Heat Shield For Cold Air Intake

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

bersua lagi dengan entri mengenai bagaimana cara untuk menghasilkan heat shield box untuk menempatkan open pod air filter supaya udara panas di dalam engine bay tidak disedut ke dalam intake dan seterusnya ke ruang pembakaran enjin. dengan adanya head shield ini sekurang-kurangnya udara sejuk sedikit sebanyak dapat masuk ke dalam enjin dan seterusnya dapat menghasilkan pembakaran yang lebih baik untuk kuasa sesebuah enjin. sebab itulah kalau kita memandu pada waktu malam terasa perbezaannya dengan memandu pada waktu siang dalam keadaan cuaca panas terik, kereta terasa sedikit lembap jika dibandingkan dengan dua situasi pemanduan tadi. waktu malam kereta dirasakan lebih bertenaga dan lancar

ramai dalam kalangan kaki kereta menukar air filter inbox biasa kepada jenis open pod seperti jenama K&N, HKS, APEXI dan lain-lain jenama lagi tetapi harus diingatkan bahawa open pod ini terdedah kepada udara panas yang sedia ada pada ruang enjin tersebut. sebab itulah ada keluaran aftermarket yang mencipta heat shield box seperti jenama K&N dan lain-lain lagi untuk menghalang udara panas daripada turut masuk ke dalam enjin. begitu juga terciptanya hose yang dipasangkan pada bahagian bumper kereta dan seterusnya disalurkan ke air filter bertujuan untuk memastikan udara sejuk dan segar masuk ke dalam enjin. kita lihat kereta-kereta baru sekarang ada menyediakan laluan udara daripada luar kereta terus ke air filter box asal. jadi saya mengambil inisiatif mencipta sendiri secara diy heat shield box untuk dipasangkan pada kereta saya yang menggunakan air filter open pod K&N bersaiz 6 inci

inilah hasilnya yang dapat saya tunjukkan apabila siap dipasangkan pada bahagian air filter kereta saya. pada bahagian bawah air filter saya masih mengekalkan hose intake udara daripada luar yang disambungkan ke bahagian hadapan bumper kereta, agak tersorok sedikit kalau dilihat daripada hadapan kereta

untuk menjayakan projek ini saya menggunakan kepingan aluminium berketebalan 3mm yang dihadiahkan oleh rakan saya. terima kasih kepada beliau. 3mm boleh dikira agak tebal juga dan proses memotong kepingan aluminium ini agak mencabar jugak

suasana tempat kerja hanya di bahagian tepi rumah sahaja dan saya tidak mempunyai tempat khusus untuk melakukan kerja-kerja seperti ini. dengan bantuan elektrik jig saw sedikit sebanyak kerja-kerja pemotongan aluminium ini dapat dilakukan dengan baik. hand drill juga digunakan untuk menebuk lubang untuk proses merivet nanti dan gergaji besi juga penting untuk memotong aluminium yang kecil. satu lagi ialah pengikir digunakan untuk membuat kemasa pada bahagian tepi kepingan aluminium

inilah ukuran yang saya gunakan dan saya kira ukuran ini sesuai digunakan pada mana-mana ruang enjin 4G9X sama ada yang menggunakan air flow sensor atau pun tidak. cuma bahagian tengah sahaja yang mempunyai saiz bulatan yang berbeza mengikut jenis air filter yang anda gunakan. kalau menggunakan air flow sensor cuma potong mengikut ukuran air flow sensor tersebut
$ads={1}
apabila dah siap lakukan pula proses merivet dengan menggunakan bracket besi kecil yang dibeli di kedai hardware. hanya perlukan 4 bracket kecil seperti yang tertera pada gambar di atas. setelah siap boleh cuba pasangkan dahulu pada kereta dengan memasang air filter untuk menguji sama ada box yang kita hasilkan benar-benar fit pada tempatnya. perhatikan juga ada satu bracket pada bahagian hujung pengikat bateri, bracket ini perlu digunakan untuk mengukuhkan lagi kedudukan box tadi

apabila dah ok, keluarkan semula heat shield box dan langkah untuk mengecat pula perlu dilakukan. saya menggunakan spray hi temp silver sebagai under coat dan seterusnya hi temp black dan diakhiri dengan wrinkle spray juga berwarna hitam

inilah hasilnya setelah cat wrinkle spray yang telah kering dan bersedia untuk dipasangkan semula pada kereta nanti. wrinkle spray saya gunakan daripada brand GOX dengan harga satu tin sekitar rm60 macam tu

dah siap dan beginilah rupa dan kedudukan apabila dipasangkan pada ruang enjin. apabila kita menutup bonet ruang pada bahagian atas box ini akan ditutup pula oleh bonet dan seolah-olah box penuh telah terhasil

terima kasih
sincerely: jeff tacra

1 تعليقات

إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors