Water Pump Replacement

salam sejahtera

ada kalanya kita dapati coolant atau air pada kereta kita berkurangan dan terpaksa ditambah dalam jangka masa yang singkat sahaja. jika simptom ini berlaku besar kemungkinan terdapat kebocoran pada cooling system enjin sesebuah kereta. kebocoran yang berlaku kebiasaannya pada radiator, pipe besi atau hose getah, oil seal pada pipe dan juga pada bahagian water pump yang terdapat pada bahagian enjin. kalau bocor dan air menitik kita boleh kesan dengan mudah kerana selalunya terdapat kesan coolant di bawah kereta terutamanya pada waktu pagi. sekiranya bocor pada bahagian timing belt bagi kereta proton bermakna water pump kereta anda sudah bermasalah dan perlulah ditukar dengan yang baru dengan kadar segera

water pump memainkan peranan penting untuk recycle air untuk disejukkan pada bahagian radiator dengan bantuan kipas atau angin dan seterusnya masuk ke dalam enjin untuk menyejukkan dan menjaga suhu sesebuah enjin. entri kali ini saya paparkan serba sedikit cara untuk menukar water pump enjin mivec dan kaedah ini sama sahaja dengan enjin proton 1.6 - 1.8

terdapat beberapa jenama water pump di pasaran negara kita untuk kegunaan enjin jenis yang saya nyatakan tadi. antaranya ialah GMB, paraut, aisin, NPW dan beberapa jenama lagi, termasuk jenama keluaran proton sendiri.saya telah memilih jenama NPW made in japan untuk menggantikan water pump pada kereta saya yang saya kira telah menjangkau 6 atau 7 tahun. ada masalah kurang air sikit tapi saya tidak menyangka water pump yang bermasalah. bila buka cover timing belt dengan menggunakan torch light ternampak coolant berwarna hijau pada bahagian water pump. maka confirm water pump kereta saya bermasalah. hari ini juga saya akan tukar dengan yang baru

untuk mengeluarkan water pump ini terlebih dahulu kerja-kerja seperti membuka dan memasang timing belt perlu dilakukan. kita perlu buka belting aircond dan belting alternator, buka crank pulley dan seterusnya keluarkan timing belt. anda boleh merujuk entri terdahulu mengenai cara membuka dan memasang timing belt bagi enjin DOHC ini. terlebih dahulu keluarkan coolant melalui radiator drain yang terdapat pada bahagian bawah radiator. akhirnya buka nat 12mm yang terdapat pada bahagian water pump dan sebaik sahaja kesemua nat dibuka, ketuk perlahan-lahan pada bahagian water pump untuk memisahkannya daripada blok enjin kereta. gambar atas kelihatan yang lama dan water pump yang baru

bahan penting untuk memasang water pump ini ialah gam gasket dan saya telah serasi menggunakan jenis permatex ultra grey untuk kerja-kerja pada bahagian enjin kereta saya. sekiranya terdapat gasket kertas seperti di atas maka bolehlah kita menggunakan gasket tersebut. ada sesetengah water pump tidak disertai dengan gasket kertas ini dan kita memerlukan gam gasket ultra grey semata-mata untuk memasangnya

ini pula ialah tempat water pump dipasangkan pada blok enjin. cuci dengan bersih-bersih bahagian ini supaya pemasangan water pump baru dapat dibuat dengan kemas dan dapat mengelakkan masalah selepas pemasangannya nanti. kikis dan bersihkan betul-betul gam gasket lama dan kalau boleh gunakan sedikit thinner untuk membersihkannya sehingga betul-betul bersih

letakkan gam gasket dengan berhati-hati pada bahagian water pump. jangan terlalu banyak kerana kemungkinan lebihan gam ini akan terlebih ke bahagian dalam water pump dan boleh menyebabkan aliran coolant nanti tidak lancar. sapukan juga pada bahagian gasket kertas tadi dengan meletakkan gam gasket secara nipis sahaja. tunggu beberapa minit dan kemudiannya bolehlah memasangkannya pada bahagian blok enjin. dengan berhati-hati letakkan pada tempatnya kerana apabila tidak berhati-hati nanti dikhuatiri gam gasket akan terkena pada bahagian lain dan menyebabkan hilangnya gam gasket pada bahagian water pump. hal ini boleh mendatangkan masalah nanti
$ads={1}
pasangkan kesemua nat pada water pump dan dengan menggunakan torque wrench ketatkan nat sebanyak 18ft.lbs bersamaan dengan 24Nm sahaja. adalah penting menggunakan torque wrench pada bahagian enjin supaya pemasangan dapat dibuat dengan kemas dengan tekanan skru yang sekata


water pump telah pun siap di pasang pada enjin. tunggu beberapa jam supaya gam gasket tadi kering sepenuhnya. apabila dah kering maka bolehlah masukkan coolant melalui radiator sehingga penuh. pasangkan balik timing belt dan segara peralatan yang telah dbuka tadi. apabila segalanya telah selesai maka bolehlah hidupkan enjin dan periksa jika terdapat kebocoran coolant. panaskan enjin dan tunggu sehingga radiator fan berpusing seperti keadaan asal

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

5 تعليقات

  1. salam. sebelum ini kereta saya selalu mengalami masalah air tendang tangki spare dan sering kali masalah overheat terutama ketika perjalanan balik kampung atau naik bukit yang tinggi. Satu persatu telah saya repair dan tukar seperti servis radiator, tukar hose, tukar penutup tangki radiator, fius relay dan last sekali water pump. memang saya dapati water pump sudah berkarat dan telah ditukar. Saya ingatkan masalah telah selesai tetapi malangnya meter temp masih naik turun ketika saya melalui lebuhraya karak baru-baru ini. Saya dapati air telah kurang dan masuk ke tangki spare. Macammana saya nak selesaikan masalah ini abang jeff? Kereta saya honda civic 1.7

    ردحذف
    الردود
    1. Gayenye mcm Thermostat.Ble pnas thermostat terbuka n bg air msk enjin..ble air dr thermostat msk air dlm enjin kluor gi msk radiator..ble air dr radiator xleh msk sbb thermostat rosak,dia tendang g tangki spare.Wallahua'lam..Bkn milikku Ilmu,Hayat,Kudrat,Iradat yg ade pdku..pnjmn smata2.

      حذف
  2. The article you have shared here very awesome. I really like and appreciated your work. I read deeply your article, the points you have mentioned in this article are useful steel castings

    ردحذف
  3. aslkm jeff tacra dekat mana kedai nanti saya nk dtg workshop awak nk tukar water pump n belting

    ردحذف
  4. These pumps are quite inexpensive and fit not only the oil container, but screw directly into the threaded lower unit drainplug hole on your engine, minimizing mess OMC water pumps Lastly, check your engine's battery, and top up the cells as needed

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors