assalamualaikum dan salam sejahtera
terima kasih
sincerely: jeff tacra
kali ini saya akan paparkan bagaimana cara untuk memasang adjustable fuel regulator bagi kereta bernadikan enjin 4G9x siri. bagi sesebuah enjin memang telah tersedia ada fuel regulator yang dipasang pada hujung fuel rail bertujuan untuk menahan minyak daripada terus mengalir semula ke tangki minyak kereta. terdapat pressure tertentu yang telah disetkan bagi sesebuah enjin dan ini bergantung kepada pihak pengeluar sesebuah enjin supaya injector dapat memancutkan minyak mengikut volume tertentu dalam kebuk pembakaran enjin. kalau fuel regulator lemah atau rosak sudah pasti injector tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan dan hasilnya injector tidak dapat menyalurkan minyak dengan efisien untuk melakukan pembakaran lengkap di dalam kebuk pembakaran dan akibatnya boleh mendatangkan masalah kepada enjin kereta. mulalah kereta kan menjadi jerking, tersedut-sedut dan lain-lain lagi
kalau kita perhatikan pada bahagian hujung fuel rail sebelah kanan (sebelah timing belt) enjin 4G siri akan terdapat fuel regulator standard dipasang di situ. pressurenya tidak boleh diubah seperti adjustable fuel regulator aftermarket yang akan dipasang nanti. regulator standard ini kita mesti keluarkan untuk memasang adjustable fuel regulator. dan di hujung fuel rail ini nanti kita akan pasang satu adapter yang bersesuaian dengan fuel rail tersebut dan kebiasaannya pihak kedai akan menyarankan sekali adapter yang sesuai mengikut jenis kereta
inilah contoh adapter yang perlu kita pasang pada hujung fuel rail tempat yang dikeluarkan regulator standard tadi. kita perlu gunakan kembali oil seal asal yang diambil daripada regulator standard serta dua biji nat bersaiz 10mm yang dibuka tadi. sebelum pasang terlebih dahulu letakkan sedikit minyak hitam pada oil seal untuk memudahkan adapter ini dimasukkan pada fuel rail. ketatkan nat tadi dengan kemas
langkah seterusnya ialah sambungkan hujung adapter tadi ke adjustable fuel regulator dengan menggunakan hose minyak yang bersesuaian, jangan sesekali menggunakan hose untuk air. pasangkan klip pada hujung hose dengan kemas agar tidak berlaku kebocoran minyak nanti. hujung hose seterusnya dipasangkan pula pada body adjustable fuel regulator. kebiasaannya terdapat dua lubang pada bahagian body regulator dan anda boleh memilih mana-mana inlet untuk dimasukkan dengan hose daripada fuel regulator ini. lubang yang satu lagi pada regulator ialah untuk pemasangan pressure meter nanti
saya ambil contoh sard adjustable fuel regulator dan pada bahagian body regulator ini telah tersedia satu inlet untuk dipadankan dengan hose daripada fuel regulator tadi. dan satu lubang lagi untuk dipadankan dengan meter bagi mengetahui bacaan pressure yang dikehendaki semasa kita melaras tekanan nanti
manakala pada bahagian atas regulator terdapat juga satu inlet untuk dipasangkan dengan hose vacuum iaitu bermula daripada regulator dan disambungkan ke bahagian intake manifold seperti mana pada kedudukan asal regulator standard tadi. vacuum hose tidak perlu diletakkan klip memandangkan kedudukannya yang telah sedia agak kemas pada tempatnya. akhir sekali jangan lupa untuk sambungkan kembali hose fuel return iaitu berada di bawah regulator dan disambungkan dengan hose ke inlet return asal
$ads={1}
meter pressure ini pula ialah untuk kita pasangkan pada bahagian body regulator bertujuan untuk mengetahui berapakah pressure yang kita perlu bagi enjin kereta kita. sebelum pemasangan terlebih dahulu balutkan thread saiz 1/8 npt itu dengan teflon tape putih atau lebih dikenali dengan tape untuk kerja-kerja paip. perkara ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan kebocoran pada bahagian tersebut. ketatkan meter ini dengan berhati-hati kerana kemungkinan untuk thread loose boleh terjadi
apabila telah siap pasang, pilihlah mana-mana lokasi yang bersesuaian untuk diletakkan regulator ini. kebiasannya diletakkan pada body kereta supaya gegaran boleh diminimakan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan buruk yang akan terjadi nanti. apabila segalanya telah siap, periksa sekali lagi semua sambungan hose yang dipasang tadi dan apabila dah berpuas hati boleh kita mula untuk menghidupkan kereta. on kunci dan crank seperti biasa, ada ketika kita perlukan crank dua atau tiga kali baru enjin dapat dihidupkan kerana di dalam fuel rail tidak ada minyak lagi. setelah enjin hidup segera periksa mana-mana sambungan hose untuk mengesan sama ada ada kebocoran atau pun tidak. kalau ada kebocoran minyak segera matikan enjin dan ketatkan balik klip dan jika berkeadaan sebaliknya iaitu tiada kebocoran maka bolehlah kita melaras pressure minyak untuk fuel rail tadi
cara untuk melaras pressure minyak ialah pertamanya pusingkan lock nut pada bahagian atas fuel rail arah lawan jam dan kemudiannya dengan menggunakan spanar saiz 10mm pusing nat pada bahagian atas yang dipasang dengan vacuum hose tadi. pusing arah jam untuk meninggikan pressure dan arah lawan jam untuk merendahkan pressure minyak. selalunya setkan pada kedudukan 38psi - 40psi ataupun jalan mudah kita boleh setkan pada kedudukan 3 bar bergantung kepada tahap modifikasi yang kita lakukan pada enjin kereta kita
terima kasih
sincerely: jeff tacra
boleh call no ni 0164786000
ردحذفbagaimana dgn regulator yang asal pada kereta jenis tiada skru yang mana tidak boleh cabut dari fuel rail.boleh ke terus sambung hose dan psg regulator selepas reg asal?
ردحذفkena buka juga regulator asal, kebiasannya kedai ada jual kit untuk pasang regulator after market
ردحذفSalam cikgu jeff
ردحذفTumpang tanya. Saya dah install AFR dan high flow fuel pump 265lph. Lepas pasang, fuel pressure naik ke 6bar. Dah buka habis nut d atas AFR pun tekanan masih pada 6bar. Knp pressure xnak turun ya?moga dpt pencerahan dari cikgu. Terima kasih.
saya pernah terjadi mcm ni dulu selepas psg afr dan tukar pump wabro 255lph..pressure high afr dh min adjust tp press still high..baca forum kmgkinan pipe return asal kereta yang balik ke fuel tank sudah xsupport flow yg tggi ..so press xleh nak release ke tangki..jadi saya tuka pipe return yg tembaga ke 6mm dr saiZ asal lebih kurag 3-4mm shj.. terus pressure drop dan boleh ejas..tu nak share tuan boleh try tanya yg lebih arif mntak pendapat..
حذفEn.johamly buat pipe return tu custom ke?mgkin jg size fuel return line saya kecil. Pressure skrg masih lg pada bacaan 6.4bar
حذفsaya beli pipe tembaga yang orang aircond pakai utk pipe gas aircond rumah tu..
حذفAFR jenis apa, barang 2nd atau baru? pemasangan dah ok kan?
ردحذفAfr jenama AVS single diaphgram, afr baru. Pemasangan dah ok. Cuma hari ni pressure makin naik pula ke 7bar.
ردحذفAssalamualaikum bang jeff . Kalau gasket head nipis, adakah punca kereta boleh jadi berat ? Sebab bila nak tinggikan api, dia knocking lah bang . Lepastu kalau kita hidupkan kereta, timing normal. Then bila on aircond , timing drop sekitar 800 ke 600. Apa punca ye bang ? Enjin mivec 1.6
ردحذف