahagian atas bersaiz 10mm. dengan menahan nat saiz 19mm, buka nat saiz 10 dengan berhati-hati agar nat tersebut tidak mudah loose

brake lines lama telah berjaya dibuka daripada brake lines utama
$ads={1}
kemudian buka satu lagi nat 14mm pada bahagian caliper. pada masa ini minyak brake akan keluar sedikit. selesai keluarkan brake lines lama dan bersedia untuk dipasangkan dengan brake lines yang baharu. pemasangan boleh dikatakan agak mudah sahaja

siap pemasangan untuk brake hadapan. seterusnya pindah pula pada bahagian yang lain sehingga semuanya selesai dengan sempurna. pastikan nat brake lines ini diikat dengan kemas agak tidak berlaku kebocoran brake fluid nanti. apabila dah selesai kesemuanya maka proses bleeding bagi kesemua brake perlu dilakukan untuk membuang bubble atau angin yang berada di dalam brake lines. anda perlu meminta pertolongan daripada sesiapa untuk membantu anda menjalankan proses bleeding ini

terima kasih
sincerely: jeff tacra
إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم

in article

Visitors