Replacing Alternator Brushes

assalamualaikum dan salam sejahtera. bersua lagi dengan entri bagaimana menukar carbon brush alternator jentera anda. hari ini (jumaat) saya telah berpeluang menggantikan carbon brush sebuah jentera mivec rakan saya yang secara tiba-tiba masalahnya dapat dikesan 2 hari lepas. semasa start kereta untuk pergi ke tempat kerja, indicator alternator telah hidup tanpa padam pada meter dan voltage pula sekitar 11.5V sahaja. owner kereta memaklumkan kepada saya dan saya katakan kemungkina masalah ini berpunca daripada alternator, iaitu carbon brush dah pendek dan habis. sebab itulah indicator bateri pada meter hidup tanpa padam. baru hari ini saya berkesempatan untuk memeriksa dan mengenalpasti apakah masalah sebenar pada kereta tersebut. saya telah sediakan siap-siap satu set carbon brush untuk memudahkan kerja-kerja sekiranya ini yang menjadi punca masalah pada keretanya

sampai je saya terus keluarkan alternator daripada kereta dan mula untuk membarai part alternator tersebut. ternyata  telahan saya betul, sebaik sahaja part dalaman alternator dikeluarkan, akan nampaklah bahagian carbon brush yang sudah terlalu pendek dan tiba masanya untuk ditukar dengan yang baru. jadi untuk menukar carbon brush ini kita perlu keluarkan bahagian tengah alternator seperti yang tertera pada gambar di atas. bahagian inilah letaknya carbon brush alternator


inilah carbon brush yang saya gunakan dengan harga yang agak murah sahaja, boleh diperoleh di kedai bateri kereta. carbon ini perlu disolder dengan part tapak asal alternator yang diambil daripada carbon yang pendek tadi. jadi solder yang baik perlu digunakan untuk memudahkan kerja-kerja membuka dan memasang kembali tapak carbon brush ini

bahagian tengah bawah inilah nanti letaknya carbon brush, iaitu pada bahagian yang bertanda panah merah. tempat inilah juga perlu disolder untuk mengeluarkan carbon lama. ada satu penutup plastik pada bahagian berkenaan yang perlu ditanggalkan terlebih dahulu. sepatutnya pada lubang bahagian bertanda panah biru kita akan nampak hujung carbon brush yang keluar melalui lubang tersebut. oleh kerana dah terlalu pendek maka kita tidak akan nampak brush tersebut

dengan menggunakan electric solder, keluarkan carbon brush lama dan bahagian tapak atas itulah nanti yang akan digunakan balik untuk disolder dengan carbon baru. keluarkan kedua-dua carbon brush lama dan bersedia untuk digantikan dengan yang baru
$ads={1}
carbon brush lama yang telah dikeluarkan daripada alternator 4G92 mivec. tapak atau hujung besi bahagian atas tu kena pakai balik pada carbon brush baru

carbon brush baru yang telah dipasangkan tapak asal yang diambil daripada brush lama. solder wire mengikut ukuran yang betul dengan yang lama. apabila siap maka bolehlah dimasukkan ke dalam slot carbon brush pada alternator seperti mana yang telah dikeluarkan tadi

kelihatan pada gambar ialah carbon brush yang baru yang telah berjaya dipasangkan pada alternator. solder balik tapak dengan kedudukan yang betul seperti asal. periksa sekali lagi kedudukan carbon baru dengan menekan carbon ke atas dan lepaskan kembali. sepatutnya carbon brush baru ini dapat bergerak ke atas iaitu ke dalam lubang carbon dan akan keluar kembali apabila dilepaskan. sekiranya pergerakan sangkut-sangkut atau lekat, keluarkan kembali dan pasangkan balik mengikut kedudukan yang betul. apabila segalanya telah sempurna maka pasangkan balik keseluruhan alternator dan masukkan kembali di kereta. pasangkan alternator dan ketatkan belt mengikut kadar yang betul. pasangkan balik terminal negatif bateri dan bolehlah kita start kereta. apabila kereta hidup sepetutnya bacaan voltage sekitar 14.0-14.3v dan ini bermakna alternator anda telah dapat berfungsi dengan jayanya

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra
إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم

in article

Visitors