How To Install K20 COP In Mivec

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

bertemu kembali dengan entri pemasangan coil on plug k20 pada enjin MIVEC khususnya bagi mivec ca 4g92. k20 cop sangat popular dewasa ini dan boleh digunakan pada enjin mitsu sama ada 4g9x series atau 4g63, hanya dengan membuat sedikit wiring sahaja bagi menjadikannya berfungsi sepenuhnya sama ada secara wasted spark biasa atau pun direct fire bagi setiap silinder block enjin kereta

kali ini saya tidak lagi tunjukkan bagaimana proses wiring dilakukan, mungkin suatu hari nanti akan ada entri bagaimana proses wiring dilakukan untuk menghidupkan k20 cop ini terhadap enjin mivec atau 4g yang lain. entri kali ini saya tunjukkan bagaimana memasang k20 cop pada head enjin mivec. rata-rata kita dapati bukan secara plug & play untuk memasukkan cop ini ke dalam ruang cable plug di enjin. didapati ada sedikit ubah suai yang perlu dilakukan yang akan saya tunjukkan di bawah ini nanti

cop k20 honda memang sesuai dipasangkan pada enjin mivec ca iaitu keseluruhan coil dapat dimasukkan dengan sempurna ke dalam lubang cable plug asal. cop k20 ini juga boleh digunakan bagi yang menggunakan ecu standard mivec tetapi ketahanannya untuk jangka masa yang lama tidak dapat dipastikan. ini kerana dwell time ecu standard mivec dengan dwell time cop k20 honda ada sedikit perbezaan. namun, rata-rata ada yang menggunakannya dengan ecu standard menyatkan tanpa ada sebarang masalah tetapi ada juga sebaliknya yang mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain. bagi yang mempunya engine management amatlah sesuai digabungkan dengan cop k20 ini, nak cantik lagi buatlah direct fire iaitu sekurang-kurang mesti ada emanage ultimate pun dah memadai. kalau ada standalone lagi berbaloi

inilah cop k20 yang diambil dari honda k series. cop ini mempunyai 3 wire sahaja iaitu 12v (+), ground (-) dan ignition signal yang disambungkan ke ecu atau engine management. harga semasa di pasaran sekarang kalau yang terpakai sekitar rm150 siap sekali dengan soket. kalau baharu harganya boleh mencecah 1k untuk 4 set ini

seperti mana yang saya jelaskan tadi, sekiranya dimasukkan kedalam head mivec ca, cop ini tidak dapat terus masuk begitu sahaja kerana tersangkut pada bahagian dalaman lubang plug iaitu terdapat bahagian di dalamnya yang menonjol sedikit pada kiri dan kanan lubang tersebut. jadi kita perlu grind sedikit sahaja untuk dipadankan dengan mudah ke dalam head mivec ini

dapatkan masking tape dan balutkan pada bahagian yang ditunjukkan pada gambar di atas. jangan ke atas atau ke bawah sangat nanti tempat yang nak digrind nanti tidak tepat pulak

masukkan cop ini ke dalam lubang plug dan tekan sambil pusing-pusing sedikit dan keluarkan balik cop tersebut. perhatikan pada masking tape tadi dan didapati ada kesan pada bahagian tersebut dan kesan inilah yang sangkut pada ruang plug tadi. perhatikan pada kedua-dua belah bahagian kerana terdapat kesan yang berlawanan yang perlu digrind nanti

dengan menggunakan pengikir, kikir perlahan-lahan pada bahagian bertanda tadi. anda boleh membuka masking tape dan tandakan balik tempat yang hendak diratakan pada cop. kikir perlahan-lahan sambil menguji kedudukan cop ini pada ruang plug enjin. buat berulang kali sehingga cop dapat dimasukkan dengan baik ke ruang plug
$ads={1}
inilah kesan yang diratakan tadi, hanya sedikit sahaja perlu dibuat pada kedua-dua bahagian yang berlawanan. kalau agak ketat jangan paksa nanti sukar untuk mengeluarkan cop ini. buat pada kesemua 4 batang cop supaya dapat dimasukkan dengan sempurna

cop k20 dah dapat dipadankan dengan baik pada ruang plug enjin mivec ca. daripada maklumat yang saya peroleh, kaedah ini boleh juga diaplikasikan pada enjin mivec ck yang mempunyai masalah yang sama seperti mivec ca. saya juga pernah memasang pada sebuah enjin mivec ca yang langsung tidak sangkut dengan kata lain, cop ini dapat dimasukkan dengan mudah tanpa apa-apa ubah suai dilakukan. mungkin enjin mivec ca first generation kot sebab enjin asalnya merupakan mivec auto

terdapat beberapa brand cop k20 ini, yang biasa kita jumpa ialah brand denso dan tec sahaja. namun ada kalanya kita boleh peroleh di kedai halfcut brand hitachi dan juga NGK, tapi sangat sukar untuk ditemui. brand denso dan tec ada bezanya kalau pakai pada enjin mivec ca, nak tahu beza tunggu keluaran entri akan datang :). saya percaya ramai dalam kalangan followers page ini tertunggu-tunggu tutorial bagaimana proses wiring perlu dilakukan untuk menjadikannya berfungsi dengan baik bagi sesebuah enjin, rpm pun berfungsi cemerlang, tunggu...

terima kasih
sincerely: jeff tacra

2 تعليقات

إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors