bersua kembali kali ini dengan entri bagaimana hendak menghasilkan cat yang bergerutu (wrinkle) pada rocker arm cover enjin kereta anda. kini anda boleh melakukan secara diy sahaja di rumah kerana wrinkle paint ada dijual dalam spray can sahaja. hasilnya nanti agak menarik dan tidak mengecewakan walaupun hanya secara diy sahaja
inilah rupa spray wrinkle finish paint dengan harga sekitar rm75 bagi satu can. kalau kita mengupah pihak kedai untuk melakukan proses spray rocker arm cover ini keseluruhannya boleh mencecah ratusan ringgit. lebih baik kita melakukannya sendiri, kos keseluruhan tak sampai pun seratus
pertamanya kita perlu membuang kesemua cat asal pada rocker arm cover dengan menggunakan paint remover yang boleh diperoleh di mana-mana kedai menjual peralatan hardware. tak mahal mana pun dan jangan lupa untuk mendapatkan berus cat yang bersesuaian untuk memudahkan kerja-kerja menyapu dan meletakkan paint remover ini pada cover tersebut
inilah hasilnya apabila keseluruhan cat asal dibuang menggunakan paint remover. sapukan paint remover pada keseluruhan rocker arm cover ini dan biarkan seketika. kelihatan permukaaan cat asal akan mula berubah menjadi kembang dan pada masa inilah kita boleh membuang cat tersebut sedikit demi sedikit sehingga kesemuanya habis dikeluarkan
setelah kering dan bersih, spray satu layer cat high temp silver, tunggu 5 minit dan spray sekali lagi dengan cat high temp tersebut. tunggu 5 - 10 minit dan kemudiannya barulah kita boleh spray wrinkle paint
saya menggunakan wrinkle finish paint warna gun metal seperti di atas dan sebanarnya warna ini dah memadai digunakan tanpa spray warna lain lagi ke atasnya. tetapi bila hasil warna gun metal ini tidak memuaskan hati kerananya warnanya agak tidak sesuai dengan kehendak saya, akhirnya saya spray 2 layer lapisan lain untuk finishing projek saya ini. anda boleh lihat hasilnya di bawah nanti
$ads={1}
cara untuk spray wrinkle paint ini ialah memadai dengan hanya 2 layer sahaja iaitu, spray layer pertama sehingga kesemua permukaan rocker arm cover itu disaluti dengan cat berkenaan. apabila siap layer pertama, tunggu seketika selama 20-30 minit untuk dikenakan dengan layer kedua. memadai hanya 2 layer sahaja. lepas itu kita hendaklah menjemurnya di bawah kepanasan cahaya matahari untuk mengeringkan cat ini. sebenarnya ada 3 kaedah untuk mengeringkan cat dan secara magicnya apabila kering, wrinkle akan terhasil dengan sendirinya. kaedah pengeringan yang boleh dilakukan ialah dengan cara menjemur di bawah sinar matahari yang terik, menggunak heat gun seperti di atas dan satu lagi ialah dengan memasukkannya ke dalam oven dengan darjah suhu kepanasan tertentu
setelah hampir kering, inilah wrinkle yang terhasil. warna gun metal ini saya tidak minati dan sebab itulah saya spray pulak dengan warna hitam flat sebagai finishing terakhir
sepatutnya dah tak perlu spray dengan apa-apa warna lain lagi kerana pelbagai pilihan warna telah disediakan oleh pihak pengeluar. pilihlah warna yang anda minati. gambar atas ialah hasil spray wrinkle ditambah pula dengan flat black biasa
inilah hasil keseluruhan projek wrinkle finish paint yang saya lakukan. semoga boleh dijadikan panduan untuk kita sama-sama mengaplikasikannya sekiranya berminat untuk melakukannya
sekian, terima kasih
sincerely - jeff tacra
Salam bro.. kalau spray wrinkle ni digunakan utk spray engine bay OK ke? Nk tanya pendapat sebelum buat silap... hehe
ردحذف