Idle Speed Control Gear Kit

bersua kembali dengan entri mengenai pemasangan idle speed control (isc) pada throttle body SOHC atau selalu disebut single cam mmc sama ada proton atau mitsubishi. kebiasaannya antara simptom kerosakan isc ini ialah semasa cold start pada waktu pagi rpm terus menjunam ke bawah dan tidak naik antara 1.5k - 2k dan apabila mencapai normal temp barulah turun seperti asal. salah satu lagi tanda kerosakan isc ialah semasa on aircond rpm terus drop dan kadang-kadang enjin terus mati. sepatutnya apabila aircond dihidupkan isc ini mengambil peranan menaikkan sedikit rpm supaya idling kereta menjadi lebih stabil. selalunya ada dalam kalangan kita menggantikan sistem isc yang rosak ini dengan memasang FICD yang ternyata boleh selesaikan masalah ini. kebanyakan pomen menyatakan throttle body rosak dan harus ditukar dengan yang lain, namun sebenarnya kita boleh mencuba untuk menukar gear kit ini terlebih dahulu. bayangkan harga throttle body proton baru boleh mencecah sehingga rm700 ringgit manakala isc gear kit ini harganya di bawah rm100 (original)

 idle speed control gear ini boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part dengan harga serendah rm30 hingga ke rm100 lebih. pilihan di tangan anda tetapi saya cadangkan lebih baik beli yang berkualiti dan yang original. pek original kelihatan seperti di atas yang didatangkan bersama-sama pek berkenaan sedikit gris putih, jangan sesekali menggunakan gris lain dan sebaiknya dapatkan white grease (ada jual di spare part)

gambar atas ialah perbezaan antara throttle body mmc SOHC (kiri) dan DOHC (kanan). throttle body sohc menggunakan isc yang berupa gear seperti pada gambar pertama, manakala yang dohc menggunak isc yang berupa stepper motor seperti gambar di bawah. fungsinya tetap sama iaitu membenarkan kemasukan udara ke dalam throttle body untuk mengawal idling atau rpm kereta

ini merupakan isc (stepper motor) mitsubishi atau proton 1st generation yang berwarna cokelat yang kebanyakan digunakan pada enjin 4G9x 

gambar atas ialah stepper motor 2nd generation keluaran mitsubishi yang kebanyakan digunakan pada enjin 4G63 seperti pada evolution 3. untuk makluman kedua-dua stepper motor ini boleh ditukar ganti iaitu boleh digunakan sama ada pada enjin 4G9X atau enjin 4G63 evo123

perhatikan plate besi pada bahagian bawah throttle body sohc ini dan di sebalik plate inilah letaknya isc gear seperti yang dinyatakan di atas

anda boleh keluarkan throttle body dari intake manifold atau boleh memasangkan isc gear kit ini tanpa membuka throttle body dengan hanya membuka plate besi berkenaan

kereta ini sebenarnnya memang mempunyai masalah idling dan apabila dibuka plate tersebut didapati gear di dalamnya telah dikeluarkan oleh pomen terdahulu, sebab itu pada kereta ini mempunyai FICD
$ads={1}
keluarkan kit dari bungkusannya, pastikan gris putih ada bersama kerana sekiranya menggunkan gris lain seperti gris drive shaft atau lain-lainya jangka hayat gear tak lama, akan cepat rosak

bersihkan kotoran dan minyak serta gris lama di dalamnya

pertamanya masukkan alatan seperti di atas ke dalam thread yang disediakan, sapukan gris terlebih dahlu

kedudukan alat yang pertama tadi (tak tahu nama apa benda ni). pusing perlahan-laha arah jam sehingga rapat ke dalamnya dan jangan ketatkan dengan peralatan lain, memadai gunakan tangan sahaja

masukkan gear lain mengikut manual yang disertakan dan jangan lupa pada gigi gear berkenaan, letakkan gris tadi. akhir sekali padankan seal hitam tu dan tutup balik dengan plate besi seperti yang dibuka tadi

jangan lupa sekiranya throttle body dibuka, pastikan anda membeli juga gasket throttle body yang baru seperti gambar di atas

terima kasih
sincerely - jeff tacra

40 تعليقات

  1. cikgu, kalo pasang ficd pon kadang2 timing jd drop dan turun naik sebab pe?

    ردحذف
  2. Salam bro. Saya penah buat bende ni pada wira 1.6 saya. First start ok. Tp bile enjin dah panas rpm trus tinggi bile berhenti sekejap kat trafic light. Last2 saya keluarkan gear tu semua. Apa yg saya perasan bhgn bwh tmpt kita buka gear tu mula cair sikit demi sedikit. Dah lebih 5 tahun sy guna tanpa gigi tersebut. Mmg problem bile pagi2 kerana rpm sentiasa rendah

    ردحذف
  3. salam abg jeff..soalan sy hmpir same dgn Gergasi comel..blah bwh isc gear t/b sy pun cair..still relevant ke klau sy tuka gigi gear atau elok sy buang gear dlm tu..jika sy nk gune ficd sbgai gnti,ble tnjuk carany

    ردحذف
  4. Saya ada waja 2003 problem sama macam yang disebut. Rasanya tb guna stepper motor. Stepper motor ni ada dijual di kedai spare part tak. Terima kasih kerana blog ini sangat membantu, semoga ilmu yang diberi mendapat keberkatan Ilahi insyaAllah.

    ردحذف
    الردود
    1. kebiasaannya masalah idling tak stabil ini berkaitan dengan stepper motor atau isc. ada jual kat spare part benda ni ataupun ada juga yang mendapatkannya dari kedai halfcut

      حذف
  5. so,klau dh gnti isc nie...ficd x pkai lg la cikgu ye....

    ردحذف
    الردود
    1. Tak perlu paka ficd lagi, dah seperti standard. Tapi kalau tb problem tak selesaikan masalah

      حذف
  6. bro tacra.....apa pula masalah kalo idling jadi turun naik,
    off @ on aircond ttp sama......boleh ke dgn menukar gear kit@ pasang ficd boleh selesaikan masalah ni?

    ردحذف
  7. Hi Jeff, dlm gambar 11, bila shaft ('alatan" dengan thread) dipusing- masuk, di sebelah kiri ada satu 'stopper' kecil , perlukah stopper ini dilonggarkan supaya 'barangan' ini boleh di pusing-masuk sehingga habis? Stopper itu boleh dinampak dalam gamber No 7 di bawah screw philip.
    TQ. Alan

    ردحذف
    الردود
    1. Stopper tu kena keluarkan dulu, masukkan shaft hitam dan pusing bagi rapat ke dalam, pasang balik stopper

      حذف
    2. utk pengetahuan semau saya pernah try DIY macam abg Bro Jef Tacra pasang, utk shaft hitam yg besar tu kena pusing dengan tangan sampai habis/ketat, tp idling tak dapat juga, mintak nasihat pomen dia suruh buka/pusing 1.5X arah lawan jam shaft hitam besar tu. Then ok idling dapat...ini kes saya harap bro tacra bagi pencerahan..sbb pomen saya ckp shaft hitam tu time init dia akan pusing sampai abis then keluar balik, klau ketat gear2 ic servo tak bukak abis/tak homing.

      حذف
  8. salam bro jeff...sya ada masalah dengan Soket TB SOHC...Soket utama yg berwarna hitam yg terletak d bawah TB telah cair....adakah ini memberi kesan kpada prestasi TB trsebut...??? apakah yg perlu sya lakukan...??perlukah sya mnukar seketul TB???

    ردحذف
  9. Bro jef...setelah menggunakan ficd. Ada apa...apa lagi yg perlu dilakukan untuk mendapatkan ideling yg baik.

    ردحذف
    الردود
    1. Kebiasaannya pasang ficd bukan untuk mengawal idling kereta tetapi lebih kepada fungsi untuk mengawal idling semasa on aircond, ini bagi kereta yang bermasalah rpm drop semasa aircond dibuka. Jadi ficd ini menaikkan rpm ketika itu. Idling kereta bergantung kepada tjrottle body dan isc

      حذف
    2. Bro jeff. Sy nak cadangkan entry diy utk service EGR valve. Banyak masalah idling keta boleh selesai jika valve ini berfungsi dgn baik.

      حذف
  10. Slam bro jeff..kos bpa ek nk srvice karb ngan tb..sohc 4g15

    ردحذف
  11. Salam, mcm mane plak klau utk tb wira vdo, chek kmputer prblem tps sensor, tps sensor tu ada dlm tb vdo kn, adakah tps sensor tu bleh tkr atau kena tkr 1 unit tb??? Thanks

    ردحذف
  12. salam. baru2 ni sy tukar hafset lancer hafkat utk wira 1.6. sblum pasang pomen cuci & ganti gear baru. dah pasang awal2 tu idling 850rpm, tp on a/c semput2 tp tak mati. lepas temp normal, normal idling still sama tp on a/c rpm turun ke 300-350, gegar tp tak semput/mati. pomen keluarkan gear isc & didapati gear wrna emas tak berputar, sepatutnya bila on ignition, gear tu kena putar & akan ada bunyi spt "zeeet".
    ada jalan ke atau kena ganti hafset lain? dan ade care tak utk kenal pasti samada iscv berfungsi sblum beli? t.kasih

    ردحذف
  13. Dkt tmpt sye ada buat service tb soch,yg rosak trade in blik,warranty 8bulan bgi yg ricon.

    ردحذف
  14. assalam bro fadlhi, mne tempat bro & bape harga utk tb, pasang n tuning? bro dah try ke, berbaloi tak?

    ردحذف
  15. الردود
    1. kedai alat ganti ada jual. di malaysia dimana2 ada jual, kalau d indonesia sih nggak tau.

      حذف
  16. SALAM CIKGU , KALAU TB VDO PULAK MACAM MANA ? SAMA JUGAK KE PAKAI GEAR GEAR NI ?

    ردحذف
  17. saya pemilik wira 1.5 auto (MMC) dah tukar gear kit kat isc TB ok, lepas tu tuning balik, prestasi akan ok.modal dalam rm 30 pasang gear kat isc, lepas tu tuning rm 50, barang2 gear kit rm 45 so semua siap pasang dalam rm 125 sahaja ok ker tak ?.

    ردحذف
  18. sebelum pasang aircond idle rpm dalam 900 dah pasang aircond dalam 800 ok ler tu.

    ردحذف
  19. cuma bila gear d dikekalkan semasa berjalan waktu berhenti di traffic light idle rpm akan turun pada 300 sahaja. bukan apa rasa enjin macam nak mati, kalau sangkut kat jem jenis gerak sikit2 takut enjin mati jer, tapi pomen cakap ok. pohon abg jeff bagi pencerahan.

    ردحذف
  20. maaf minta laluan untuk topic lain, lagi satu saya nak tanya kat abag jeff, kalau wira sedan bawa penumpang selalu ke akan sagat tayar belakang pasal saya menghadapi masalah, semua barang original (spring,absorber) siap pasang buffer spring lagi tetapi tetap sagat bila naik bonggol, jalan tak rata atau sewaktu memasuki selekoh kiri atau kanan.

    ردحذف
    الردود
    1. tayar lebar sangat agaknya...cuba ketuk dalam fender belakang tu..mesti okay punya.

      حذف
  21. Sya pakai waja thn2003.tapi bila on a/c rpm dr 900 turun 600 or 500.boleh ka waja sy guna FICD n tiada apa2 masalah di masa hadapan.

    ردحذف
  22. nak tanya jikalau rpm tinggi xmau turun adakah sebab stepper problem gak ye?wira 1.3 injection mmc

    ردحذف
  23. bang jep ada no wsp tak..nak tnya sikit ada prblm kereta ni..hm

    ردحذف
  24. Bang Jef, bagaimana cara pemesanan FICD (Gear Servo). Wsp +6282166127999. Thanks.

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors