bersua lagi dengan entri yang agak ringkas tapi sangat bermanfaat sekiranya berlaku masalah kesukaran untuk membuka oil filter. kebanyakan pengguna enjin 4G9x sudah sedia maklum bahawa lokasi oil filter pada enjin jenis ini berada pada kedudukan yang agak sukar untuk dicapai. ruang berkenaan sangat sempit kerana di sebelah kiri extractor, hadapannya pula terdapat condenser fan, bahagian kanan pulak terdapat motor power steering manakala bahagian bawahnya terdapat compressor aircond. jadi kerja-kerja penukaran oil filter menjadi sukar sedikit sekiranya oil filter tersebut bermasalah seperti terlalu ketat sehingga tidak dapat dibuka dengan cara biasa
pengalaman saya pernah alami situasi kesukaran untuk membuka oil filter pada sebuah enjin kelisa yang ownernya perempuan kerana mungkin pomen terdahulu memasang oil filter terlalu ketat sehinggakan dengan cara biasa memang tidak boleh membukanya. dah bermacam-macam cara dicuba tetapi gagal. oleh kerana ruang oil filter ini luas jadi saya menggunakan screw driver panjang dengan menebuk terus oil filter sehingga menembusi oil filter berkenaan, jadi barulah dapat dibuka dengan mudah. begitu juga dengan sebuah wira aero enjin 4G15 pun mempunyai masalah yang sama. dengan menggunakan screw driver panjang tebuk terus oil filter baru dapat keluarkan filter tu
$ads={1}
saya telah dihubungi oleh rakan FB yang memberitahu bahawa dia mengalami kesukaran untuk membuka oil filter keretanya sebab tool cup biasa yang digunakan telah menyebabkan filter telah menjadi loose, hampir bulat kerana filter terlalu ketat. saya telah ke rumah owner kereta tersebut dengan mencuba pelbagai cara tapi memang gagal, lapik getah, lapik kertas, lapik kain dan macam-macam cara lagi semuanya buntu. memang terlalu ketat tambahan pula ruang yang sangat sempit menyukarkan kerja-kerja untuk mengeluarkan filter. saya nasihatkan kepada owner kereta yang memasang sendiri oil filter secara diy hanyalah memusingkan oil filter tersebut dengan menggunakan tangan sahaja pun sudah memadai
saya mengajak owner kereta ini membawa keretanya ke rumah saya dan di sinilah saya mendapat idea untuk menggunakan cara yang akan saya tunjukkan di bawah nanti. dengan cara ini dengan mudah oil filter telah dapat dikeluarkan dan tak perlu rungsing lagi sekiranya oil filter terlalu ketat
tebuk cup filter ni dengan menggunakan hand drill bit yang bersesuaian dengan nat yang akan digunakan nanti. ingin saya tegaskan bahawa mod seperti ini boleh dilakukan sekiranya tools anda mencukupi untuk kerja-kerja yang saya tunjukkan
apabila telah siap menebuk lubang pada cup oil filter tibalah masanya untuk membuat thread nut pada cup tersebut. saya telah menggunakan pipe taps bersaiz 1/8 npt. taps ini boleh diperoleh di mana-mana hardware dan terpulang kepada anda untuk memilih saiz tertentu. seterusnya buatlah thread pada cup tersebut
apabila telah siap bolehlah masukkan nat pada cup tersebut dan tujuan nat ini ialah untuk mengunci cup pada oil filter, jadi dengan mudah oil filter dapat dipusing untuk mengeluarkannya daripada blok enjin
oil filter telah dapat dikeluarkan dengan jayanya. senyum je owner kereta tersebut kerana problemnya telah dapat diselesaikan. mungkin para pengunjung blog ada cara yang tersendiri jika menghadapi situasi seperti ini dan bolehlah kongsi cara yang pernah anda lakukan pada ruangan komen di bawah ini
terima kasih
sincerely - jeff tacra
Salam, ade kedai area selangor x?
ردحذفSalam abg jeff. Di area klang-selangor. Kebanyak kan bengkel2 mengguna kn special tool seperti rantai utk membuka oil filter. Cara nie mmg berkesan wlpn pun oil filter nyer ketat. Special tool nyer leh didapati di kedai spare part ataupum di pasaraya tesco...
ردحذفkalau enjin 4G92/93 nak guna tool rantai tu memang agak sukar memandangkan ruang yang terhad
حذفDari mana datangnya cup ni bro... dari parts apa..
ردحذفIdea bernas.. Terima kasih Jeff .
ردحذفguna adjustable filter cup
ردحذفguna kaki 3 boleh rasanya.
ردحذف