K&N Air Filter Cleaning

assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera

bersua kembali dengan tutorial bagaimana cara hendak mencuci after market air filter khususnya bagi yang menggunakan brand K&N sama ada open pod atau pun jenis drop in. kebiasaanya jenama K&N air filter ini sudah terkenal di seluruh pelosok dunia dan boleh didapati apa-apa jenis kereta sekalipun. sekiranya kotor maka air filter jenis ini perlu dicuci sehingga bersih dan boleh diguna pakai berulang-ulang kali sehingga ianya betul-betul rosak seperi koyak, tembus dan sebagainya. hal ini amat berlainan sekali dengan air filter standard yang perlu ditukar pada selang masa tertentu mengikut apa yang disarankan oleh pengeluar kereta. ada yang perlu ditukar pada setiap 20k, 30k, 40k mileage dan sebagainya. jadi agak berbaloi sekiranya kita menggunakan air filter seperti K&N ini, hanya perlu cuci, disapu minyak semula dan pakai balik pada kereta

entri blog saya kali ini ialah mencuci air filter pada kereta honda jazz ge iaitu K&N jenis drop in (menggantikan air filter asal ke dalam box standard). gambar atas menunjukkan air filter box honda jazz ge dan di dalamnya terdapat air filter. kita perlu membuka 4 klip untuk mengeluarkan air filter iaitu 2 klip terdapat pada bahagian hadapan kotak filter dan selebihnya 2 klip lagi yang masing-masing terdapat pada bahagian tepi kiri dan kanan kotak filter

sebaik sahaja kotak filter dibuka maka kita akan dapat melihat dengan jelas kedudukan air filter ini. dengan mudah air filter ini dapat dikeluarkan daripada housing filter. tarik sahaja ke atas dan keluarkan penapis udara tersebut. jika diperhatikan pada gambar, anda akan dapat lihat kekotoran yang melekat pada jaring dan filter element tersebut. sebenarnya minyak khas yang terdapat pada filter element itulah yang memerangkap kotoran yang melalui bersama-sama udara dan ditapis dengan filter ini sebelum udara berkenaan masuk ke dalam kebuk pembakaran enjin. filter yang kotor boleh menjejaskan prestasi sesebuah enjin

K&N ada mengeluarkan cecair pencuci khas untuk mencuci dan membersihkan penapis udaranya. terdapat dua botol seperti pada gambar di atas iaitu satunya ialah untuk mencuci dan membersih filter dan satu lagi ialah minyak khas untuk diletakkan pada filter element nanti. harga sekitar rm100 kot pada masa kini

pertamanya, kita spray pencuci khas secara langsung ke penapis udara, sembur sehingga benar-benar rata kedua-dua permukaan filter tersebut. selepas spray tunggu antara 10-15 minit untuk membiarkan cecair pencuci melarutkan kekotoran pada filter. lepas 10-15 minit bolehlah semburkan dengan air yang sederhana kuatnya terus kepada filter dan pada masa ini kita akan dapati segala kekotoran tadi akan keluar bersama-sama dengan semburan air tersebut. jangan menggunakan semburan air yang terlalu kuat kerana ini boleh merosakkan filter elemet itu. sembur dengan air beberapa ketika sehingga benar-benar bersih

kelihatan filter yang telah bersih setelah segala kekotoran dapat dikeluarkan. jemur seketika filter ini di bawah cahaya matahari antara 10-15 minit. kalau lagi kering lagi baik
$ads={1}
apabila sudah kering sepenuhnya maka kita perlu spray pula minyak khas keluaran K&N, cecair berminyak ini berwarna merah. sebab itulah bila kita membeli filter yang baru, sebaik sahaja kita membuka balutan plastiknya kita akan dapati penapis tersebut berminyak. sebenarnya minyak inilah yang berperanan besar untuk menapis dan memerangkap kotoran bersama-sama udara yang disedut oleh sesebuah enjin

selesai spray minyak, jemur seketika selama 10 minit dan kemudiannya bolehlah dipasangkan kembali ke filter box seperti keadaan asal. untuk pengetahuan, sebenarnya kita boleh mencuci filter ini dengan menggunakan sabun biasa yang kita gunakan untuk memcuci pakaian di rumah untuk menanggalkan kotoran pada filter ini. tak menjadi masalah apa pun. lepas dah bersih anda boleh menggunakan minyak power steering atau minyak gearbox auto yang berwarna merah untuk disapukan pada penapis jenis ini tanpa ada sebarang masalah, lebih menjimatkan wang anda. fungsinya tetap sama

apabila segalanya dah selesai, bolehlah pasangkan balik pada air filter box kereta anda. ada juga dalam kalangan pemilik kereta yang bertanya mana satu lebih baik antara open pod air filter atau drop in air filter. yang mana satukah terbaik untuk digunakan? kereta wira saya menggunakan open pod air filter manakala honda jazz menggunakan drop in air filter. jawapannya akan dibincangkan di FB saya nanti

terima kasih
sincerely: jeff tacra
إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم

in article

Visitors