Deatsch Werks (DW200) Fuel Pump

assalam dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blog ini. hari ini saya berpeluang memasang in-tank fuel pump ke dalam tank sebuah wira bernadikan 4G92M DOHC dan seperti biasa saya akan paparkan hasil kerja saya untuk tatapan semua. deatsch werks fuel pump dari siri DW200 dengan kekuatan 255LPH adalah sama dengan pressure WALBRO tetapi ada kelainannya walaupun sama-sama dibuat di USA. DW200 jauh lebih senyap dan menyamai fuel pump standard jika dibandingkan dengan fuel pump walbro yang bunyinya saya istilahkan seperti 'nyamuk'. bagi sesiapa yang memakai WALBRO akan faham dan tahu macamana bunyi dari pump tersebut. alternati lain sekiranya hendak menggunakan 255LPH boleh ambik DW200 ini

DW200 made in USA, so fuel pump ini saya order direct dari US. rakan saya mengalami masalah fuel pump yang agak lemah walaupun menggunakan fuel pump evo, sudah menjadi kelaziman apabila sesuatu barang lama digunakan, lambat laun akan rosak jugak. bayangkan enjin evo 2 atau 3 dah berusia belasan tahun, kita masih lagi menggunakan fuel pumpnya. lebih baik dapatkan fuel pump yang baru

original DW akan mempunyai engraved DW200 atau mengikut model pump berkenaan dan di bawahnya terdapat nombor siri untuk menjamin ketulenannya. bersamanya disertakan kit seperti hose minyak, sepasang klip yang bercop made in usa, strainer dan soket berserta wire sekali

sebelum memulakan kerja menurunkan tank minyak pertamanya buka terminal negative bateri serta soket ke tank minyak yang terdapat di bawah carpet penumpang belakang sebelah kiri. buka seat dan selak carpet akan nampak soket putih seperti di atas

jack bahagian belakang dan ampu dengan menggunakan jack stand kiri dan kanan kereta. langkah seterusnya buka nat yang supply fuel dari tank ke fuel rail iaitu nat bersaiz 19mm dan 14mm. buka dua hose lagi iaitu return hose dan hose ke purge canister

seterusnya buka dua hose di bahagian bawah bonet kereta iaitu hose untuk memasukkan minyak ke tank dan satu hose lagi yang berada di sebelahnya

lapik plywood di bawah tank dan tahan dengan menggunakan jack. pastikan minyak di dalam tank tidak penuh kerana sekiranya minyak full tank, kerja-kerja menurunkan tank akan menjadi sukar kerana berat dengan minyak. sebaik-baiknya kurang daripada satu takuk meter minyak

buka 4 biji nat bersaiz 14mm di empat tempat pada tank iaitu di hadapan 2 dan di belakang 2 nat lagi. selesai sahaja nat dibuka, dengan perlahan-lahan turunkan jack untuk menurunkan tank. hati-hati kerana biasanya tak akan sangkut dengan piping exhaust pada sebelah kiri
$ads={1}
inilah tempat letaknya fuel pump pada tank wira atau lancer

tank yang telah berjaya diturunkan

buka 5 nat 8mm pada penutup atau holder fuel pump. terlebih dahulu un-plug soket ke fuel pump seperti pada gambar yang ditunjukkan

pump standard wira jenis denso atau kebiasaanya jenis VDO. perlahan-lahan keluarkan fuel pump dari tangki minyak, masa ni minyak akan keluar dari pump perlahan-lahan

keluarkan fuel pump dari holder

pasangkan pump baru seperti mana pada kedudukan yang betul. pastikan sekiranya re-wiring kedudukan + dan - tidak tertukar, double cek sambungan wire pada soket

beza antara pump asal dengan DW200, nampak pump standard lebih pendek sedikit dengan pump yang baru. sebelum dapat memasukkan pump ini terlebih dahulu umpil bahagian bawah holder dan masukkan pump dan kemudiannya kemaskan balik bahagian bawah pump. kedudukan akan nampak senget sedikit memandangkan pump DW200 ini agak panjang sedikit

bersedia untuk dimasukkan pada kereta dengan mengulangi langkah-langkah yang sama seperti mula kerja tadi. apabila siap memasangkan pump pada tank, pasangkan balik tank pada tempatnya dan semua sambungan hose yang dibuka tadi dipasangkan kembali. jangan lupa plug in balik soket pada tank dan soket pada tempat duduk belakang tadi dan akhirnya sambungkan terminal - bateri. start kereta dan serta merta matikan, pada masa ini anda perlu memeriksa setiap sambungan hose tadi kalau-kalau berlaku kebocoran atau sebaliknya. sekira tidak start kereta sekali lagi dan biarkan hidup seketika

terima kasih
sincerely - jeff tacra

10 تعليقات

  1. Slm..mcm mana mo tau fuel pump mo rosak..dan berapa harga ni barang

    ردحذف
  2. Assalammualaikum abg jeff.. Kalu pakai fuel pump ni kena pakai fuel regulator tak?

    ردحذف
  3. nak tanya sikit bro. Bila kereta saya on boost rpm naik 4,500, rasa semput. Adakah ini simptom fuel pump nak kong?

    ردحذف
  4. Saya baru tuka fuel pump wira denso ori. Kos siap pasang rm270. Hmm betul kah?

    ردحذف
  5. klu utk proton waja mcmana ya...enjin mivec,meter mivec tpi tank waja...dah tuka float tpi sekejap jer ok...lps sebulan meter minyak x naik blk...ada cara lain x nk bg meter minyak naik blk

    ردحذف
  6. assalamualaikum tuan, sya nak tau dmana letaknya fuel pump relay proton wira se 1.5GLi aeroback?

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors