Alternator Carbon Brush Replacement

bertemu kembali. entri kali ini saya akan tunjukkan cara bagaimana hendak menukar carbon brush bagi sesebuah alternator kereta. alternator merupakan nadi penyumbang sistem eletrikal kereta dan sekiranya alternator bermasalah maka sesebuah kereta pasti bermasalah dan akhirnya kereta tidak dapat dihidupkan apabila alternator rosak terus. indicator bateri pada panel meter memainkan peranan yang sangat penting bagi memberitahu kita masalah-masalah tertentu pada alternator, jadi kita haru peka dengan lambang atau simbol bateri ini. sekiranya simbol ini berkelip-kelip menunjukkan tanda ic atau regulator pada alternator bermasalah dan sekiranya simbol ini hidup berterusan bermakna carbon brush pada alternator sudah habis, akibantnya charge tidak akan dikeluarkan oleh alternator dan seterusnya menjadikan sistem letrikal kereta tidak berfungsi.

bagi mengetahui tanda-tanda alternator bermasalah atau hampir rosak, kesemua peralatan letrik kereta gagal berfungsi seperti lampu malap, lampu dalam kereta berkelip-kelip dan malap, sistem radio terhenti dengan sendiri dan lain-lain lagi. tak lama lagi rosaklah alternator tersebut. untuk menguji sesebuah alternator kereta sama ada cemerlang atau sebaliknya, start kereta dan biarkan panas seketika, cabut terminal negatif bateri kereta. sekiranya kereta tiada perubahan apa-apa dan hidup seperti biasa, alternator kereta anda sihat walafiat dan sebaliknya jika kereta mati sebaik sahaja terminal negatif dicabut alamatnya alternator kereta anda rosak dan tunggu masa kereta mati sendiri dan tidak dapat dihidupkan apabila kuasa bateri habis. berikut merupakan cara-cara untuk menukar carbon brush alternator kereta semoga menjadi panduan kepada kaki-kaki kereta yang berminat untuk melakukannya sendiri secara DIY


keluarkan alternator daripada kereta. pastikan terminal negatif pada bateri dibuka terlebih dahulu kerana wire + dari bateri bersambung terus ke alternator. kemungkinan spark akan berlaku sekiranya perkara tersebut tidak dibuat. gambar atas merupakan alternator 4g92 mivec ca yang menggunakan 4 pin pada soket

buka nat bersaiz 8mm pada bahagian hadapan alternator seperti gambar di atas. kebiasaannya terdapat 4 biji nat sahaja

setelah kesemua nat dibuka, ketuk perlahan-lahan bahagian hadapan alternator supaya terpisah dengan bahagian housing belakang

ini ialah bahagian hadapan alternator

housing belakang alternator

pada bahagian ic alternator inilah terdapatnya 2 carbon brush, boleh dilihat melalui lubang tengah alternator. penutup putih itu ialah cover tempat sambungan alternator. anda perlu buka penutup tersebut

gambar setelah penutup dibuka

gunakan solder untuk mengeluarkan carbon brush asal

kelihatan bahagian tengah lubang berkenaan carbon brush telah dikeluarkan

carbin brush atas kelihatan pendek dan sudah sampai masa untuk ditukar dengan yang baru, biasanya ada jual di mana-mana kedai bateri. bawah tu ialah carbon brush yang saya akan masukkan sebagai mengganti yang lama yang saya ambil daripada starter yang rosak
$ads={1}
carbon brush telah berjaya dipasang

masih boleh bertahan lagi melebihi 5 tahun kot

peralatan kerja saya

pasangkan balik pada kedudukan asal

bila dah siap pasang maka bolehlah pasang balik pada kereta. jangan lupa sambungkan terminal negatif bateri tadi dan start kereta anda. perhatikan simbol bateri pada meter kalau-kalau menunjukkan tanda-tanda yang tidak sepatutnya

bacaan bateri semasa mula-mula start kereta saya ialah 14.1 - 14.2v dan ini menunjukkan alternator berada dalam keadaan sihat. bila charging dah cukup voltage akan stabil pada 13.7 - 13.8v

sekian, terima kasih
jumpa lagi

21 تعليقات

  1. As salam cikgu...
    Kalau lampu indicator batt baru padam selepas kereta di rem pada rpm 1.5 apa masalahnya...boleh repair tak?

    ردحذف
  2. Salam..
    Sy nk tnya.baru2 ni sy tukar alternator.lps pakai beberapa hr..bwk keter wira sy..lampu dpn kejab malap kejab terang.angin air cond pun sma.kejab kuat kejab slow.bila lampu terang,enjin semput dlm masa yg sama.knp ye tuan?

    ردحذف
  3. Kalau i.c or regulator prob. caman lak penyelesaiannya Abg Jeff??

    ردحذف
  4. Salam abg jeff . Sye nak berguru dgn abg bleh x ? Mcm2 sye nak diy abg jeff

    ردحذف
  5. Salam abg jef, nak tanya kalau kereta wira saya berdengung sebelah kanan macam mana ye? berdengung macam bearing problem, tapi dah tuka dedua still ada bunyi lagi. Dengung kejap2, kalau lagi ramai org naik keta lagi kuat dengung.

    ردحذف
  6. As salam tuan..mohon pencerahan ..kereta waja manual saya..apabila masuk gear satu dan mahu bergerak, terdapat gegaran. Tetepi gear seterusmya tiada masaalah cuma gear satu dan reverse saja. Utk makluman saya baru tukar clutch plate dlm sebulan. Apa sebabnya ya?

    ردحذف
    الردود
    1. mechanic x gosok permukaan flywheel ngn sandpaper.. x rata.. sbb tu gegar..

      حذف
  7. assalamu'alaikum. sebelum ni saya pun ada masalah dengan alternator. tapi bila refer ke bengkel, terus dia rekemen tukar baru (recond). tapi bila tengok pada voltage stabilizer, reading dia x stabil range dari 13 ke 12.6.

    bateri yang problem or alternator nak kong or wiring yg problem?

    mohon ulasan dari tuan. terima kasih.

    ردحذف
    الردود
    1. Maaf jika pendpt sy salah.
      biler enjin hidup. Cuber cabut terminal negatif. Jika enjin masih hidup. Menandakan alternator dlm keadaan baik. Jika enjin mati. Alternator masalah... tlg btl kn jika sy silap.
      sekadar kongsi pengalaman...(",)

      حذف
    2. Adakah mslh ini berulang...jika berulang anda harus chek wiring kondisi...tp jika baru terjadi buat sptmana Yanti telah beritau di atas...

      حذف
  8. Salam
    Stelah dpisah housing depan dn belakang.mcm mn nk psg smula sbb nk PSG sngkut carbon brush.Ada cr yg tertentu mgkn.tq

    ردحذف
  9. Warga Orang Wangsa Maju AU3, keramat Cheras, Kuala Lumpur dan Gombak. perkhidmatan kami lebih cepat kepada anda. cawangan kami di Jalan Jejaka, Taman Maluri telah pun dibuka.

    Kami di bateriku.com akan selesaikan masalah anda.

    PERCUMA - PENGHANTARAN | PEMASANGAN | PEMERIKSAAN

    Sebarang pertanyaan hubungi :
    1-800-22-2324 - toll free
    012 - 245 8027 - call,sms,whatsapp

    *harga termurah di pasaran - harga kilang
    *bermula dr RM120 (harga walk in) (Harga berbeza mengikut jenis kenderaan)
    *servis tip top
    *bateri kering dan basah
    *beroperasi dari 9 PAGI hingga 11 MALAM setiap hari (9 pagi - 6 ptg Ahad dan Cuti Umum)

    ردحذف
  10. Saya punya kereta problem kadang2 tak boleh start dan alarm terus menyala bila jumper hidup kemudian boleh start seperti biasa dua 2-3 minggu kemudian masalah yg sama berulang ada sesiapa boleh membantu terima kasih

    ردحذف
  11. salam abg jeff sy nk tumpang tnye ape masalahnye klu kereta batery cas 13-14 ttp ble bukak kpla bateri - kereta mati jugak...dh cbe gne alyernator lain cy beli baru tp still sme ble cbut kpla bateri kereta mati..skrg beli halfcut ory 4pin..engine mivec..plz abg jeff bg pencerahan skit adik wan dh pning ni..kte kuar msuk bgkel aje tp sme jgak..tq

    ردحذف
  12. Assalamualaimum boss....
    Boss ade dimana ye
    Boleh tak kira nye sy hantar pada boss aje utk baiki alternater sy yg rosak...
    Sy suda 3 kali tukar...
    First tukar brg kedai ptg mitsubishi nye brg
    Second tukar brg sparepart recond
    Third brg kedai potong...
    Bole tak boss tlg repair kan...
    Wira 1.5 auto (thn2003)

    ردحذف
  13. Asal di kereta75amp, dah terbeli alternator95amp halfcut condition boleh pakai tak jeff

    ردحذف
  14. Adakah carbon brush tersebut sama dgn carbon brush yg di guna pada peralatan lain seprti drill? Rep me at 0137695365

    ردحذف
  15. Terbaekk! Sy rasa bearing alternator sy rosak. Bunyi kuat bila tekan minyak. Tapi voltage ok, lammpu tak malap, dll bekalan kuasa ok.

    Kipidap bro. Bermanfaat posting ni.

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors