apa khabar semua, sekarang sudah pun masuk bulan disember dan sedar tak sedar kita dah berada pada penghujung tahun 2015 dan lebih kurang sebulan sahaja lagi kita akan mersua dengan tahun baru 2016. begitu cepat masa berlalu. ok lah, berbalik pada entri kita pada kali ini iaitu saya akan paparkan bagaimana cara hendak menyelesaikan masalah hand brake yang tak berapa cengkam bagi pengguna rear disc brake pada proton wira dan sewaktu dengannya. masalah ini juga berlaku kepada kereta lancer bernadikan enjin 4G9X atau 4G63. situasinya ialah kebanyakan daripada kita terutamnya pengguna kereta proton wira/satria akan menaiktaraf sistem drum brake kepada sistem disc brake. masalah utamanya ialah semasa kita park kereta dan tarik handbrake, namun kereta masih lagi boleh bergerak kerana hand brake tidak mencengkam dengan baik jika dibandingkan dengan drum brake yang sangat efisien dan mencengkam dengan kuat. saya ada penyelesaiannya dan jangka masa bertahan lama mana saya tidak pasti tapi pada kereta saya masalah ini boleh selesai dan hand brake dapat berfungsi dengan jayanya, hanya tarik satu klik sahaja kereta dah tak dapat bergerak lagi
saya akan tunjukkan caranya seperti di bawah ini dan apa-apa sahaja risikonya menjadi tanggungjawab anda sekiranya tidak mematuhi cara yang telah ditetapkan kerana kita perlu melakukan sedikit pengubahsuaian pada pad brake secara minima sahaja. kalau betul cara dan kaedahnya tidak mendatangkan apa-apa masalah dan jika tidak yakin melakukan secara diy, serahlah pada yang berkeyakinan untuk melakukannya
pertamanya jack kereta iaitu kedua-dua bahagian tayar belakang kiri dan kanan dan keluarkan tayar tersebut. sebaiknya gunakan jack stand kerana jack hydraulic tidak digalakkan, keselamatan itu penting dan perlu diberi keutamaan. apabila tayar sudah dikeluarkan, pada bahagian konsol hand brake (seperti dalam gambar) terdapat satu nat 10mm yang digunakan untuk melaras hand brake. longgarkan nat tersebut sehingga pada hujung atas bolt tetapi jangan sampai tercabut nat tersebut. pastikan kereta tidak bergerak kerana hand brake tidak digunakan pada masa ini
berbalik kepada bahagian caliper brek belakang kereta pula iaitu kita perlu keluarkan bracket dan klip kecil yang terdapat pada bahagian hujung cable hand brake, klip itu pula terdapat pada bahagian penahan cable hand brake. perlu keluarkan dua benda ini kerana kita hendak keluarkan cable hand brake daripada caliper. jika tidak dikeluarkan alat ini maka sudah pasti cable hand brake tidak akan dapat dikeluarkan dan sekali gus juga caliper brek tidak dapat dikeluarkan nanti. semuanya saling berkaitan antara satu sama lain. jangan risau, minyak brek tidak akan keluar kerana kita tida perlu membuka hose minyak brek atau pun keluarkan piston caliper sepenuhnya
apabila bracket dan klip di atas sudah dikeluarkan maka dengan menggunakan playar hujung tirus atau skru driver atau apa-apa sahaja tools yang bersesuaian tuil bahagian spring (lihat gambar) supaya cable hand brake tidak menegang, tujuannya ialah untuk mengeluarkan cable hand brake daripada caliper. sebaik sahaja dituil hujung tersebut maka keluarkanlah hujung cable hand brake seperti yang tertera pada gambar kecil
seterusnya pula ialah buka nat 12mm pada bahagian bawah caliper dan keluarkan bolt tersebut daripada caliper. jongketkan caliper dan perhatikan pada petak merah itu ialah piston caliper yang terdapat dua lekuk V berkenaan. nanti kita perlu adjust piston caliper ini sama ada masuk ke dalam atau keluarkan sedikit daripada kedudukan asal. lekuk V tersebut sebenarnya akan 'ngam' dimasukkan pada bahagian brake pad sebelah dalam, nanti akan saya ceritakan dengan lebih jelas apa yang perlu dilakukan
ok, sekarang keluarkan pad brake bahagian dalam dan tak perlu keluarkan kedua-dua pad brake, memadai bahagian dalam atau bahagian belakang sahaja. sebenarnya bahagian piston berlekuk itu akan dipadankan dengan marking (bulatan merah) apabila kita memasang caliper nanti. jika bahagian lain pada piston terkena pada marking tersebut sudah pasti caliper tidak dapat dipasangkan dengan rapat atau dengan betul, perlu pusing piston supaya 'ngam' dengan marking pada pad brake. masalahnya ialah piston tidak akan rapat dengan baik pada bahagian pad brake dan sebab itulah hand brake tidak dapat berfungsi dengan cemerlang. jadi kita perlu grind atau bunag marking pada pad brake tersebut supaya piston betul-betul sentuh dengan pad brake apabila memasang caliper, tidak ada lagi ruang kosong antara piston dengan pad brake
apabila marking pada pad brake telah dibuang maka pasangkan semula pad brake pada kedudukan asalnya. gunakan tools seperti di atas atau nama sebenarnya ialah four wheel disc brake piston tool, dapatkan angle yang bersesuaian dengan lekuk piston itu tadi dan pusingkan piston arah lawan jam sebanyak 90 darjah daripada kedudukan asal. harus diingatkan tool lain pun boleh digunakan seperti playar hujung tirus tetapi piston caliper ini sangat ketat dan dikhuatiri akan merosakkan dust cover piston jika tersalah melakukannya. dengan tool seperti di atas kerja dapat dibuat dengan mudah sahaja
$ads={1}
apabila sudah pusingkan piston caliper arah lawan jam 90 darjah cuba turunkan balik caliper, sudah pasti piston akan sangkut dengan pad brake kan? ok, pusingkan balik piston perlahan-lahan ke arah jam sedikit demi sedikit dan turunkan balik caliper dan lakukan berulang-ulang kali sehingga piston betul-betul sentuh dengan pad brake. jangan paksa masukkan caliper jika tertalu ketat nanti brek akan lekat terus dan tidak boleh memusingkan tayar. lakukan proses ini sehingga piston hampir-hampir sentuh dengan pad brake dan sebaik sahaja memuaskan hati anda maka pasangkan balik bolt caliper. cuba pusingkan disc dan pada masa ini akan terasa geseran antara pad dengan disc rotor. ingat jangan terlalu ketat sehingga sukar memusingkan disc. jangan lupa pasangkan balik cable hand brake, bracket dan klip tadi pada kedudukan asalnya
lakukan pada kedua-dua belah bahagian dan apabila sudah selesai maka bolehlah laraskan balik nat 10mm pada bahagian dalam konsol gear. pada masa ini tayar boleh dipasangkan dan jangan turunkan lagi daripada jack kerana kita hendak menguji pusingan tayar tersebut. selesai laras nat, tarik hand brake kereta 1 atau 2 klik dan periksa pergerakan tayar dengan memusingkannya dengan tangan anda. turunkan balik hand brake dan sekali lagi pusingkan tayar dan pastikan tayar dapat dipusingkan dengan sempurna ketika hand brake ini diturunkan. sekiranya berjaya sudah pasti hand brake kereta anda dapat berfungsi dengan begitu baik sekali
apabila segalanya sudah selesai maka bolehlah turunkan kereta seperti asal dan ketatkan nat tayar dengan torque sekitar 85ft.Lbs - 90ft.Lbs. pandu uji kereta anda dan brek beberapa kali supaya pad dan disc serasi bersama. pasti hand brake menggigit lebih daripada biasa
terima kasih
sincerely: jefftacra
As..salam..ntuk pengetahuan..sya telah pun memasang brekdisc vr4 ke atas saga flx sya...tp cengkeman handbrake tdak memuaskan...bila pergi ke kdai..ok sementara shja..so sya nk tnya ada x pomen2 yg leh wat.mcm cara encik bgthu ni..
ردحذفAs..salam..ntuk pengetahuan..sya telah pun memasang brekdisc vr4 ke atas saga flx sya...tp cengkeman handbrake tdak memuaskan...bila pergi ke kdai..ok sementara shja..so sya nk tnya ada x pomen2 yg leh wat.mcm cara encik bgthu ni..
ردحذفSaya dah cuba bang mmg terbaik....tq bang jeff
ردحذفbro jeff.. kalau buat diy ni ade kesan x pada braking action selain dari statik hanbrake?
ردحذفtak ada apa-apa masalah dengan sistem brek dan brek dapat berfungsi seperti biasa
ردحذفkalau tarik handbrek nmpk kat cable handbrek yg kat penyambung 2 cable jd 1 cable tu senget. single cable tu tarik cable kanan lebih dr kiri. kes mcm tu sbb apa ye? mcm mana nk btolkan bg sama?
ردحذفSyazwan shamsudin kes kita sama.. 2 tahun repair handbrake tapi xok..cable tukar baru..disc baru..pad baru..caliper baru.. Parking kete masih bergerak juga.. Buka console tgk cable panjang sebelah.. Hook senget.. Diy sendiri lapik dgn spring washer 4keping bg sama panjang.. Alhamdulillah parking dekat bukit pun kete xjalan dh
ردحذفmcamana lapik bagi balance balik tu? ada gambar dak
حذفalhamdulillah..saya dah berjaya adjust handbrake saya follow blog ne..info yang berguna..terima kasih
ردحذف