J'Sracing Front Tower Bar

assalam dan salam sejahtera

kali ini saya akan paparkan bagaimana cara memasang front tower bar atau lebih dikenali sebagai stabilizer bar yang akan dipasangkan kepada honda jazz Ge iaitu honda jazz generasi kedua selepas jazz GD, generasi ketiga sekarang dikenali sebagai jazz GK. umum dah mengetahui apakah fungsi tower bar ini yang kebanyakannya dipasang pada bahagian hadapan kereta untuk menyambungkan kiri dan kanan kereta. selalunya banyak yang kita dapati tower bar ini dipasangkan pada bahagian mounting absorber kiri dan kanan kereta dengan menggunakan nat dan skru yang ada. tapi bagi bar jenis jsracing ini berlainan sekali cara pemasangannya iaitu dipasangkan pada chasis kiri dan kanan kereta seperti kebanyakan pada kereta honda yang lain

inilah front tower bar brand jsracing 2nd yang saya beli, kalau diperhatikan bracket bar kiri dan kanan itu berwarna biru kerana saya telah spray dengan warna tersebut. original jsracing bracketnya berwarna gold. saya spray warna lain kerana warna asal dah pudar dan ada sedikit karat yang perlu dibersihkan. kalau diperhatikan pada gambar di atas, kita dapati ada 2 besi bracket tambahan yang perlu ada untuk dipasangkan pada body kereta untuk memantapkan lagi kedudukan tower bar ini. pemasangannya secara plug n play sahaja tetapi perlukan sedikit masa untuk memasangnya

pada awalnya kita perlu menanggalkan penutup panel kiri dan kanan panel seperti contoh gambar di atas. di dalamnya kita akan nampak strut absorber dan di hadapannya akan ada satu bracket yang tersedia lubang untuk dipadankan dengan skru 10mm bracket tower bar. di sebelah kirinya pula akan ada satu nat 10mm yang telah tersedia di situ, cuma tanggalkan nat dan pasangkan bracket tower bar jsracing itu

asingkan bar dengan bracketnya dan pasangkan seperti gambar di atas. pastikan satu nat ada disertakan sekali semasa membeli tower bar jenis ini. kalau tidak ada maka anda hendaklah mendapatkan 1 nat 10mm untuk dipsangkan pada bracket ini pada kiri dan kanan kereta

inilah sekeping besi yang disambungkan daripada bracket tower bar ke body kereta. di sini kita perlu menyediakan 2 nat lagi untuk memasangkan bracket melalui ruang tayar kereta. jadi kita pelu jack kereta untuk mengetatkan 2 nat tersebur melalui ruang fender kereta. jangan risau kerana dua lubang pada bahagian body kereta tersebut telah tersedia di situ, cuma masukkan nat sahaja dan ketatkan nat tersebut secukupnya

beginilah kedudukannya apabila dah siap pasang bracket pada body kereta. kedudukan bracket menjadi lebih kukuh dan tegap kerana pada bahagian kanan kereta ini terdapat kesemuanya 4 biji nat bersaiz 10mm yang perlu dipasang dengan sempurna
$ads={1}
begitu juga dengan bahagian kanan kereta yang perlu dipsangkan dengan bracket dan plate besi seperti yang telah dilakukan pada bahagian kiri kereta tadi. langkah pemasangannya adalah sama sahaja seperti tadi. nampakkan satu lubang pada body kereta tu?

inilah lubang yang sedia ada pada body kereta dan kita hanya perlu masukkan nat 10mm melaluinya untuk dipasangkan dengan besi plate tadi. ketatkan nat secukupnya

apabila bracket dah siap dipasangkan pada body kereta maka pasangkan pula bar dan ikat nat allen dengan kemas. ketatkan nat secukupnya. satu lagi langkah yang perlu dilakukan ialah kita perlu mod sedikit penutup panel tadi supaya boleh dipasangkan kembali seperti asal. kalau tak pasang nanti akan ada satu lubang besar pada bahagian kiri dan kanan panel tersebut, nampak tak kemas dan tak cantik pulak. kita perlu potong penutup ini mengikut ukuran yang betul supaya benar-benar padan untuk dipasangkan seperti asal. gambar atas ialah penutup yang telah saya mod dan dipasangkan kembali seperti asal

inilah langkah yang perlu diikuti untuk memasang front tower bar brand jsracing. brand new masih ada jual dan harganya di jepun sekitar rm1.1k siap sampai ke negara kita. kalau brand 2nd di malaysia harganya sekitar rm600 untuk satu set lengkap termasuk plate besi dan skru. brand lain pun ada seperti cusco tapi kedudukan pemasangan bracket tidak sekuat dan tidak semantap bracket jsracing ini. di negara kita anda boleh beli brand ultra racing, keluaran tempatan

terima kasih
sincerely: jeff tacra
إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم

in article

Visitors