Front Pillow Ball Upper Mounts

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

berjumpa lagi dengan entri mengenai pemasangan pillow ball pada sebuah wira aero rakan saya yang bernadikan 4G92 mivec. pillow ball tidak seperti mounting absrober asal kereta kerana top mounting absorber mempunyai bush yang boleh menyerap hentakan dan seterusnya membolehkan hentakan absorber menjadi selesa sedikit. manakala pillow ball tidak mempunyai bush getah dan mempunyai ball bearing sahaja, mounting absorber yang dipadankan dengan chasis kereta hanyalah sekeping besi yang kebiasaanya diperbuat daripada bahan aloi. sedikit kelainan apabila menggunakan pillow ball ialah absorber kereta terasa sedikit keras jika dibandingkan dengan top mounting standard. namun handling dan cornering kereta menjadi lebih mantap dan pemanduan menjadi lebih stabil

sudah beberapa kali owner kereta ini menukar top mounting standard pada keretanya namun kebanyakan getah atau bearingnya cepat rosak. hal ini berlaku kerana kemungkinan kereta wira aero ini menggunakan satu set adjustable menjadikan mounting absorber asal tidak dapat menampung hentakkan dan bebanan adjustable tersebut

pada mulanya ada bunyi yang tidak menyenangkan pada bahagian hadapan kereta terutamanya ketika mengambil selekoh tajam atau pun semasa memulas stereng. ternyata bunyian tersebut datangnya daripada top mounting absorber yang telah mengalami kerosakan yang boleh dikatakan teruk jugak. mounting ini sebenarnya dibeli di pusat servis proton dan sudah tentu barang tersebut merupakan barangan asli keluaran proton, namun tetap mengalami nasib yang sama iaitu rosak jugak. kalau yang kedai spare part punya lagi lah cepat rosak

akhirnya owner telah memilih pillow ball brand sard yang saya kira brand ini hasil buatan malaysia atau taiwan sahaja kot. terdapat beberapa jenama lain yang lebih popular seperti tein, cusco, gab dan lain-lain lagi, harganya pun agak mahal sedikit jika dibandingkan dengan brand-brand biasa.walaupun brand sard ini murah sedikit dengan yang lain, ia masih boleh digunakan pada kereta anda dan sekiranya ball rosak, masih boleh ditukar dengan yang lain. pada pandangan saya sekiranya kita menggunakan adjustable jenis hi lo dan soft hard maka sesuai sangatlah kita menggunakan pillow ball ini. jika terasa keras selepas memasang pillow ball ini, kita perlulah melaras supaya absorber menjadi lembut sedikit untuk disesuaikan dengan upper pillow ball tersebut

untuk memasang pillow ball ini, kita perlu mengeluarkan keseluruhan absorber daripada kereta untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan nanti. jack kereta, buka nat drop link yang bersambung pada absorber dan seterusnya buka 2 nat yang diikat absorber pada knuckle yang bersaiz 17mm. dengan memasang pillow ball, kita tidak lagi perlu menggunakan camber nut untuk proses alignment nanti, hanya adjust pada nat pillow ball sahaja
$ads={1}
buka pula nat 14mm pada bahagian chasis yang mengikat mounting absorber dan keluarkanlah absorber dengan berhati-hati. sebaik-baiknya apabila selesai pemasangan pillow ball ini, kita perlu membuat alignment semula agar sempurna seperti sebelumnya, pemanduan pun mantap

pasangkan upper pillow ball mounts ini pada bahagian atas absorber dengan menggunakan washer yang dibekalkan sekali iaitu washer atas dan washer bawah pillow ball. ketatkan nat pada bahagian atas shaft absorber dengan torque yang betul

pasangkan semula absorber pada kereta dan apabila dah siap perlulah kita melakukan proses alignment di kedai. sekiranya peralatan mencukupi boleh kita lakukan alignment secara diy sahaja seperti yang saya lakukan pada kereta ini. test kereta dan sekiranya terasa sangat keras, ubahlah setting soft hard pada kedudukan mengikut keselesaan owner sendiri

terima kasih
sincerely: jeff tacra
إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم

in article

Visitors