bersua lagi kali ini dengan entri berkaitan dengan throttle body khususnya bagi kereta proton atau mitsu lancer. selalunya kebanyakan antara pemilik kereta sekiranya mempunyai masalah berkaitan seperti idling tidak stabil, rpm naik turun maka sudah sampai masanya untuk kita cek throttle body dan segala part yang berkaitan dengan throttle body. entri kali ini lebih kepada mengenal komponen yang terdapat pada throttle body dan satu rawatan khusus akan saya cadangkan lepas servis throttle body. ada sesetengahnya yang siap servis throttle body, pasang pada kereta tetapi idling akan menjadi tidak stabil, naik turun dan sebagainya. saya ada caranya untuk mengubati masalah ini, boleh mencuba dahulu kaedah yang akan saya paparkan di bawah, mudah-mudahan mujarab sekiranya part lain tidak bermasalah
throttle body DOHC mitsubishi MIVEC 1.6 bersaiz 60mm
throttle body dan komponen-komponen tertentu memainkan peranan penting bagi sesebuah enjin. throttle body pada hakikatnya sangat susah rosak tapi kebanyakan pomen mencadangkan untuk menukar terus throttle body, harga pulak sudah tentu mahal kalau yang baru, seperti proton wira boleh mencecah rm700 ke atas untuk sebuah throttle body. sebenarnya komponen lain pada throttle body yang bermasalah dan sebab itulah masalah rpm tidak stabil boleh berlaku pada sesebuah kenderaan
stepper motor banyak memainkan peranan penting pada throttle body DOHC seperti menaikkan rpm semasa cold start dan mengawal rpm semasa on aircond. idle switch untuk mengawal idling bagi throttle body mivec. TPS (throttle position sensor) memberitahu berapa bukaan butterfly pada throttle body dan menghantar isyarat dalam bentuk voltage ke ecu untuk mengawal enjin, wide open throttle max 5v sahaja
bagi throttle body SOHC perbezaan dengan DOHC ialah pada stepper motor, iaitu untuk SOHC tidak terdapat komponen ini malah ia menggunakan ISC yang mempunyai gear pada bahagian bawah throttle body, namun peranannya tetap sama dengan stepper motor seperti yang dinyatakan di atas
P - untuk purge canister iaitu satu hose kecil bersaiz 4mm yang bermula dari purge canister dan disambungkan ke sini, bertujuan untuk membuang dan melepaskan wap petrol dengan cara yang sempurna
throttle body ini telah direbore pada bahagian luaran 'mulutnya'. sekarang terdapat throttle body aftermarket dengan saiz yang tertentu seperti S90, WORKS dan sebagainya
BISS screw tujuannya ialah untuk melaras tinggi atau rendah rpm semasa idling. pusing arah jam rpm semakin rendah dan pusing lawan jam rpm semakin tinggi semasa idle. secara mudahnya BISS screw ialah sebagai pintu yang membenarkan angin masuk untuk mengawal rpm sesebuah enjin
cap BISS screw sepatutnya ada untuk menutupnya
$ads={1}
ini pula ialah bahagian khusus yang akan saya terangkan seperti awal intro saya tadi iaitu selepas kita service dan cuci throttle body sebersih-bersihnya, apabila pasang pada kereta rpm akan menjadi turun dan naik, tidak stabil. perkara ini disebabkan semasa membersih throttle body segala sealant untuk menutup bahagian butterfly dengan dinding throttle body telah terhakis sama dan menyebabkan udara dapat menerobos masuk ke intake walaupun BISS screw ditutup habis. hal inilah yang menyebabkan rpm tidak stabil dan menjadikannya tinggi rendah seperti kita menggunakan hi-cam. lepas cuci halakan throttle body ke arah cahaya dan anda akan nampak pada bahagian tepi butterfly ada cahaya kelihatan dan di sinilah udara dapat masuk ke intake manifold
untuk mengatasi masalah ini, pertamanya dapatkan permatex ultra grey sealant di kedai spare part atau anda boleh menggunaka mana-mana sealant yang sesuai seperti ini
sealant brand permatex yang boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part dengan harga belas-belas ringgit sahaja
letak nipis sahaja sekadar menutup ruang antara butterfly dengan dinding throttle body
lepas letak sealant, gerak-gerakkan buterfly buka dan tutup supaya sealant tidak mengeras dan boleh menyebabkan butterfly melekat terus pada dinding apabila dan mengeras nanti. buka dan tutup butterfly sehingga sealant kering
terima kasih
sincerely - jeff tacra
nak tanya saya de kereta wira 1.6 auto da convert engine 1.8 sohc manual. masalah saya kalau slalu off on engine time panas.. timing akan jadi tinggi melebihi 2k. sila bg tunjuk ajar
ردحذفAbg jeff. Doh kalu tb vdo boleh buke mcm ni jgak ke. Kalu boleh nak servis jgak ni. Idling x comel la. Kdg2 ok kdg2 rendah
ردحذفsalam abg jeff...soalan sy agak sama dgn tuan khairul din ni, ttp walaupun rpm sy stabil x kira on/off aircon, sy kerap dpt signal kuning 'Check Engine'. setiap kali kena, timing jadi rendah/tinggi kejap je n bergegar skit then dah ok, tp x mengganggu semasa driving (lampu check engine masih menyala), n masa idling pn x truk sgt timing lari skit2 je..tiba destinasi kalu off engine n start balik lepas 10 ke 15 minit, hilang lampu kuning tu...sy dah bwk ke pomen berlainan 2 kali, dua2 kali pun diorg cuci tb n reset, pomen ke-2 sajes tukar tb psl sensor dah rosak katanya..nak tukar dlm 300 siap labor utk recon, 500 utk baru brand china..tp sy rasa mcm ada hrpan lps baca blog abg jeff yg mslh ni blh diatasi...blh tnjuk ajar x abg jeff, wira 1.5 auto inj (vdo). t.kasih & maaf soalan pnjg.
ردحذفsalam abg jeff masalah kereta saya sama mcm saudara diatas ni..adekah cara lain untuk membetolknnye?
حذفsalam abg jeff masalah kereta saya sama mcm saudara diatas ni..adekah cara lain untuk membetolknnye?
حذفkalau TB vdo susah sikit nak service seperti di atas sebab sistem tak sama dengan mmc. vdo perlukan komputer untuk tuning semula lepas cuci atau service
ردحذفsalam bang, mana nak tuning enjin vdo? biasa dengar bila tuning ni diorang just plug in and check mana problem tu
حذفAda jugak tanya geng2 tuning.. engine vdo kata nya auto reset system.. tp pelik jugak kan.
حذفterima kasih abg jeff utk tip....tapi kalu scan dapat error 'misfiring'., fuel injector/oxygen sensor/fuel filter/map sensor ada sangkut paut tak? kena chek jugak ke atau mmg tb yg rosak? takut tukar tb jadi lagi lampu chek engine.
ردحذفAdakah setiap kali selepas service TB akan terjadi ruang antara butterfly dan dinding TB tu yang disebabkan hakisan? Bagaimana nak elakkan berlakunya hakisan tersebut supaya kita tak perlu tutup ruang tersebut dengan sealant? Rasa macam takut lak nak service TB ni.
ردحذفsalam....follow-up kpd soalan sy yg sendiri pd 9 & 13/10., slps byk meng'google', sy pun cuba satu tips ni., cabut plug/wayar bateri negatif(-), biarkan selama stengah jam dan pasang balik, ketatkan sebaik2nya....alhmdlah berjaya! dah 2 mngu tak kluar lampu chek engn....idling pun boleh kata stabil dlm 85% (blum 100% lg)...susah gak nak pcya pomen, tp kdg diorg pn main teka ja sblum chek btul2..harap2 tb sy ok lg la:)
ردحذفSalam bro..msalah sy sama mcm bro.. Check enjin nyala, n ms cold start kalu x btol2 panas enjin jd sengguk2 jgak..knapa eh? TB dh tukar, tuning computer dh buat..
حذفaslkm,sy nk tnya,mcmana nk tau bila stepper motor atau auto choke bermasalah?
ردحذفStepper motor biasa berfungsi time kita on aircond dn masuk gear. Rpm akan naik skit pastu drop ke asal. Bila off aircond pun sama.
حذفassalam a.jeff...kalau isc problem,apa jln penyelesaianya..rpm drop ms enjin sejuk..semua gear dlm tu dh pomen dh buang ms pasang ficd.yg tinggal warni hitam je..wira 1.5 mmc..thanks a.jeff..
ردحذفPatut ok bila pasang ofcd. Cuba try cuci EGR valve.
حذفassalam..bro nak tanya sikit kereta saya selepas 10 minit dihidup kan enjin akan seperti meletup2 tapi rpm ok bila on aircon xda plak seperti meletup2.
ردحذفTu tanda keta kau nak mati sial
حذفassalamualaikum,
ردحذفwaja saya ade masalah utk idle pagi2.....msti kne main minyak at least 2k rpm...lps tu xleh nk lepas minyak....asal lepas minyak je msti mati....kdg2 kne 3-4 kali crank setiap pagi....minyak pun dh mcm air die telan
throtle body sya dh cuci byk kali, dh install FIDC.... tp still ade masalah jgak...mohon khidmat nasihat bro.....
Try cuci EGR valve.
حذفأزال المؤلف هذا التعليق.
حذفegr valve part yg mcmn??d mn kedudukan egr valve pd injin 4g15 mmc??
حذفegr valve 2 part yg mcmn??d mn kedudukkan egr valve pd enjin wira 1.5 injection thn2001??
حذفbiasanya masalah ni berpunca daripada kerosakan stepper motor
ردحذفBro jeff. Brp harga stepper motor? G491 boleh masuk stepper ape yg match?
ردحذفharga stepper motor sekitara rm150 tetapi kebiasaannya agak susah nak dapat stepper motor sahaja. selalunya jual bersama throttle body. stepper motor dari model 4g9x dan 4g63 evo boleh masuk kat 4g91
حذفkalau nak adjust bliss screw kena lock timing dulu ke?...kena ground socket coklat tu?
حذفslm bro..kalo ekzos bau pedih kenapa?adakah punca dari tb jgk?enjin ok xda leaking,asap pun xda,cuma wap ekzos yg keluar pedih mata..enjin 4g91.
ردحذفtak ada masalah tetapi kalau asap putih yang keluar memang ada masalah tertentu
حذفbro jeff.macam mana nak buat letak gasket maker tu..sy tgk bro letak kat tepi2 je gum tu.mcm mna nak bg ttup yg tgh2 gak?
ردحذفSalam bos. Nk tanya cos untuk tukar trottle body 1.5 mmc brape? Saya punya trottle body getah bawah da lembik, rpm tak cantik, da pkai ficd pon masih problem..
ردحذفSalam tuan jeff..wira saya..1.5gli S.E problem enjin tiba2 mati dan rpm drop tiba2 masa berjalan..dah buat servis TB dan tuning kat 2 pomen..namun masih berlaku perkara yang sama..harap dapat membantu..terima kasih.
ردحذفsalam..nak tanya..kereta sy wira 1.5gli (auto)..dah tukar throttle body ori 2 kali masalah still sama..bila enjin sejuk selalu kena..start n masok gear D atau R rpm jatuh bwh 1 n enjin gegar2..lampu check enjin nyala..bila tekan mnyak rpm tak lepas 2..sangkut bwh 2..kadang2 rpm jatuh tros enjin mati..pomen tmpt sy pun pening tak tau nak settle cmne..harp tuan jeff boleh tolong atau bg cadangan..tq
ردحذفPernah kena masalah camni...tukar gearbox baru ok...tu satu tanda2 gearbox auto dah nak rosak
حذفPernah kena masalah camni...tukar gearbox baru ok...tu satu tanda2 gearbox auto dah nak rosak
حذفSalam bro...sy nk tye...sy guna waja cps auto bila saya memandu dlm kelajuan 130km lampu check enjin tu menyala...bila behenti lam 1min stat kereta kembali ok...jd apakah masalah kereta ni...tq
ردحذفSlm,
ردحذفBiss screw tu ada jual spare tak?
Bro sye pkai tb vdo stria.. Lampu cek enjin mnyala kete jd meletup2..dah tuka tb pun jd mslh sme..
ردحذفbos engine sy 4g92 mivec blacktop. start pg rpm trun naik. kc on ac engine mcm mau mati.. n than klu tekan mnyak race smpi rpm 5 je cun.. lbh dri tu sangkut2... mcm prob api..
ردحذفboss apa mau ceking??
abg jef, stepper motor 4g63 berapa ya?
ردحذفBodoh ko ni mcm lembu. Kan brade jeff dah ckp kt atas tadi...lain kali baca dulu sblum soal. Bodoh
حذفSalam..kereta sy menggunakan throttle body 1.3 jenis sohc..sewaktu sy menekan pedal minyak dh membiarkn rpm pd 1500..timing enjin sy akan jd tinggi dan rendah..sy sudah 2x service throttle body sy..dan sudah pergi byk tempat untuk tuning..tp masalah yg same masih berulang..adakah ini disebabkan masalah TPS..? ianya hanya akan berlaku bila aircond tidak digunakan..tp bila aircond on..semuanya ok..mohon pencerahan..
ردحذفNak tanya, baru2 ni auto choke waja saya tak berfungsi"rosak" . Bolehkah dibaiki? Pomen ditempat saya mencadangkan saya menukar throttle body baru. Betul ke?
ردحذفAssalamualaikum...Boleh tak pnp throttle body mmc 1.6 masuk 1.5.tq
ردحذفwssalam, throttle body 1.5 sohc boleh masuk pada 1.5 sohc tetapi hendaklah daripada jenis yang sama iaitu mmc sama dengan mmc, kalau mmc dengan vdo tak boleh sebab sistem yang berbeza
حذفTerimakasih tuan....maksud saya boleh tidak enjin mmc 1.5 mengunakan throttle body mmc 1.6 sohc.
حذفAssalamualaikum.. Nak mintak pencerahan sikit ni..sy pakai wira 1.3 injection mmc...sy nak tukar intake mmc 1.6 boleh ke?
ردحذفSalam abg jeff..kalau dh buka servis TB..bila n nk pasang balik,perlu adjust or set ape2 balik x bg yg melibatkn ratio udara/myk/api?
ردحذفSalam a.jeff mslh sy wira 1.5 mmc idle stabil 1000 tp stiap kali tukar gear kereta sngkut2 n sedut xnk jln..dlm gear 3 pon lps minyak t3kan minyak blik sngkut2 n sedut jugak..dh try tukar tb, distrbutor n map sensor..still mslh sme sangkut n sedut..xde pon check enjin mnyala...minta pndangan a.jeff
ردحذفsalam abang jeff...kereta saya kenari ade problem throttle body..baru2 ni kete saya mati tengah2 jalan,nasib x jadi ape..p bengkel pomen kate throttle body kene tukar..abang ade jual x throttle body tuk kenari?? skrg pn sy msih x jumpe lagi .. klu ade pls wasap sy bang 01123220904..thanks banyak2 ye bang
ردحذفassalam bang.. saya mak tanya.. kereta satria saya sebelum tukar cat (luar sahaja) tiada masalah. tetapi selepas tukar cat. kereta selalu termati dengan sendiri.. saya ada dah tukar plug.. saya ada bca blog2 diorang ckap try servis throtle body. betul ke?
ردحذفKo kena tukau balik cat asal baru settled. Bodoh
حذفWhy so idiot!!...cat keta dgn throtle body???
حذفAslm bro jeff.. saya guna wira se 1.5 Vdo manual... masalah wira saya sekarang.. baru2 ne ada kluar lambang check engine. Jadi saya bawak lah pegi tempat cek komputer. Masalah yg di nyatakan ialah.. Vdo problem..then saya beli lah tb vdo 2nd.. tetapi bila engine sejuk, lambang check engine masih hidup rpm drop engine pun bergegar2... dan juga bila engine panas, lambang check engine x nyala. Timing rpm pun oke jerr. Mohon tolong saya selasaikan masalah kereta saya... bro2 semua boleh wassap terus pada no +60148704042
ردحذفsalam abg jef. sy dh 2 3 kali tukar TB disebabkan rpm timing tidak stabil. tp hanya tukar halfcut jer. semasa enjin sejuk timing agak rendah. apabila enjin pasang timing menjadi tinggi. apa punca lg selain TB atau cuba untuk tukar TB baru. ? harap dapat membantu.
ردحذفsalam abg jeff,ada sedikit pertanyaan..sy guna wira 4g92 manual.start bila2 waktu pun xde masalah,skali start je.rpm 1000..yg problemnya bila on aircond..idling x bape cntek..kdg turun jauh sgt smpai 500rpm..sedangkan normal 1000rpm..apakah yg perlu diperbaiki?..terima kasih
ردحذفApela bodo bin bangang ko ni lembu...kan jeff dah ckp tadi. Sial betol la ko ni
ردحذفSalam bang saya dah Cuba buat macam abg buat pada posting ini tapi masih lagi timing Naik turun...agak Nye throttle body ni dah Kong ke?
ردحذفSalam. TB Myvi boleh buat mcm tu?
ردحذفsalam bang jeff, saya nak tanya kereta waja saya nie baru overhaul, tapi lepas overhaul jadi tukar lah throttle body, lepas tu tuning enjin, selepas semua tu, kereta waja saya punya top speed hanya capai 150 km/j, sebelum overhaul boleh capai km/j apa masalahnya, minta bantuan abang jeff sangat2
ردحذفsalam bro jeff tnya skit... sya pkai persona.. knp klau nk start pg2 agak sush.. kdang tu hmpir 10kali bru hidup... jd mcm enjin karburator xnaik minyak.. mohon pencerahan.... ad org kata sensor autochoke..
ردحذفAssalam, bagaimna yg cuci trotel body jenia VDO??
ردحذفSalam bang Boleh ke Wira 1.5 Vdo masuk throttle body satria gti Vdo
ردحذفSalam sy pakai wira 1.5 injectoin,problem sy throttle body timing jadi naik turun..jadi sy pun tukar throttle body baru..tp lpas 3bln timing jd tinggi rpm smpai 3000 adjust xbleh dah..jdi sbb ada warranty lg sy pun mntak ganti yg bru kat kedai spare part tu dia pun bg wlaupun berat hati sebenarnya tgk cina tu,,haha tp dia ada ckp aritu sy bli throttle body bru pastu xseting komputer mmg law ada 10 throttle body pun semua rosak..soalan sy btl ke apa yg ci a tu ckp?law tukar mesti kna setting komputer dlu?
ردحذفSalam bro msala kreta pickup tiada wira 1.3 vdo ..apa prelu kta buat ?
ردحذفSalam abg jepp.nak tnya kalau masalah bila enjin sjuk timing rendah n mati . Apa masalah lain selain EGR valve. Sbb kreta sy takda egr valve. Ada P tu je .
ردحذفUntuk sharing ,kalau mechanic check compression low melalui gauge di tempat cucuk spark plug.
ردحذفSelepas start wira 1.5 rpm rendah dan mati. Mechanic beritahu engine kena overhaul.Lepas I check dengan repair air-cond mechanic ,mereka pasang coil. Kereta I sudah Ok.