bertemu lagi kali ini dengan entri bagaimana menampal atau membalut peralatan tertentu pada kereta anda dengan menggunakan carbon fiber sticker atau apa-apa sahaja sticker yang bersesuaian dengan kehendak dan minat anda. kali ini saya berpeluang menampal sticker carbon pada bahagian permukaan head unit kereta honda jazz dan upper glove box juga pada jazz. banyak gambar proses menampal ini tidak dapat diambil memandangkan tiada pembantu untuk berbuat demikian, namun saya akan terangkan supaya anda juga boleh melakukan secara DIY sahaja.
peralatan penting ialah sticker carbon itu sendiri yang boleh diperoleh di mana-mana kedai accessories dan harganya pula bergantung pada material yang dipilih bersesuaian dengan kehendak kita sendiri sama ada murah atau pun mahal
saya hanya memilih sticker carbon yang berharga rm14.50 sahaja yang berukuran 100cm x 30cm dan saiz ini dah bersesuaian dengan projek yang akan saya lakukan. saya membelinya di kedai MR DIY di kuala terengganu, tak tahu pulak sticker ini made in mana
saya telah menukar head unit honda jazz standard kepada jenis screen besar seperti gambar di atas dan ternyata warnanya tidak sama dengan yang asal dan kalau diperhatikan warnanya agak cerah jika dibandingkan dengan upper glove box pada sebelah kirinya
oleh itu jalan mudah diambil ialah wrap sahaja dengan sticker carbon untuk mendapatkan tona yang sekata nanti dengan panel bahagian kiri tersebut
sticker carbon yang telah dibuka dan bersedia untuk dipasangkan pada tempat berkenaan. warna kuning itu ialah alat yang saya akan gunakan untuk melurut atau meratakan permukaan sticker pada tempat yang kita tampal. masalah udara yang terperangkap di bawah sticker kurang terjadi jika menggunakan peralatan tertentu untuk meratakannya
tona yang agak kontras dan tidak sekata antara head unit dengan panel upper glove box. sekiranya menggunakan head unit asal masalah ini tidak berlaku
satu lagi peralatan penting yang perlu ada ialah heat gun untuk memanaskan sticker pada bahagian permukaan yang tidak rata terutamanya pada bahagian tepi atau penjuru peralatan tertentu. sticker ini hanya boleh dipanaskan sehingga 80' sahaja dan sekiranya lebih sticker tadi akan terkoyak akibat kepanasan melampau daripada heat gun. oleh itu hati-hati semasa menggunakan heat gun ini
terlebih dahulu potong sticker mengikut ukuran sesuatu panel dan tampal pada bahagian tengah-tengah panel dan lurutkan atau ratakan sticker hingga ke tepi atau mana-mana penjuru. kalau terdapat bentuk atau shape tertentu maka gunalah heat gun untuk memanaskan sticker dan ratakan dengan tool tadi, dengan menggunakan tangan pun boleh juga dilakukan untuk meratakan sticker
$ads={1}
ratakan permukaan sticker supaya tidak ada gelembung udara di bawah sticker yang boleh mencacatkan pandangan nanti
pada bahagian tepi pula anda perlu lipatkan sticker ke bahagian dalam permukaan kira-kira 1/2cm atau 1cm mengikut keadaan tertentu. heat gun perlu digunakan untuk kerja-kerja ini
cover upper glove box yang telah siap dibalut dengan sticker carbon
permukaan head unit juga telah siap dibalut dengan sticker carbon. untuk head unit ini saya buka atau asingkan terlebih dahulu panel depan dengan bahagian head unit di belakangnya untuk memudahkan kerja-kerja tersebut
head unit yang telah siap dipasangkan di kereta
begitu juga dengan cover glove box atas, dah siap dipasangkan di kereta
sudah berubah wajah daripada asal seperti gambar di permulaan tadi dan ternyata membawa imej yang lebih menarik jika dibandingkan dengan sebelumnya
siap sepenuhnya, bolehlah bergaya dengan imej carbon fibre walaupun dengan menampal sticker sahaja
terima kasih
sincerely: jeff tacra
abg jeff apa itu tb vdo dan tb mmc?dan cam ne nk beza kn wira vdo dan wira mmc?harap leh bantu
ردحذفwira mmc sehingga tahun 2001 dan selepas tahun tersebut wira VDO
حذفYg head unit tu nk buat lubang setiap button tu mcm mne ch
ردحذف*cg jeff
ردحذف*cg jeff
ردحذف*cg jeff
ردحذف