assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
terima kasih
sincerely: jeff tacra
bertemu lagi dengan tutorial bagaimana cara pemasangan defi gauge sama ada defi made in thailand ataupun made in japan, kaedah pemasangannya adalah sama sahaja. selalunya defi advance ini didatangkan sekali dengan controller unit iaitu kesemua wire dari sensor akan masuk ke controller unit dan seterusnya output ke meter dan memerlukan banyak wire, hanya looping wire pada belakang meter sahaja. ramai dalam kalangan kaki kereta memasang meter tambahan ini, selain daripada mencantikkan lagi ruang dashboard kereta meter-meter ini sebenarnya mempunyai fungsi tertentu yang memaparkan reading yang membantu kita mengetahui kondisi enjin kereta kita. jadi kita dapat memantau keadaan enjin hanya berpandukan meter-meter yang dipasang pada kereta kita
ini ialah diagram pemasangan defi gauge yang menggunakan control unit. ada juga defi yang tidak memerlukan controller unit iaitu defi racer sahaja kot. switch dipalam pada soket marking switch di belakang controller. begitu juga dengan signal sensor yang lain, kesemuanya dipalam pada soket tertentu mengikut diagram pada controller unit. dari meter ke meter pula hanya satu sahaja harness out ke meter dan ke meter yang lain hanya loop sahaja daripada meter pertama tadi. cuma kita perlukan sedikit wiring untuk power source control unit seperti mana yang akan saya terangkan di bawah nanti
sebelum dipasangkan pada kereta, saya test dahulu gauge, sensor dan control unit secara berasingan. kalau nak pasang terus pada kereta pun boleh, terpulang pada kehendak masing-masing. saya cuma hendak pastikan segala gauge dan sensor berfungsi sepenuhnya sebelum dipasangkan secara kekal pada kereta
sebelum sensor water temp dipasangkan terlebih dahulu anda hendaklah mendapatkan water temp sensor adapter dengan ukuran 32mm untuk dipasangkan pada hose radiator seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. potong upper hose radiator dan pasangkan adapter dengan mengenakan klip yang disertakan. pasangkan sensor dengan baik agar kebocoran coolant tidak berlaku semasa enjin sedang beroperasi. wiring dari sensor ini akan diplug in ke controller nanti
sandwic plate ini dipasangkan pada bahagia oil sump/pan kereta iaitu pada nut asal oil filter. keluarkan oil filter dan pasangkan sandwic plate ini dengan baik dan kemudiannya barulah dipasangkan oil filter pada bahagian plate ini. saya pasangkan pada waja campro, jadi saya hanya pasangkan oil press sensor juga pada plate ini dan satu lagi ialah oil temp sensor pun dipasangkan pada sandwic plate ini. ketatkan sensor secukupnya, manakala wiring daripada kedua-dua sensor ini akan diplug in ke controller unit
pastikan anda menggunakan nut dengan thread yang betul iaitu m20x1.5, kebiasaannya akan dapat sekali dengan sandwic adapter yang dibeli. nat untuk memasang sandwic plate di atas tidak dapat dimasukkan pada thread asal oil filter, sedangkan nat tersebut berserta dengan sandwic plate yang baru. jadi terpaksa saya cadangkan pada owner kereta ini supaya membeli sandwic plate yang baru dengan saiz thread yang betul, barulah dapat dimasukkan dengan baik. tak pasal-pasal dah jadi 2 biji sandwic plate pulak
selesai pemasangan sensor dan pastikan kesemua sensor diketatkan dengan baik pada adapternya. kemudian masukkan harness wiring daripada ketiga-tiga sensor tadi ke dalam cabin kereta melalui ruang fender kereta iaitu mengikut laluan harness asal kereta. ikat wire dengan kemas pada harness kereta asal dan masukkan ke gromet getah seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. anda hendaklah membuka daung pisang terlebih dahulu
$ads={1}
tibalah pula proses wiring power source controller unit gauge defi ini. terdapat 4 wire utama yang perlu di tap pada wire kereta iaitu wire merah (+) di tap pada wire constant 12v iaitu pada wire kunci berwarna putih. wire oren controller (acc/ignition) di tap pada wire ignition iaitu wire biru/putih atau biru hitam pada wire kunci kereta. wire putih controller iaitu wire dimmer yang perlu di tap pada wire lampu kecil bawah dashboard iaitu wire berwarna hijau/putih. akhir sekali ialah wire hitam (ground) di tap pada mana-mana body kereta. selesai proses wiring dan pada masa ini anda bolehlah on kunci terlebih dahulu untuk memastikan kesemua gauge yang dipasang tadi berfungsi dengan baik. kalau tidak berfungsi, anda perlu memeriksa wiring yang disambung tadi
letakkan meter di mana-mana sahaja mengikut kehendak owner dan kebiasaannya meter bersaiz 60mm ini dilekatkan pada dashboard kereta. gunakan double sided tape yang dibekalkan sekali
kebetulan kereta ni nak service minyak hitam sekali, jadi terus owner masukkan minyak DURON UHP 10/40 pada kereta beliau. penukaran minyak ini pada keretanya dibuat setiap 10k mileage. dengan duron pasti kereta anda bersemut
apabila segalanya dah selesai, kemaskan wiring dan controller unit dengan baik. start your engine dan pastikan pada tempat-tempat pemasangan sensor tadi tidak mengalami kebocoran sama ada kebocoran coolant ataupun minyak hitam pada sandwic plate, double check ye dan sekiranya ada masalah off engine dan ketatkan semula sensor tersebut. selesai dan happy motoring, dah boleh bergaya dengan defi gauges
terima kasih
sincerely: jeff tacra
Untuk rpm mcm mana pasang dia bos
ردحذف