External Water Temp Gauge

assalamualaikum dan salam sejahtera. bertemu lagi kita kali ini dengan entri atau tutorial mengenai bagaimana cara untuk memasang external water temp gauge bagi kereta wira atau pun boleh diaplikasikan kaedah dan cara ini terhadap mana-mana kereta sekali pun. konsep pemasangannya boleh dikatakan agak sama dengan kereta lain selain daripada proton atau mitsu

water temperature sesebuah kereta agak penting dipantau oleh pemandu kerana daripada sini kita dapat mengetahui keadaan enjin kereta kita. dengan adanya external water temp gauge kita dapat melihat dengan tepat berapakah bacaan suhu bagi enjin kereta kita. walaupun setiap kereta sudah dilengkapi dengan meter standard yang memang sudah ada padanya temp kereta tetapi hanya menunjukkan jarum meter sahaja yang dipaparkan tanpa kita dapat melihat angka suhu tertentu dengan lebih tepat. external temp gauge brand biasa pun sudah memadai untuk mendapatkan bacaan suhu, namun kalau kita berkemampuan untuk mendapatkan jenama yang mahal sikit selalunya didatangkan dengan warning atau amaran tertentu apabila suhu kereta sudah melebihi had yang sepatutnya

owner kereta wira ini telah memilih external water temp daripada jenama autogauge yang diperolehi dari japan. bacaan dalam kiraan celcius dan bersaiz 52mm sahaja. bergantung kepada anda untuk memilih brand dan saiz yang digemari. kebanyakan kedai potong pun ada menjual barangan 2nd hand dengan kos yang berpatutan

sekiranya anda hendak membeli apa-apa external meter pastikan pakej yang diperoleh dalam keadaan lengkap. water temp yang baru ini didatangkan sekali dengan sensor, wiring dan housing meter serta manual pemasangan meter sekali. kalau anda membeli di kedai potong pastikan dapat meter berserta dengan sensor sekali supaya pemasangan dapat dilakukan dengan sempurna nanti. kalau tak cukup alat macamana nak pasang, pening kepala pulak nak dapatkan set lengkap. ada meter dijual hanya meter semata-mata tanpa sensor, kalau begini elok tak payah beli kerana akan mendatangkan masalah nak match sensor dengan meter, mula lah bacaan yang ditunjukkan tidak tepat

satu lagi peralatan yang penting juga ialah sensor adapter iaitu adapter yang kita perlu pasang pada hose coolant dan dipadankan pula sensor pada adapter berkenaan. pastikan saiz adapter bersesuaian dengan hose coolant kereta anda. owner kereta wira ini juga memilih adapter keluaran negara matahari terbit brand JURAN

untuk saiz hose coolant kereta wira atau proton dengan kod enjin 4G91/92/93 atau 4G13/15 anda perlu mendapatkan adapter bersaiz 34mm barulah sesuai dipasangkan dengan kemas pada hose nanti. saiz lubang sensor pula bergantung kepada temp sensor yang anda gunakan. kebiasaannya sensor ini bersaiz 1/8 npt dan dengan itu lubang pada adapter juga mestila bersaiz 1/8 npt. letakkan sedikit teflon tape pada thread sensor dan kemudiannya barulah dipasangkan dengan kemas pada adapter supaya tidak berlaku kebocoran coolant nanti

langkah seterunya ialah kita perlu potong coolant hose atas untuk dipasangkan dengan adapter. buat ukuran yang sepatutnya sama seperti pada saiz adapter supaya tidak terlebih potong nanti. adapter juran ini berbentuk bengkok maka anda perlulah memilih kawasan bengkok pada hose untuk dipotong dan dipasangkan adapter. kalau anda membeli adapter lurus maka perlulah dipilih kawasan lurus pada hose. saya telah membuat sedikit marking sebagai panduan untuk memotong hose tersebut
$ads={1}
selesai memotong hose mengikut apa yang dilakarkan tadi. gunakan pisau yang tajam supaya proses memotong menjadi mudah dan permukaan yang dipotong menjadi rata seperti gambar di atas. sesetengah orang sayang nak potong hose so terpulang pada anda untuk melakukannya atau tidak pemasangan external water temp ini(bukan wajib pun). hose samco di atas ini bukannya ori, malahan banyak dijual di pasaran negara kita. kalau betul-betul ori sayang juga nak potong kan?

cuba masukkan adapter pada hose dan didapati berada dalam keadaan yang baik. maka bolehlah terus pasang klip pada hujung setiap adapter supaya tidak berlaku kebocoran coolant nanti. kemaskan klip secukupnya dan jangan terlalu ketat kerana boleh merosakkan hose tersebut. tak perlu letak apa-apa seal atau gam pada hujung hose

adapter dan siap pasang pada hose, klip pun dah dikemaskan manakala sensor dah dipadankan dengan baik. langkah seterusnya ialah kita perlu membuat sedikit proses wiring nanti. terlebih dahulu tarik wire yang dibekalkan bersama set meter bermula dari sensor hingga ke tempat di mana meter anda diletakkan. wire dari sensor ini hanya plug in sahaja ke belakang meter, cuma wire lampu dan power meter sahaja perlu dibuat sedikit. iaitu wire hitam ke ground (body kereta), wire merah ke constant 12v. wire untuk lampu boleh tap pada mana-mana wire lampu kecil di dalam kereta dan kebiasaannya bagi proton atau mitsu wire lampu ini berwarna hijau stripe putih (12v)

sudut pandangan berbeza adapter JURAN dan sensor water temp. apabila segalanya dah siap maka bolehlah anda start kereta dan perlu diberi perhatian ialah pada tempat penyambungan hose adapter. perhatikan kalau-kalau ada kebocoran semasa enjin hidup, perlu ketatkan lagi klip hose sehingga tiada lagi kebocoran. manakala pada bahagian sensor juga perlu diambil kira kerana ada ketikanya coolant boleh keluar akibat fitting yang tidak kemas

panaskan enjin hingga normal temp dan perhatikan pergerakan meter external ini. bagi enjin wira ini suhu sekitar 85'C - 98'C iaitu apabila enjin panas dan suhu mencapai 98'C maka secara automatik radiator fan akan aktif untuk menyejukkan coolant dan seterusnya menyejukkan enjin sehingga turun sekitar 85'C maka kipas akan berhenti. begitulah seterusnya perkara ini akan berulang-ulang sehingga kita matikan enjin. kalau suhu melebihi 100'C lampu warning akan berkelip-kelip dan sekiranya lebih panas lagi maka lampu warning akan statik dan buzzer akan berbunyi menunjukkan bahawa enjin panas melampau dan boleh over heat

terima kasih
sincerely: jeff tacra

2 تعليقات

  1. Salam bang, sy nak tanye sikit. Kereta sy aritu bacaan temp die jd pelik. First start kereta ok je, jalan mcm biase, temp reading pon normal. Tp bile sy off enjin, biar kejap then start balik enjin, temp die dari normal akan turun ke minimum pastu 5 minit kemudian naik smpai ke max. Agak2 ape punca ye?
    -satria neo cps
    -2010

    ردحذف
  2. Cikgu, saya ada buat DIY ni 2 tahun lepas kt viva saya. mula2 pasang temp masa running dlm 85'C- 90'C. lepas setahun jd masalah. Running temp jd 98'C-105'C. sensor dah tukar 2x masih dpt bacaan sama, meter pn dh tukar tp sama gak. coolant pn dah tukar tp tkdk beza. apa masalah ni cikgu. bleh bg tip tk? terima kasih..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors