Clutch & Bearing

entri kali ini merupakan sebagai info sahaja bagi pengguna kereta berkaitan dengan clutch dan bearing clutch. sekiranya clutch dah menunjukkan tanda-tanda nak habis atau pun dah slip bermakna terpaksalah ditukar dengan yang baru. pemilihan jenis clutch sangat penting dan haruslah bersesuaian dengan cara pemanduan seseorang, ada yang berkehendakkan clutch yang standard dan tidak kurang juga yang inginkan performance untuk kenderaan masing-masing. part yang kedua pula saya akan tunjukkan bearing clutch brand NTN iaitu perbezaan antara made in japan dan made in thailand

PART 1

untuk menukar clutch boleh dikatakan kerja berat juga yang perlu dilakukan memandangkan kena turunkan gearbox yang agak berat. memerlukan ruang kerja yang selesa, jack stand sangat penting kerana banyak kerja dilakukan di bahagian bawah kereta. gambar atas menunjukkan pressure clutch yang masih terpasang pada enjin

clutch brand exedy standard 4g92 mitsubishi, nampak 'kuku' clutch agak besar tapi bila ditekan pedal clutch tidaklah seberat seperti kebanyakan clutch racing

 clutch plate standard exedy made in japan, lebih dikenali organic clutch

sistem clutch sesebuah kereta terdiri daripada 3 komponen utama iaitu pressure clutch atau selalu disebut clutch cover, clutch plate dan kemudian bearing clutch

inilah yang saya nyatakan di atas tadi iaitu plate clutch metal untuk racing clutch, gambar atas ialah brand exedi 4 puck dan kalau sebelum ini hanya ada 3 puck sahaja. clutch 4 puck ini mengurangkan gegaran tidak pada 3 puck sebelum ini. penggunaan clutch metal seperti ini akan menyebabkan kehausan flywheel dengan kadar yang cepat jika dibandingkan dengan organic clutch

ini ialah clutch racing brand triniti made in malaysia. perhatikan plate clutch ini yang mempunyai 6 puck metal tetapi tidak mempunya spring di tengah-tengahnya dan hal inilah yang menyebabkan gegaran berlaku semasa kereta mula bergerak. clutch racing juga ditangkan dengan pressure clutch yang agak keras apabila pedal clutch ditekan kerana untuk menghasilkan grip yang cukup kuat bagi memulakan pergerakan sesebuah kenderaan. lain pula dengan clutch standard, rasa lebih lembut

ini merupakan tool untuk align clutch plate semasa pemasangan keran dengan penggunaan tool ini clutch plate akan berada betul-betul center dan tidak menyebabkan sebarang kemungkinan gegaran akan berlaku. ada juga pomen yang menghasilkan tool sendiri dengan menggunakan peralatan tertentu
$ads={1}

PART II
 set clutch bersama bearing clutch brang NTN

bearing clutch brand NTN made in thailand (kiri) dan made in japan (kanan). kotak ada perbezaan sedikit iaitu yang japan punya lebih tebal jika dibandingkan dengan yang thailand. thailand rm30 manakala japan rm35. 
perhatikan bahagian tengah yang bertanda bulatan merah, thailand punya diperbuat daripada besi manakala yang japan punya bukan besi, dibuat dari bahan lain. oleh itu yang japan lebih baik kerana bahagian tengah tersebut akan sentiasa bergesel dengan shaft gearbox, lebih tahan dan rasa pedal clutch pun smooth sikit, yang besi lama-kelamaan bila gris hilang akan ada rasa macam geselan, pergerakan pedal clutch rasa ada sangkut-sangkut sikit

made in japan ada klip sekali manakala yang satu lagi tidak ada tapi boleh menggunakan klip asal, tak jadi masalah apa pun

ada sela NTN bagi japan tapi thai tak ada

kotak japan lebih tinggi dari yang satu lagi

ada tag JAPAN manakala yang thai tidak ada apa-apa, so sekarang pilihan di tangan anda, kedua-duanya boleh pakai, tak jadi masalah apa pun

terima kasih
sincerely - jeff tacra

32 تعليقات

  1. salam bang jeff, saya pakai waja.. skang ni ada bunyi "cit cit cit" kat area clutch, bila tekan pedal clutch bunyi tu ilang... sebab bearing tu ke? yg saya ingat masa tukat mmg pakai NTN tp x pasti japan ke thai... kalau x tukar ada masalah x?

    ردحذف
  2. Helo Jeff..tool untuk align clutch plate tu ada ka. Tq..

    ردحذف
    الردود
    1. Maksud saye ada jual tak tool untuk align clutch plate tu. Tq..

      حذف
    2. biasa dapat sekali semasa beli clutch performance. kalau nak tool ni sahaja saya boleh tolong dapatkan, brand ACT, beli kat US. boleh pm kat fb saya

      حذف
    3. Salam bro,di kt ni bengkel kereta mana yg ok, saya ada masalah bearing enjin le,tq bro

      حذف
  3. Helo Jeff.. saya pakai waja.. ari tu saye tukar clutch dan saye guna brand exedy. Bila dh siap pasang, skali tekan ringan. mmg ringan k Jeff. Klu clutch ori ade keras sikit.

    ردحذف
  4. Helo Jeff.. saya pakai waja.. ari tu saye tukar clutch dan saye guna brand exedy. Bila dh siap pasang, skali tekan ringan. mmg ringan k Jeff. Klu clutch ori ade keras sikit.

    ردحذف
  5. assalammualaikum.. bang saya pengguna gen2.. 2004 model.. nak tukar clucth.. apa cdanagan abg? pernah dengar jenama parot tak? antara parot dan aisin yang bagus.. makasih

    ردحذف
  6. salam....kedai mana jual clutch bearing ntn japan tu bang jeff?

    ردحذف
    الردود
    1. kebiasaannya mana-mana kedai spare part pun ada jual bearing jenama NTN ni

      حذف
  7. Salam..saya baru 2 bln mengunakan clutch full racing 5 puck mcm gambar kat atas yg tak ada spring tengah tu.. masa mula2 guna rasa ok..mmg grip..tp skrang grip dah kurang..dan masa enjin hidup gegar kat tombol gear normal..tapi bila kete dah gerak gegaran kat tombol gear agak kuat dan ketiga tiga pedal pun boleh terasa gegaran tu..persoalan saya adakah gearbox ,clutch atau bearing saya ada masalah..untuk pengetahuan encik mounting kete baru, enjin masa hidup gegar normal tak kuat..dan satu lg semasa free gear saya dgr clutch saya bising sedikit seperti besi bergesel tp tak kuat sgt lah..bila tekan clutch bunyi tu hilang..harap tuan sedikit sebanyak dpt membantu..t.q..

    ردحذف
  8. Salam..saya punya kete sama dgn masalah en. Daun pandan tu ada bunyik cit..cit..cit..klu tekan hilang bunyik.bru 3 bulan tukar exedy heavy duty..ckp kt pomen tu bunyik bearing tak de hal katanye..nk tau pendapat2 otai2..apekah masalah sebenarnye..

    ردحذف
  9. Salam bro.. sy nam tanya knpa ye bila nak masuk gear undur ada bunyi mcm tekan tali cluth tak rapat. Masalah gear undur sahaja. Yg lain ok jew..

    ردحذف
  10. Salam admin..ingin bertanya, minggu lepas sy ada tukar clutch kit exedy wira 1.5 di bengkel..masalah yg sy hadapi adalah, apabila sy tekan pedal clutch dan masuk gear 1 dan gear revearse dan bila lepas pedal clutch stgh, body terasa gegar dan bila lepas pedal clutch abis, gegar tu tiada.bearing dan juga oil seal sudah ditukar yg baru

    ردحذف
    الردود
    1. bro memang akan rasa gegar bila masuk gear 1 selepas baru tukar clutch baru.lama kelamaan nanti hilang la gegar tu..info dari abg jeff tempoh hari..

      حذف
    2. sy br seminggu pakai lepas tuka clutch plate baru..ok xmengapa.kalau masih tidak hilang juga gegar tersebut?

      حذف
  11. Assalamualaikum, saya telah membeli Honda Jazz 1.5 V-TEC (A)2007,bila berhenti terutamanya di lampu isyarat, sekiranya kekal gear D, Jarum RPM jadi turun diikuti dengan seolah injin bergegar sekejap dan kembali biasa. Ia berulang setiap 10 hingga 11 saat. Untuk pengetahuan tuan pemilik sebelum ini beritahu beliau hanya hantar di pusat sevis Honda. Bila disemak rekod, kereta tersebut pernah menukar flywheel, soalan saya adakah ini ada kaitan flywheel dengan gegaran ini, atau mengikut maklumat awal bila saya bertanya secara lisan dengan mekanik lain, ini disebabkan kerosakan throttle body sedangkan saya telahpun buat tuning dan cuci throttle body. Mohon penjelasan tuan.

    ردحذف
  12. Hai bro jeff,
    Sy ejan dari sabah...
    Kereta sy ada prob sikit, klau boleh sy nak tau apa puncanya...
    Kereta wira sy ni asalnya 1.5cc manual (klac kabel), skrg dah tukar enjin 1.8cc dan gb manual (klac pam)...
    Prob nya adalah bila dah tekan klac dan masuk gear, kereta akan bergerak sedikit bila tekan padel minyak lebih 6500rpm walaupun klac masih belum dilepaskan seolah-olah klac tak ditekan habis padahal dah habis tekan dah, gear pun takda yg miss bila tukar gear masa high rev masa jalan...
    Klac set dah tukar triniti organic baru, klac pam atas dan bawah pun dah tukar baru japan punya...
    Sy tak tau lagi nak buat apa, sy harap bro jeff dapat bantu sy... Tq bro

    ردحذف
  13. Salam en jeff . Sy dah tuka set clutch plate dan flywheel brand exedy skali bearing. Br smalam. Tp bunyi geseran kuat kedengaran bile start dan lepas pedal clutch. Bile tekan pedal bunyi senyap. Seblum tuka dan selepas tuka bunyi yg same(bunyi bergesel) kt gearbox? Mohon pandangan en jeff,pomen saran tuka gearbox. Tp gear x pnah ada slip dan sebagainya.

    ردحذف
  14. salam abg jeff. masalah sy sama dgn ahmad fikri dan daud.. kenape ye

    ردحذف
  15. Hello abg jeff.Saya guna kereta viva 1.0 bila masuk gear 1 enjin begegar kereta mcm x ble jalan,tp bila dah jalan oke pula..cuma time nak mula jalan gear 1 memang gegar betul.

    ردحذف
  16. Hello abg jeff.Saya guna kereta viva 1.0 bila masuk gear 1 enjin begegar kereta mcm x ble jalan,tp bila dah jalan oke pula..cuma time nak mula jalan gear 1 memang gegar betul.

    ردحذف
  17. Hello abg jeff.Saya guna kereta viva 1.0 bila masuk gear 1 enjin begegar kereta mcm x ble jalan,tp bila dah jalan oke pula..cuma time nak mula jalan gear 1 memang gegar betul.

    ردحذف
  18. ADE JUAL TAK CLUTCH PLATE SAHAJA SEBAB CLUTCH COVER CUN LAGI

    ردحذف
  19. hye, nk tanye, sy pakai clutch ogura sblm ni dan skrg sy nak tukar cluth., boleh ke kalu sy nk pakai clutch plate standard dekat mangkuk clutch ogura???

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors