Yamaha SS110 Restoration

entri ini dikira sebagai entri terakhir bagi tahun 2013 ini dan sebagai penutup tirai 2013. entri ini khusus saya paparkan kerja-kerja DIY yang saya lakukan terhadap motor saya iaitu dari jenis YAMAHA SS110 yang dibeli pada tahun 1991 dahulu dan nasibnya agak kurang baik kerana dibiarkan tanpa dijaga dengan sempurna. maka motor ini agak buruk dan tibalah masanya saya pulihkan kembali seperti dahulu, saksikan gambar-gambar dan video di bawah. kebanyakan kerja saya tidak diambil gambar, maklumlah kerja seorang diri dan agak susah hendak memegang kamera disebabkan tangan yang kotor terutamanya ketika overhaul enjin

 inilah motor yamaha ss110 tahun 1991, dah berusia 22 tahun sekarang

 dah berkulat hijau 

 karat di sana sini

 absorber yang dimakan karat

 asal motor ni warna biru, dah ditukar coverset ke hitam

 tayar dan rantai yang agak usang

 walaupun dah rupa macam ni tapi start masih lagi hidup dengan mudah

 cat bergerutu

 barai... proses mengecat, membuka enjin dan sebagainya tidak diambil gambar

 adjustable... senang nak laras hi lo. cuma tak ada soft hard sahaja :)
$ads={1}
 restoration bermula

 tukar balik coverset biru seperti tertera dalam geran

 dah siap cuma ekzos belum spray lagi

 pasang stripe baru

dah siap sepenuhnya

enjin masih lagi mantap

terima kasih
sincerely - jeff tacra

15 تعليقات

  1. Agak-2 buat bnde ni harga brapa ? sya pkai ss jgk :)

    ردحذف
    الردود
    1. benda apa yang dimaksudkan itu, kalau boleh jelaskan barang atau peralatan apa yang ditanya tu

      حذف
  2. Cover set tu dapat yang original ke.... Kat mana boleh cari sekarang ni

    ردحذف
  3. Cover set tu dapat yang original ke.... Kat mana boleh cari sekarang ni

    ردحذف
  4. total semua kos lepas repair ni berapa Cikgu Jeff? Overhaul enjin lama ke proses dia?

    ردحذف
  5. cover original. magnet ss boleh cari kat spare part atau group ss dalam FB selalu ada jual

    ردحذف
  6. saya mencari tenaga pengajar bagi program membaiki motosikal di cameron highlands dan temerloh

    ردحذف
  7. saya mencari tenaga pengajar bagi program membaiki motosikal di cameron highlands dan temerloh

    ردحذف
  8. kat mane beli coverset dgn adjustable tu en. jeff?
    sy pn nak restore ss sy

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors