hari ini saya berpeluang memasang sport pedal pada sebuah kereta auto berjenama honda. kerja-kerja pemasangan boleh dikatakan agak mudah tetapi anda perlukan beberapa tools tertentu seperti hand drill dan hand rivet tool untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan nanti. pemasangan pelapik pedal ini hanya sebagai penyeri atau sebagai kosmetik sahaja, iaitu untuk mencantikkan interior kereta sahaja. ikutilah langkah-langkah pemasangan seperti yang ditunjukkan di bawah ini
sport pedal honda diperbuat daripada aluminium dan tersangat ringan. boleh didapati di pasaran negara kita sekitar rm1xx dan ke atas
inilah pedal standard sesebuah kereta dalam keadaan standard iaitu pelapik getah sahaja
pada bahagian brek terlebih dahulu keluarkan getah asal dengan hanya menariknya daripada bahagian tepi pedal tersebut. tidak perlu menggunakan apa-apa peralatan untuk membukanya
setelah pelapik pedal dibuka inilah rupa pedal brek kereta honda. perhatikan lubang kiri dan kanan yang telah saya tandakan, iaitu lubang tersebut telah tersedia dan kita tidak perlu menebuknya lagi. dua lubang inilah yang akan digunakan nanti
masukkan pelapik pedal aftermarket seperti kedudukan gambar di atas
masukkan pula pelapik aluminium pada bahagian atas getah tersebut
tekan supaya kedudukannya betul-betul rapat dan tidak senget
gunakan rivet yang dibekalkan sekali persama-sama perlatan lain yang disediakan sekali
$ads={1}
dengan menggunakan tool hand rivet, pasangkan rivet dengan kemas
akhirnya selesai dipasang pada pedal brek
ini pula ialah pada bahagian pedal minyak atau throttle. anda perlu menebuk 3 lubang mengikut ukuran pelapik pedal tersebut. tandakan tempat untuk ditebuk dengan betul supaya kedudukan lubang selari dan tepat dengan pelapik pedal
masukkan plet besi pada bahagian bawah pedal yang berfungsi untuk menahan rivet nanti supaya kemas
throttle pedal
brek pedal
pemasangan telah siap dilakukan
terima kasih
sincerely - jeff tacra
salam bro jeff.. nak tanya soalan terkeluar tajuk sikit..wira 1.5carb.. tepi padle minyak bwah main fusebox ada lagi 1 fusebox kecil remark 20A RA/CL, 20A PW, 10A PW IG2..boleh explains tak apa functions fuse tu.. terutama RA/CL tu.. sbb fuse tu putus dan klu ganti je msti terus putus. utk makluman sblm tu alternator overload skali..dh tukar baru.
ردحذف