Front Wheel Bearing

bertemu kembali... entri kali ini saya paparkan mengenai penukaran bearing hadapan kereta proton/mitsu. sebenarnya bearing yang saya tunjukkan ialah dari kereta evo3 dan sama juga dengan kaedahnya dengan kereta proton. sekiranya kereta anda mengeluarkan bunyi dengung, bukan bunyi tayar pada bahagian hadapan ini bermakna bearing tayar sudah sampai masanya untuk ditukar dengan yang baru. kalau buat kat kedai sangat mudah kerana menggunkan mesin press tetapi kalau nak DIY tools mesti cukup sebab mengeluarkan dan memasang bearing hadapan sangatlah mencabar tidak seperti menukar bearing belakang

DIY ini dikatakan sangat mencabar kerana banyak kerja perlu dilakukan seperti membuka nat-nat tertentu untuk mengeluarkan knuckle daripada kereta. saya tegaskan di sini, paling penting tool perlu cukup untuk menjalankan kerja-kerja ini

gunakan soket box yang sesuai untuk mengeluarkan hub daripada knuckle, ketuk sehingga keluar. mulanya agak susah nak buat tapi bila ub dah menunjukkan tanda-tanda bergerak ke bawah kerja menjadi mudah

hub telah berjaya dikeluarkan daripada knuckle dan pada masa ini bahagian bawah bearing masil lagi melekat pada hub sebagaimana gambar yang berikutnya nanti

hub berserta bearing di dalam knuckle. front wheel bearing menggunakan jenis race bearing iaitu bering akan terpisah semasa kita hendak mengeluarkannya

keluarkan dust cover knuckle seperti di atas. kenuckle di atas ialah knuckle lancer evo3 sebab itu anda akan nampak sensor abs masih lagi terpasang di situ

keluarkan race bearing seperti di atas dengan menggunakan tools seperti yang ditunjukkan

telah berjaya dikeluarkan

bersihkan hub daripada gris

tiba masa untuk proses pada knuckle iaitu untuk mengeluarkan bearing. keluarkan oil seal seperti di atas dengan menggunaka peralatan tertentu

keluarkan snap ring
$ads={1}
dengan menggunakan tool tertentu seperti di atas untuk mengeluarkan bearing

knuckle dah kosong kerana bearing telah berjaya dikeluarkan

bearing lama yang dikeluarkan tadi

bearing baru, kalau untuk evo3 bearingnya sama sahaja dengan bearing proton waja

pasangkan balik bearing baru

pasangkan dust cover dan hub seperti asal. jangan lupa belikan sekali oil seal baru untuk dipadankan pada tempatnya iaitu di belakang knuckle

terima kasih
sincerely - jeff tacra

10 تعليقات

  1. Assalam,
    Hub knucle depan tu lau bengkok leh repair lg x bang?ke kne beli lain sbb ty kedai spare part xde jual hub depan,,hub belakang utk 1.3/15 je ade jual

    ردحذف
    الردود
    1. apa yang bengkok ni, knuckle susah nak bengkok. kalau hub bengkok kat mana

      حذف
  2. Hub bang, bengkok kt tmpt nk masuk race bearing tu, bila pasang knucle gelong,,habis mkn brake pad n bunyik tikus mengawan (kedai buat pakai tapak itik),,trus beli half cut, pasang cun smpai skrg

    ردحذف
  3. Sy ty sbb nk repair balik knucle yg lama bang, kdai spare part ckap kne beli sketul skali knucle,,,rabak poket,,

    ردحذف
  4. Assalam cikgu... blh saya tau nama tool untuk membuka dan memasang bearing di atas. 10q

    ردحذف
  5. Salam tuan,
    Nak tanya, utk persona (Non ABS), boleh ke bearing tayar belakang tu guna yg utk ABS punya? sebab saya rasa dah salah beli.. terbeli yg utk ABS punya bearing tayar belakang..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors