bersua lagi dengan entri penukaran bahagian bawah throttle body single cam khususnya bagi pengguna enjin mitsu atau proton. TB half set ini sebenarnya berperanan untuk menjaga dan menstabilkan igling kereta terutamanya semasa on aircond, rpm tak drop dan idling berfungsi macam biasa. normal bagi TB single cam bahagian bawah mencair dan lama-kelamaan akan merosakkan terus fungsinya. begitu juga dengan bahagian ISC iaitu bahagian tepi TB yang di dalamnya terdapat gear juga bertujuan untuk menjaga idling kereta. sekiranya anda menukar gear kit namun idling masih lagi tidak stabil sudah sampai masanya untuk ditukar half set bawah dengan yang baru
gambar atas menunjukkan bahagian bawah throttle bodi singel cam atau
juga lebih dikenali dengan SOHC. bahagian hitam itu ialah isc yang
berperanan menghidupkan gear di dalamnya untuk mengawal rpm kereta
supaya stabil terutamnya ketika idling serta semasa aircond dihidupkan.
boleh didapati di kedai spare part
ini pula ialah sebagai perbandingan dengan throttle body DOHC iaitu menggunakan sistem stepper motor yang berperanan sebagai ISC untuk mengawal rpm kereta. sistem agak berlainan tetapi mempunya fungsi yang sama antara keduanya
di dalam plate besi itulah letaknya gear untuk mengawal rpm yang kebanyakannya gear akan rosak apabila tiba waktunya dan apabila kerosakan ini berlaku maka rpm kereta sudah tidak dapat di kawal lagi. antara tanda-tanda kerosakan ini ialah semasa cold start pada waktu pagi rpm terus drop yang sepatutnya naik sehingga 1.5k dan perlahan-lahan turun apabila mencapai normal temp
salah satu tanda lagi ialah semasa kita on sistem pendingin hawa rpm terus drop dan ada yang mati kereta. hal ini disebabkan fungsi ISC telah tidak berjalan dengan betul
inilah bahagian yang mudah cair akibat kepanasan dan haba di dalam enjin bay. sebab itulah adanya laluan air (coolant) in dan out ke throttle body, tujuannya untuk mengawal suhu isc agar tidak terlalu panas
perkara ini amatlah biasa berlaku pada throttle body SOHC sama ada keluaran proton atau mitsubishi sebab proton juga menggunakan part yang sama seperti mitsu
untuk menukarnya, buka nat phillips yang kesemuanya terdapat 4 biji sahaja. boleh dikatakan agak susah jugak nak buka nat tersebut dan saya menggunakan impact driver untuk memudahkan kerja-kerja tersebut
$ads={1}
$ads={1}
perbandingan yang lama dan baru
pastikan anda dapat sekali pakej half throttle body ini iaitu seal seperti yang ditunjukkan di atas.
pasangkan pada throttle body
pastikan skru diketatkan dengan sebaiknya untuk mengelakkan kebocoran coolant nanti
kelihatan baru
siap sedia untuk dipasangkan pada kereta
terima kasih
sincerely - jeff tacra
Terbaik bro. Mmg ditunggu2 keterangan pasal ni. Tapi berapa harga half set ni dan nk ckp mcm mana kt tokey sparepart tu? Takut diorg xphm
ردحذفHarga rm2xx
حذفsalam abg jef, wira 1.5 vdo bila on aircond time idle,rpm akan drop setiap kali compreser jalan sebab ini ke?
ردحذفVdo sistem lain, kena pakai komputer untuk diagnose dan setting balik
حذفKalo getah tu cair takpe kan? Ari tu terpegang rase lembik je.
ردحذفأزال المؤلف هذا التعليق.
ردحذفbro jeff...boleh dapatkan untuk saya satu tak...wira 1.6 skrg pakai perdana punya...tq 019-7808141
ردحذفSalam.. boss ada x cara nk kacuk TPS mitsubishi ke TPS honda.. sebab TPS mitsubishi ada 4 wayar.. manakala TPS honda hanya ada 3 wire. Mohon pencerahan dr boss.. tq
ردحذفSalam nak tanya kereta satria 1.6 bila masuk gear atau on aicon rpm turun macam nak mati enjin,sebelum ni pernah mati enjin,mohon bantuan,apa yg perlu sya buat
ردحذفSalam Jeff. . Mana nak cari half body throttle nI ye? Puas saya tanya kedai spare part dan kesemuanya cakap tidak ada dan hanya jual seketul body throutlets. Tolong vantu
ردحذفBerapa harga?
ردحذفno hp jeff..emailkn pada saya
ردحذف