assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. kali ini akan saya paparkan entri mengenai power steering fluid atau pun minyak power stereng sesebuah kenderaan. selalunya kita lupa untuk servis atau menukar ataupun top up minya power stereng ini akibatnya lama-kelamaan power stereng akan bermasalah bukan sahaja pada steering pump malahan turut merebak kepada steering rack itu sendiri. kerja untuk menukar power steering fluid ini bukanlah suatu kerja yang begitu sukar, boleh dilakukan secara diy sahaja di rumah asalkan power steering fluid ada serta peralatan tambahan sedikit, itu pun kalau nak keluarkan minyak lama dan masukkan minyak baru
ada beberapa cara dan kaedah berkaitan yang dilakukan untuk menukar minyak power stereng ini. antaranya ialah melalui flushing iaitu kita terpaksa membuka hose inlet dan outlet pada fluid reservoir dan disambungkan pula dengan hose lain untuk membuat proses flushing. cara ini agak cerewer kerana tidak sesuai dilakukan secara diy di rumah. kalau di kedai mungkin ada peralatan khusus untuk flushing minyak power steering ini. kaedah popular yang dilakukan oleh sesetengah orang ialah hanya top up sahaja minyak baru jika minyak lama berkurangan, cara ini juga tidak menjadi masalah tapi lama-kelamaan minyak itu akan menjadi hitam dan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. cara yang saya lakukan pula ialah menyedut minyak lama dan digantikan dengan minyak yang baru. secara detail akan saya jelaskan berikutnya
$ads={1}
gambar atas ialah kedudukan reservoir power steering fluid pada kereta proton wira iaitu bahagian kiri kereta berhampiran dengan kota fuse dan relay aircond. lokasi tabung ini bergantung pada jenis kereta, ala... bukan payah nak cari tabung ini, mesti ada tulis pada reservoir cap 'power steering'. sarung ralliart tu selain sebagai kometik fungsinya ialah untuk menyerap lebihan minyak yang keluar daripada tabung jadi fluid tidaklah merebak dan mengotorkan kawasan lain. perkara ini berlaku kerana oil seal pada bahagian bawah cap dah keras
buka cap tabung minyak power steering ini dan periksa kedudukan paras minyak sama ada min atau max atau pun tidak ada langsung pada dipstick ini. minyak hitam selalunya kita cek tapi minyak ini kadang-kadang kita lupa untuk memeriksanya. sekiranya minyak kurang atau tidak ada langsung maka boleh merosakkan power steering pump dan seterunya merebak ke steering rack pulak. modal besar pula terpaksa dikeluarkan untuk mendapatkan set yang baru atau 2nd di halfcut
tools yang saya gunakan untuk keluarkan minyak lama daripada tabung minyak power steering ialah oil suction gun 500cc. tool ini boleh dibeli dikedai hardware, saiz kecil lagi pun ada. masukkan hose transparent ke dalam tabung minyak dan sedut keluar minyak power steering sehingga habis semua dikeluarkan. kemudian, tambah minyak baru mengikut sukatan yang betul dan start enjin kereta, running beberapa ketika sekitar 3-5 minit, tujuannya supaya minyak yang dimasukkan tadi mengalir dan beredar ke steering pump dan ke steering rack dan seterusnya kembali semula ke tabung minyak. apabila dah mencapai masa yang tertentu, matikan enjin dan sedut balik minyak ini keluar seperti tadi. tambah minyak baru dan running enjin sama seperti tadi. ulangi langkah ini sebanyak 3 kali dan sudah dikira memadai untuk menggantikan minyak baru walaupun tidak 100% minyak baru sepenuhnya. inilah kaedah yang saya ambil daripada method hendak menukar minyak ATF HONDA. saya kira kedah honda ini boleh digunakan pada minyak power steering wira. terpulang kepada anda sama ada hendak top up sahaja pun dah dikira memadai. tapi bagi saya ada masanya kita perlu tukar dengan minyak yang baru
jenis minyak power steering yang hendak digunakan terpulang kepada anda. mana-mana minyak ATF sesuai digunakan untuk power steering seperti minyak ATF proton SP3 di atas. minyak ATF dexron lll pun boleh digunakan tanpa sebarang masalah, malahan. minyak khusu untuk power steering pun boleh digunakan seperti minyak HONDA atau STP atau pun mana-mana brand khusus untuk power steering fluid
bagi kereta wira saya, saya menggunakan power steering fluid keluaran untuk kereta honda seperti gambar di atas dengan harga sekitar rm20 untuk satu botol. minyak ini boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part. walaupun tertera pada label hanya untuk kereta HONDA sahaja tetapi minyak ini boleh digunakan pada mana-mana kereta. saya pernah masukkan minyak honda ini kepada kereta VOLVO S60 dan dapat berfungsi dengan baik tanpa ada sebarang masalah. kaedah yang saya buat pada volvo itu sama seperti yang saya terangkan di atas
minyak lama yang dikeluarkan agak kehitaman jika dibandingkan dengan minyak baru. mungkin tindakan minyak ke atas mekanikal tertentu di dalam sistem power stereng yang menyebabkan perubahan ini berlaku. bayangkan kalau tidak tukar minyak ini melebihi 5 tahun ke atas, mungkin akan jadi pekat dan hitam lagi. so terpulang kepada anda dan pomen anda masing-masing
minyak lama yang dikeluarkan. dah nampak macam air coke pulak :) saya kira eloklah kita tukar minyak power stereng pada sela masa setiap 60,000-80,000km
akhir sekali masukkan minyak power stereng yang baru mengikut penunjuk sukatan pada dipstick cap tabung minyak. pastikan minyak berada pada kedudukan antara MIN dan MAX seperti yang disarankan oleh pengeluar sesebuah kenderaan
terima kasih
sincerely: jeff tacra
Saya gunakan kepala botol sabun shower..untuk keluarkan minyak niie cg....jimat...tq cg
ردحذفSaya gunakan kepala botol sabun shower..untuk keluarkan minyak niie cg....jimat...tq cg
ردحذفsaya sedut dr reservoir guna pam sabun yang dah tak guna je slama ni , tak sangka ada jual pam sedut mcm cikgu pakai
ردحذف.....
pam sabun mcm mne tu??
حذفSabun mandi / tangan jenis cecair tu. Dah habis guna kalau tak nak refill guna je pam tu.
ردحذفhttps://online.guardian.com.my/media/catalog/product/cache/1/small_image/135x/9df78eab33525d08d6e5fb8d27136e95/6/8/68726_dettol_anti-bacterial_shower_gel_original_625ml.jpg
ATF Dexron 2 tiada stok di stesen petrol. Boleh tak guna Dexron 3, bang?
ردحذفagak-agak berapa liter kene standby tuan??
ردحذفInfo yg sgt berguna
ردحذفhttp://on9telcomillionaire.com/hafiz
Terima Kasih, 10tahun xpernah buat, ni baru tau leh bt, mmg hitam.
ردحذفCikgu, kalau kita buka nat hose pada steering rack utk keluarkan myk ni blh x?
ردحذفBoleh je
ردحذفSelepas pam semua minyak steering lama dan mengisi dengan minyak baru, kita hidupkan engine kereta. Soalan saya ialah adakah kita perlu memusing steering ke kiri sampai habis dan ke kanan sampai habis.
ردحذفCikgu..kalau nk bleeding power steering selepas ganti myk baru adakah ada bleed valve kt mana2?ke hnya pusing kiri kanan je sreering dh dikira bleeding?
ردحذفXDA bleeding valve..memandai buka penutup tabung until XDA Bublé.
حذفProton persona bleh guna mnyak power steering honda ke....
ردحذفboleh membuatkan pump cepat rosak
حذف