Vehicle Speed Sensor (VSS Fault)

bersua kembali setelah agak lama saya tidak update entri tertentu pada blog saya ini. kesibukan menjadi penghalang untuk saya berkarya di dalam ruangan ini dan baru lah kini ada sedikit masa yang terluang untuk saya masukkan entri ini. paparan entri hari kali ini ialah khusus bagi pengguna enjin mitsubishi lancer yang mempunyai enjin kod 4G91/2/3 iaitu terdapat error code 24 apabila kita menggunakan scan tool untuk mengesan masalah pada ECU kereta. code 24 ini khusus mengenai vehicle speed sensor fault (vss) iaitu kerosakan pada speed sensor yang telah dikesan oleh ECU kereta. kebiasaannya apabila vss fault tidak menyebabkan check engine light hidup dan ramai dalam kalangan kita tanpa menyedari sensor ini rosak namu meter kereta masih dapat berfungsi seperti biasa. hal ini kerana meter lancer 4G9X mengunakan cable untuk menggerakkannya

speed sensor digunakan oleh ECU enjin jenis ini ialah untuk menghantar isyarat daripada speed meter ke ECU kereta dan dari sinilah terdapat speed cut bagi enjin jenis ini iaitu sebaika sahaja kelajuan mencecah 180kmj maka sensor speed pada meter menghantar isyarat pada ecu untuk cut speed hanya setakat 180kmj sahaja. kerosakan speed sensor ini juga boleh menyebabkan device tambahan yang kita pasang seperti digital speed meter tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana tida mempunyai isyarat daripada speed pada meter
$ads={1}
cara yang saya gunakan untuk mengessan error code tertentu pada ecu ialah dengan menggunakan sebiji LED 3v sahaja. proses penyambungan pada port OBD1 pada bahagian bawah dashboard telah dinyatakan pada entri terdahulu dalam blog ini juga. anda boleh KLIK SINI untuk melakukan penyambungan wayar tersebut. dalam video di atas 2 nyalaan led lambat-lambat menunjukkan nombor 2 manakala selepasnya pula nyalaan laju sebanyak 4 kali menunjukkan nombor 4. jadi gabungan nombor ini terhasillah angka 24 dan kalau merujuk kepada error code lancer 4G9x  angka berkenaan menunjukkan vehicle speed sensor fault. jadi kita perlulah menukarkan sensor ini dengan yang lain. sensor ini terdapat pada bahagian odometer kereta. kalau speed sensor kereta baru sekarang terletak pada bahagian gearbox iaitu untuk menggerakkan digital speed pada meter cluster tertentu

langkah seterusnya yang perlu kita buat ialah membuka dan mengeluarkan meter pada dashboard. meter lancer ini agak mudah untuk dikeluarkan berbanding dengan meter proton wira yang memerlukan kita membuka keseluruhan panel pada bahagian dashboard. keluarkan meter dan umpil perlahan klip pada bahagian hadapan meter (cermin meter) untuk memisahkannya daripada housing meter. pada bahagian belakang pula kita perlu membuka 7 biji skru seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. kalau pada meter wira kita terus akan nampak speed sensor yang dipasang pada belakang meter ini, tetapi meter lancer terdapat pada bahagian odometer dan sebenarnya kita perlu menggantikan odometer meter tersebut kerana agak sukar untuk memisahkan speed sensor daripada odometer.

keluarkan meter mileage dan rpm seperti gambar di atas. keluarkan jarum penunjuk kelajuan meter dengan menariknya ke bahagian atas. kemudian buka 2 skru kecil pada bahagian kanan dan kiri seperti yang tertera pada gambar. sebaik sahaja 2 skru ini dibuka maka bahagian belakang meter dengan mudahnya akan terpisah daripada bahagian hadapan meter ini

inilah bahagian odometer dan mileage yang terdapat pada meter kereta. perhatikan skru pada bahagian tepi meter tersebut. keluar kan 2 biji skru lagi untuk memisahkan trip meter daripada odometer kerana speed sensor ini terdapat pada belakang odometer

asingkan trip meter daripada odometer seperti gambar ini. tanda panah merah ialah untuk kita gerakkan nombor meter secara manual iaitu dengan memusingkan ke arah atas maka angka meter akan berubah dan berjalan seperti semasa kereta bergerak

bahagian inilah terdapatnya speed sensor pada meter dan kalau diperhatikan pada gambar tersebut terdapat 2 terminal yang bersambung dengan papan litar bahagian belakang meter. satu ke ground dan satu lagi ke ecu kereta. bahagian ini agak susah untuk dikeluarkan partnya dan saya hanya menukar odometer bersama sensor ini dengan meter yang lain. kalau diperhatikan betul-betul terdapat satu sensor panjang melintang pada bahagian bawah berhampiran dengan plastik putih tersebut

bahagian spring di atas tersbut perlu diberi perhatian kerana kerosakan spring boleh menyebabkan jarum meter melompat-lompat atau tersangkut-sangkut semasa kereta bergerak nanti. sebaik sahaja proses penggantian ini berakhir maka bolehlah anda memasang kembali part-part yang telah dibuka tadi supaya berfungsi seperti sediakala apabila kereta dihidupkan dan seterusnya dapat menggerakkan meter seperti asal. jangan ada skru tertinggal pulak ye...

sebaik sahaja selesai semuanya maka kita perlu clear semula error code pada ecu kereta. caranya ialah buka terminal negatif bateri kereta selama kira-kira 30 saat dan ke atas dan pasang balik terminal negatif tersbut. test balik dengan menggunakan led dan didapati error code tersebut telah berjaya diselesaikan. start kereta dan pandu kereta beberapa ketika dengan kelajuan sekitar 80kmj. kemudiannya cek balik error code tersebut dan ternyata masalah vss fault ini telah berjaya diatasi dengan jayanya

terima kasih
sincerely: jeff tacra

7 تعليقات

  1. assalamuaaikum abg jeff muaz nie.ingatkan meter wira ja ada.rupanya meter lancer pun ada noh.tapi meter wira bila bila masa ja boleh tukar.meter lancer susah noh

    ردحذف
    الردود
    1. wssalam, lancer pun ada tapi agak susah nak tukar, lagipun sensor sahaja tak ada jual. kena tukar seketul sekalu meter mileage tu

      حذف
  2. Salam bang jeff .. ni off topic sikit.. nk tanya pasal hks power kompressor.. pernah dgr x? Sy bru pas pasang kt saga flx sy... cuma nk bgtau lepas pasang memang terasa pickup sikit. Cuma xpasti long term effect kt enjin sy... boleh mintak nasihat x? Bende pasang terus ke enjin..plug and play sahaja..pomen ckp dia sedut udara sejuk..so enjin lebih pickup and save minyak..betul ke?

    ردحذف
  3. macam mana nak cari wire constant 12v untuk proton wira eh?

    ردحذف
  4. Salam kereta sya lampu chek enjin menyala bila sya bawak laju,pi hntar bengkel diorang chek computer diorang kata speed meter rosak..so kne tukar meter baru..mohon pencerahan..

    ردحذف
  5. Salam abg jeff...
    Odometer meter saya rosak.so saya dh tukar odometer halfcut.tp xda vss.
    Then lepas tukar kereta terus problem.time drop gear enjin terus mati.

    ردحذف
  6. Salam cikgu. Yang panjang warna biru tu reed switch. fungsi bila ada magnet lalu dkt dia. ada jual. kalu yg tu rosak la. kalu roak kt lain kena buat mcm cikgu buat, tukar seketul.

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors