salam sejahtera
entri kali ini saya akan jelaskan secara terperinci bagaimana kita hendak menuntut kembali barangan kita yang telah ditahan oleh pihak kastam malaysia. sekiranya kita membeli barangan daripada luar negara maka apabila barangan tersebut sampai ke malaysia terlebih dahulu barangan itu akan diperiksa oleh pihak kastam yang bertempat di KLIA. kalau barangan kecil atau yang nilainya kurang daripada rm500.00 kemungkinan barangan itu akan dilepaskan tetapi sebaliknya kalau barangan yang dibeli itu melebihi rm500.00 maka besar kemungkinan barangan anda akan dikenakan cukai oleh kastam. tetapi hal ini bergantung pada nasib jugak, kadang-kadang beli barang dengan harga hampir 1k ataupun lebih ok je kastam lepas, bergantung pada nasib
entri kali ini saya akan jelaskan secara terperinci bagaimana kita hendak menuntut kembali barangan kita yang telah ditahan oleh pihak kastam malaysia. sekiranya kita membeli barangan daripada luar negara maka apabila barangan tersebut sampai ke malaysia terlebih dahulu barangan itu akan diperiksa oleh pihak kastam yang bertempat di KLIA. kalau barangan kecil atau yang nilainya kurang daripada rm500.00 kemungkinan barangan itu akan dilepaskan tetapi sebaliknya kalau barangan yang dibeli itu melebihi rm500.00 maka besar kemungkinan barangan anda akan dikenakan cukai oleh kastam. tetapi hal ini bergantung pada nasib jugak, kadang-kadang beli barang dengan harga hampir 1k ataupun lebih ok je kastam lepas, bergantung pada nasib
salah satu cara nak melepasi kastam ialah seller di sana declare barang tersebut sebagai apa, contohnya gift, sample dan sebagainya. ada juga pembeli yang di negara kita berhubung dengan seller luar negara meminta seller meletakkan jumlah harga yang lebih rendah daripada nilai belian yang dilakukan, tapi harus diingatkan kalau declare harga rendah namun harga sebenar melebihi seperti apa yang tertulis pada custom form declaration dan pihak kastam dapat mengesannya maka anda akan dikenakan cukai mengikut peratusan tertentu seperti yang termaktub dalam peraturan dan tatacara mengimport barangan daripada negara luar
entri ini saya akan memberikan sedikit panduan bagaimana cara kita nak menuntut barangan yang ditahan oleh pihak kastam. saya akan memberikan panduan pilihan kedua iaitu kita menuntut secara jarak jauh iaitu tanpa pergi ke pusat mel di klia di mana tempat barang kita di tahan. kalau tinggal di sekitar sana berbaloilah pergi sendiri menguruskan dan menuntut barangan tersebut. kalau yang tinggal jauh seperti di utara atau pantai timur adalah lebih baik uruskan secara dalam talian sahaja. lebih jimat daripada bayar tol, duit minyak, masa dan tenaga lagi
antara tanda-tanda barangan anda ditahan oleh pihak kastam ialah terdapatnya dua masa berbeza seperti yang tertera pada tracking form di atas iaitu barang telah sampai malaysia dan diperiksa oleh pihak kastam kali pertama. tunggu punya tunggu barang tak pun sampai ke tangan kita atau tak menunjukkan perubahan pada tracking form tersebut. tengok lagi sekali dah masuk balik 'in custom' tetapi dengan hari dan waktu yang berbeza. jika keadaan ini berlaku maka sah barangan anda sudah ditahan oleh kastam. salah satu cara lagi ialah pihak kastam pos di klia akan menghubungi kita menyatakan barangan ditahan dan akan memaklumkan bahawa bilakah surat penahanan tersebut akan dikirim kepada kita. kita perlu tunggu surat ini sampai ke tangan barulah kita boleh bertindak selanjutnya
ini ialah surat yang dihantar kepada dan di dalamnya terdapat sekeping kertas yang menerangkan butiran dan no rujukan barangan tahanan tersebut. kalau kita awal-awal lagi mengesyaki barangan kita ditahan kita boleh membuat panggilan terus ke pusat mel klia dan bertanya status barang kita. sekiranya ditahan kita boleh meminta pihak berkenaan emailkan terus surat tersebut untuk mempercepatkan lagi urusan seterusnya
inilah surat yang dikeluarkan kepada yang perlu kita isi maklumat tertentu untuk menuntut barangan kita. terdapat 3 pilihan yang boleh kita buat untuk menuntut barangan tersebut. pertama ialah dengan cara kita sendiri pergi ke pusat mel tersebut dengan membawa surat di atas berserta invoice pembelian yang kita lakukan. saya tak akan ceritakan secara detail pilihan pertama ini. pilihan kedua ialah kita melantik orang ke-3 seperti kawan, adik beradik, saudara mara dan sebagainya untuk menguruskan urusan ini, juga memerlukan surat dan invoice yang sama. pilihan yang ke-3 ialah kita melantik pihak pos malaysia untuk menguruskan proses menuntut barangan dengan mengisi bahagian D pada surat berkenaan. kalau kita lantik pihak pos maka pihak pos di sana akan menguruskan barangan kita sehingga selesai dan kita akan menerimanya di pejabat pos di tempat kita. bayaran kepada pihak pos ialah kira-kira rm50.00 tidak termasuk gst dan ditambah lagi dengan cukai yang dikenakan nanti
$ads={1}
setelah mengisi butiran D kita perlu dapatkan invoice atau bil yang mengesahkan bayaran yang telah kita lakukan dalam pembelian tersebut. invoice ini boleh diperoleh secara online semasa urusan pembelian yang kita buat. setelah cukup dokumen ini maka boleh kita mengambil gambar dan kalau nak baik lagi scan dan emailkan ke unit perkastaman (customs affair unit) iaitu PMK_CSCustomSupervisor@pos.com.my. tajuk email sebaiknya no rujukan pos yang terdapat pada surat tersebut. selepas email untuk tindakan yang lebih cepat kita boleh menghubungi supervisor unit perkastaman di talian 03-87773680 dengan memaklumkan kepada pihak berkenaan yang kita telah siap email dokumen-dokumen yang diperlukan
ini ialah contoh email kepada unit tersebut dengan mengemukakan invoice dan bukti pembayaran yang telah kita lakukan
ini balasan email pihak berkenaan kepada kita memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima segala dokumen yang telah kita hantar tadi. biasanya dalam masa 3 atau 4 hari bekerja kita akan dihubungi sekali lagi oleh pihak ini memaklumkan kepada kita jumlah cukai yang bakal dikenakan dan memaklumkan juga barangan kita akan dihantar ke pejabat pos laju yang terdekat dengan rumah kita. apabila barang tersebut sampai pihak pos laju akan menghubungi kita mengatakan barangan bercukai dah boleh dituntut di pejabat pos laju tertentu. apa lagi, sediakan duit je lah ye...
apabila tiba di pejabat pos kerani pos akan mengemukakan barang yang kita beli dan dokumen yang menunjukkan jumlah bayaran cukai yang perlu kita bayar. bayar lah dengan sebaiknya. ada juga kes walaupun barangan telah ditahan oleh pihak kastam dan setelah kastam memeriksanya barangan tersebut tidak dikenakan cukai dan semasa kita menuntut di pejabat pos nanti kita akan dapat borang seperti yang tertera di atas
terima kasih
sincerely: jeff tacra
Kalau jumlah pembelian macam cikgu ni, berapa anggaran cukai yang kena bayar dekat pos nanti?
ردحذفcukai kastam + urusan pos jumlah semua sekitar rm150.00
ردحذفHurm... Saya ade membeli buku dari ebay us kot x silap saya. Harga dalam 500+.tapi dia tulis free shipping.. Soalan saya ialah adakah barangan tersebut kena bayaran kastam jgak?? Mohon bantuanya :) thank
ردحذفKalau saya pos brg persendirian masa tggal luar negara. Mana ad invoice beli. Macam mana nk tuntut?
ردحذفSebarang masalah kastam atau di tahan boleh 0169525014 atau dtg jabatan saya
ردحذفKastam klia