Brake Body Pump Service

bersua lagi dengan entri yang saya kira jarang orang ambil perhatian akan perkara ini iaitu brake body pump kereta. lokasi pump ini bagi kereta proton/mitsu ialah di bahagian bawah servo brake dan kebetulan ada sebiji body pump yang lama tersimpan saya berpeluang untuk servis dan menyimpannya, mana tahu suatu hari nanti ada yang memerlukan part ini. kalau brand new made in taiwan berharga sekitar rm50-rm60 sahaja manakala kalau beli di kedai halfcut yang diambil dari model evo 3 hanya berharga rm30 sahaja namun kena perhatikan juga sebab barang lama tidak dipakai kemungkinan akan tersumbat akan berlaku. jadi lebih baik anda servis terlebih dahulu sebelum dipasangkan pada kereta

brake body pump evo yang diperoleh di halfcut dengan harga rm30 sahaja. pipe brake masih ada lagi pada body pump dan seharusnya kalau ingin membeli pump ini pilihlah yang masih ada pipe brake kerana minyak brek masih ada di dalamnya dan dengan ini dapat mengelakkan jem atau karat berlaku

keadaan body pump setelah kesemua nat pipe dibuka

perhatikan bahagian bawah pump, di sini didapat terdapat dua lubang dan sepasang klip sebagai penahan penutup lubang berkenaan

di dalam inila terdapatnya valve yang mengawal pengaliran minyak brek sebaik sahaja brek ditekan iaitu pada kebiasaannya untuk brek hadapan cengkaman sebanyak 70% dikenakan manakala pada brek belakang sebanyak 30%. sebab itu kalau kita perhatikan semasa proses bleeding dilakukan minyak brek pada bahagian belakang lambat atau sedikit keluar jika dibandingkan dengan brek hadapan yang agak laju keluar

sekiranya kerosakan body pump ini maka aliran minyak brek akan menjadi tidak sekata antara kiri dan kanan kereta. biasanya kerosakan disebabkan valve tidak dapat berperanan dengan baik akibat tersumbat atau adanya karat di dalam pump. sebab itulah kadang-kadang ada dalam kalangan pemilik kereta merasakan kereta tertarik ke sebelah sama ada kanan atau kiri semasa membrek. sekiranya aliran minyak perlahan pada satu-satu bahagian sama ada kiri atau kanan sudah sampai masanya anda servis atau tukar pump ini dengan yang lain

sebaik sahaja wd40 dispray pada bahagian penutup valve dengan menggunakan besi kecil seperti di atas tekan cover tersebut ke dalam untuk mengeluarkan klip penutupnya. sekiranya terasa agak susah maka bolehlah anda mengetuk perlaha-lahan dengan menggunakan tukul

klip dan penutup sudah dapat dikeluarkan dan tinggal sebelah je lagi

isi dalamnya telah dikeluarkan

bahagian kanan telah berjaya dikeluarkan dan lakukan perkara yang sama pada bahagian kiri pump
$ads={1}
kelihatan susunan paeralatan iaitu dari atas ialah pump - valve - spring - stopper - cover dan klip

cuci bahagian dalam dengan menggunakan apa-apa sahaja yang boleh membersihkannya seperti wd40, sabun dan air, petrol dan sebagainya dan keringkan

 tukar color merah

bersedia untuk dipasang semula, sapukan sedikit gris agar memudahkan kerja-kerja pemasangan bahagian-bahagian tersebut satu persatu. masukkan valve

seterusnya masukkan spring dan diikuti dengan stopper spring

kenakan pula penutup atau cover dan pasangkan klip, ikuti langkah yang sama pada bahagian yang satu lagi

sudah siap sepenuhnya dan bolehlah dipasangkan semula pada kereta. sebaiknya apabila body pump ini diservis adalah lebih afdal anda menukar keseluruhan minyak brek dengan minyak brek yang baru, lakukan proses bleeding (lihat entri terdahulu) dan sekarang brek akereta anda semakin mantap

terima kasih
sincerely - jeff tacra

12 تعليقات

  1. Salam abg jeff. Nak tanya pendapat abg jeff sikit. Kereta wira saya slalu kena bleeding. Minyak brake x kurang pun. Bocor kat tayar pun x ada. Apa pendapat abg jeff. Apa yang saya perlu periksa dan apa part yang kena tukar.

    ردحذف
  2. Salam...abg jeff...saya ada problem disk brake dah 3 kali jem melekat belah kanan depan..body brake pump dah tukar baru...minyak brake pun baru dot 4....caliper pun dah servis...kereta wira 4g91...apa lagi saya perlu buat untuk selesai masalah saya ni...ada apa-apa part lagi perlu ditukar/servis...tqvm

    ردحذف
  3. Saye dh tuka body pump wira tapi still same jugak problemnye... lubang untuk paip brek belakang tak kuar minyak...

    ردحذف
  4. Salam.tumpang tnye skit bro.setiap kali sya membrek kereta sya harus tekan 2 kali.adakah ini pun berpunca dari body pump atau servo.harap bleh beri penjelasan.tq.

    ردحذف
  5. Salam.... sy pakai wira 1.5 auto. Brake sy sebelah kiri belakang langsung tak keluar minyak semasa buat proses bleeding. mtk tunjuk ajar apa yg perlu sy check satu persatu. Terima kaseh. zahrulr@gmail.com

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors