Pivot Speed Meter V

bersua kembali setelah agak lama saya tidak update blog. kali ini saya berpeluang memasang speed meter v brand pivot sebuah wira bernadikan 4G9x. pivot speed meter v terdapat dua versi iaitu LED merah dan biru. selain fungsi speed meter secara digital ia juga mempunyai fungsi untuk speed cut iaitu membuang speed limit bagi sesebuah kereta, contohnya bagi enjin 4g9x speed limitnya ialah 180kmj, dengan memasang pivot ini anda boleh membuang speed limit berkenaan mengikut wiring yang dilakukan, ikuti penerangan seterusnya di bawah ini

open box pivot speed meter v yang dibeli terus dari jepun. gajet ini sebenarnya kepunyaan kenalan saya dan sememangnya beliau mahukan barang terus dari jepun, oleh itu saya order direct dari sana dan jangka masa untuk sampai ke malaysia begitu cepat sekali, hanya memakan masa 3 hari sahaja barang sudah diterima

versi biru agak susah nak dapat sekarang, saya request warna biru seperti di atas tetapi seller di sana mengatakan bahawa warna biru susah tidak keluar dan kalau ada pun hanya stock lama, kebetulan dia tidak mempunyai stock warna biru. nak tak nak terpaksa ambil warna merah

antara barang yang dapat selain speed meter ialah, wiring manual dalam bahasa jepun dan inggeris, warranty card, wire dan soket serta penyambung wiring

 pivot speed meter v versi merah

sekarang kita beralih ke proses wiring speed meter ini. terdapat 4 warna wire iaitu
1. merah (12v ignition) iaitu wire masa kunci posisi on
2. hitam (ground) tap pada mana-mana bahagian body kereta
3. putih (wire speed dari harness)
4. hijau (wire speed dari ecu)

terdapat 2 versi untuk wiring iaitu pertama sekiranya kita tidak mahu membuang speed cut gunakan hanya wire putih sahaja dan disambungkan ke wire speed pada ecu. kedua bagi yang mahu membuang speed cut perlulah memotong wire speed pada ecu dan penyambungannya sepert rajah di bawah

diagram di atas ialah bagi membuang speed cut. caranya potong wire speed pada ecu, sambungkan wire hijau ke ecu dan wire putih ke wire harness yang dipotong tadi. selesai penyambungan kemaskan balik wire berkenaan
$ads={1}
untuk penyambungan power wire terlebih dahulu anda perlu tahu wire manakah yang perlu digunakan untuk menyambungkan wire merah speed meter. masukkan kunci dan pusing ke posisi ON seperti di atas. gunakan test lamp dan tap mana wire yang boleh menghasilkan voltage pada test lamp tersebut, itulah wire yang perlu digunakan

test lamp hidup sekiranya wire yang betul digunakan, iaitu wire on pada kunci

sambungkan wire hitam ke mana-mana bahagian body kereta

penyambungan pada wire speed di ecu

diagram di atas menunjukkan pinout ecu yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu, dapatkan pinout wire speed iaitu soket 22 pin (kanan) pin baris bawah no 7 dari kanan

setelah selesai panyambungan, on kunci dan speed meter telah berjaya dihidupkan

bawa kereta dan test speed meter anda. kelihatan di atas speed meter digital telah berfungsi dengan cemerlang di samping speed cut telah tiada lagi. bermakna sekiranya selama ini kereta anda hanya 180kmj sahaja, tetapi sekarang boleh pergi lebih lagi bergantung kepada kemampuan enjin kereta masing-masing

terima kasih
sincerely - jeff tacra

14 تعليقات

  1. الردود
    1. boleh order kalau nak, tapi harga sekitar 3xx lebih sebab hari tu ada offer kat sana. dapat murah sikit

      حذف
  2. salam bang...nak minta pencerahan sikit la...rev cut dgn speedcut tu benda yg sama ke tak?

    ردحذف
    الردود
    1. rev cut tu limit enjin bole brputar (revving). tgk kt meter rev tu ade redline. tu rev cut le tu.. xnk bg enjin rosak kalo brputar melebihi had.. kalo speed cut tu, limit kelajuan kereta anda..

      حذف
  3. Salam abg jep.speed meter sy tak jalan la abg jep kno erk?psg kat kereta lain ok plk.wiring dah betul.

    ردحذف
  4. Salam abg jep.speed meter sy tak jalan la abg jep kno erk?psg kat kereta lain ok plk.wiring dah betul.

    ردحذف
  5. Azwan keta aq pun sama..x jumpa speed signal..skang tap dkat rpm..gerak gak meter tapi bkan speed..keta satria GTI tahun 2000..

    ردحذف
  6. Salam abg jeff....tinggal no hp kali..bengkel duaner? Area ganu ker? Ambe nk suruh tgk keter ambe sikek eh...ambe org ganu gopp

    ردحذف
  7. bro jeff. sy ade 1 pivot ni. tp lom pasang. biase brape upah yang dikenakan pomen ye??

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors