Gear Shift Oil seal Replacement

assalamualaikum dan salam sejahtera. bersua lagi dalam tutorial terkini setelah agak lama saya tidak update blog saya ini akibat kesuntukan masa. biasalah awal-awal tahun ini sebagai penjawat awam tidak dapat lari dengan tugas-tugas untuk membuat perancangan tertentu. namun kali ini saya berpeluang untuk membuat tutorial mengenai bagaimana cara hendak menukar oil seal yang terdapat pada gear shift lever yang terdapat pada gearbox khusus untuk gearbox mitsu atau proton

selalunya kebocoran boleh berlaku akibat wear and tear dan ditambah lagi dengan penggunaan yang lama, getah seal akan mengeras dan tidak lagi dapat menahan minyak gear daripada keluar ke bahagian luar gearbox. selalunya kalau ada kesan minyak pada bahagian bawah hadapan gearbox maka bolehlah anda memeriksa keadaan boot dan oil seal gear shif ini kerana kemungkina oil seal telah bocor. perhatikan gambar diatas, terdapat lubang dan di dalamnya terdapat pin yang perlu dikeluarkan untuk mengeluarkan boot dan oil seal ini

apa yang paling penting sebelum oil seal dapat dikeluarkan ialah kita terpaksa membuka dahulu pin yang terdapat pada bahagian gear lever ini. saya terjumpa di dalam internet arah untuk ditolak untuk mengeluarkan pin. hujung pin kiri dan kanan memang tenggelam di dalam bracket gear dan mengikut rajah di atas kita perlu menolak ke arah hadapan kereta untuk mengeluarkan pin. ada pendapat tolak ke arah belakang tapi saya kira mana-mana arah pun boleh keluarkan pin tersebut kerana lubang pin sama besar sahaja cuma hujung pin kiri dan kanan tidak sama besar

terlebih dahulu keluarkan bracket gear ini dengan membuka 2 nat 12mm yang dipasangkan pada gearbox. cabut hujung cable gear dan tarik keluar bracket ini dengan mudah

inilah special tool yang saya gunakan untuk menolak pin shaft tadi. dengan menggunakan tool ini ker-kerja mengeluarkan pin dapat dilakukan dengan mudah tanpa membuka keseluruhan gearbox daripada kereta, tak perlu juga buka radiator dan lain-lain. sesetengah orang menggunakan kaedah megetuk pin keluar tetapi cara ini dikhuatiri akan merosakkan housing gearbox atau pun shaft lever gear berkenaan. kalau cara ketuk yang betul tidak menjadi masalah dan boleh keluarkan pin dengan baik. tool dia atas boleh diperoleh di kedai hardware dengan harga sekitar rm150-rm200

pasangkan special tool pada gear lever dan pastikan kedudukan besi kecil untuk menolak pin dipadankan dengan kemas. ketatkan nat kecil dan boleh mula mengetatkan nat besar untuk menolak pin keluar. pada awalnya memang akan terasa agak ketat tetapi setelah ada bunyi 'klik' sekali dengan mudahnya nat besar tersebut dapat dipusing dan seterusnya menolak pin keluar

bracket pemegang cable gear telah dapat dikeluarkan. seterusnya keluar dust boot pada bahagian bawah shaft lever dan ketika ini akan nampak besi macam tembaga tersebut seperti yang terdapat dalam gambar dan besi ini merupakan oil seal gearshift lever. umpil keluar oil seal ini perlaha-lahan sehingga keseluruhan oil seal keluar daripada gearbox
$ads={1}
inilah bracket cable gear yang dikeluarkan tadi dan pada bahagian hadapannya terdapat lubang untuk dimasukkan kembali pin setelah selesai memasangnya nanti

oil seal dan dust boot boleh diperoleh dengan mudah di mana-mana kedai spare part. saya telah mendapatkan oil seal brand NOK dengan harga rm8.00 manakala dust boot brand proton dengan harga rm6.00. kedua-duanya dijual secara berasingan di kedai spare part

gambar atas kiri menunjukkan dust boot yang telah koyak, standard asal daripada kereta dan tidak pernah ditukar lagi, tak hairanlah getahnya dah pun keras. bawahnya pula ialah oil seal lama yang dikeluarkan (kiri) dan oil seal baru (kanan). masukkan oil seal pada shaft gearbox dan anda perlu menggunakan spanar box bersaiz besar untuk memudahkan kerja memasukkan oil seal. ketuk spanar box dengan lembut sehingga oil seal masuk dengan sekata dan rapat pada shaft gearbox. pasangkan semula dust boot baru dan siapla kerja-kerja pemasangan oil seal dan boot ini

siaplah sudah kerja-kerja pemasangan oil seal dan dust boot pada gear lever gearbox mitsu lancer atau proton wira/saga. untuk kereta lain saya tidak pasti bagaimana cara dan kaedahnya, kemungkinan ada kelainannya daripada apa yang saya paparkan ini

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

9 تعليقات

  1. Assalamualaikum... mana nak dpt special tool tu...

    ردحذف
  2. Assalamualaikum... mana nak dpt special tool tu...

    ردحذف
  3. asslm bro jeff oil seal dlm gear box ada brape? kt odometer yg kabel pun adakan? kt situ slalu keluar minyak

    ردحذف
  4. nak tanya kerata wira 1.6. kalau drive shaft asik tercabut je dari kotak gear box time tengah bergerak apa masalah dia? dah 2 kali kena. setiap kali tercabut pin bentuk C tu hilang. baru repair jadik balik.

    ردحذف
  5. Assalam cgu jeff.. Nk tnye ni.. Special tool tu name ape org panggil??

    ردحذف
  6. Nampak macam pemotong rantai motosikal jer special tool tu..

    ردحذف
  7. Tumpang tnye kalau braket kabel gear auto nie putus ade ke kemungkinan x akan kluarkn bunyi tik..tik. Lbih kursng cam bunyi cam motosikal longgar

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors