assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
masukkan terminal pada tool seperti gambar di atas dan lock terminal tersebut supaya tidak tertanggal daripada crimping tool
terima kasih
sincerely - jeff tacra
bertemu lagi kali ini dengan entri bagaimana cara untuk crimp wire dengan menggunakan crimping tool dan wire connector male female terminal insulation sleeve. dengan menggunakan crimping tool yang bersesuaian dapat menghasilkan connector wire dengan lebih baik, kemas dan tidak mudah longgar. saya juga menggunakan electro strip wiring connector apabila hendak tap pada wire tertentu. kebiasaannya apabila ada kerja-kerja pemasangan engine management seperti apexi atau greddy dan lain-lain lagi, saya menggunakan kaedah ini dan tidak lagi menggunakan solder untuk melakukan proses penyambungan wire
inilah antara tools yang saya gunakan dalam proses penyambungan atau tapping wire iaitu crimping tool, wire stripper, male female terminal insulation sleeve dan electro strip wiring connector
sebelum melakukan proses crimp wire terlebih dahulu seperti biasalah kita perlu membuang sedikit penebat kira-kira beberapa mm seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas dengan menggunakan wire stripper atau pun anda boleh menggunakan pelbagai kaedah lain lagi untuk membuang penebat pada hujung wira ini
masukkan sleeve connector pada wire sebelum melakukan proses crimp, kadang kala memang kita terlupa untuk memasukkan sleeve terminal ini menyebabkan kita dah siap crimp wire tersebut. jadi kita terpaksa potong dan membuang terminal tersebut kerana sleeve ini tidak lagi dapat dimasukkan ke wire apabila terminal telah dipasangkan pada hujung wire, rugi pulak
bahagian belakang crimping tool akan nampak seperti ini. kita hanya perlu masukkan hujung wire pada bahagian satu lagi
masukkan hujung wire yang telah dibuang penebat tadi dan klipkan tool tersebut sehingga rapat dan lepaskan kembali tool tadi
dah pun siap proses crimp wire pada terminal connector. kerja akan lebih mudah sekiranya ada tools yang mencukupi. anda boleh juga menggunakan playar biasa untuk memasang terminal connector ini tetapi nampak tidak sekemas seperti menggunakan special tools ini
$ads={1}
$ads={1}
begitulah langkah seterunya iaitu dengan memasangkan pula male terminal dengan menggunakan kaedah tadi untuk memboleh wire disambung dengan kemas. dengan menggunakan connector seperti ini kelebihannya ialah kita dapat membukanya kembali dengan mudah apabila kita tidak perlukan lagi peralatan tertentu tanpa merosakkan wire tersebut
untuk tapping wire pula biasanya saya menggunakan electro strip wiring connector dan dengan mudahnya wire dapat ditap pada wire tertentu tanpa perlu kita menggunakan black tape atau heat shrink untuk melindungi tempat penyambungan tadi
gambar contoh penyambungan emanage blue dengan menggunakan terminal male female connector dan electro strip wiring connector
satu lagi contoh penyambungan wire engine management menggunakan adapter ecu serta male female connector. saya juga akan lakukan kaedah ini kepada sesiapa yang menggunakan perkhidmatan saya untuk memasang engine mangement seperti ini
terima kasih
sincerely - jeff tacra