Power Window Switch

bertemu lagi kali ini dengan entri mengenai power window switch khusus bagi pemilik proton atau lancer. ada dalam kalangan kita yang mengalami situasi semasa menekan suis power window bahagian driver cermin dapat diturunkan dengan baik tetapi ketika menaikkan cermin sudah tidak boleh berfungsi dengan cemerlang. apabila menekan suis pada bahagian pintu berkenaan didapati cermin dapat dinaikkan dengan baik. jika situasi sebegini berlaku sudah sampai masanya anda service dahulu master suis power window pada bahagian driver kerana kemungkinan suis tersebut bermasalah. kerosakan motor regulator power window mempunyai simpton-simpton yang berlainan seperti yang dinyatakan di atas

maaf kerana kualiti gambar kali ini agak kabur kerana faktor cuaca yang gelap. pertamanya kita hendaklah keluarkan suis utama power window pada bahagian door trim sebelah driver, tak perlu buka door trim hanya umpil dengan menggunakan jari pada bahagian hadapan suis tersebut

keluarkan suis melalui hujung suis seperti yang ditunjukkan melalui gambar di atas. tarik suis dan keluarkan melalui bahagian hadapan door trim. jangan terus umpil dan angkat hujung ke atas kerana klip pada bahagian belakang suis boleh patah

tarik ke hadapan dan keluarkan main suis, berhati-hati kerana masih ada wiring pada bahagian belakang suis yang belum dibuka, unplug sahaja soket suis tersebut

apabila dah dapat keluarkan suis tibalah pula proses membuka bahagian dalaman suis kerana papan litar suis berkenaanlah yang perlu diperiksa sama ada ada kesan terbakar, ada minyak dan sebagainya

 buka keseluruhan nat pada bahagian bawah suis untuk menanggalkan penutup bahagian tersebut

 keluarkan cover belakang suis

kelihatan papan litar suis power window lancer atau wira, kelihatan sama sahaja antar dua jenis model ini kerana proton memang berkongsi dengan peralatan lancer, hanya ada satu sahaja perbezaan suis proton dengan lancer iaitu wira hanya boleh AUTO DOWN sahaja manakala suis lancer boleh AUTO UP & DOWN

keluarkan papan litar

 brand OMRON made in japan

perhatikan bahagian komponen yang disolder pada papan litar, nampak macam ada minyak yang melekit dan kemungkinan benada inilah yang boleh mengganggu litar daripada berfungsi dengan baik
$ads={1}
dengan menggunaka contact cleaner, spray direct pada papan litar berkenaan dan pada masa ini anda akan dapat melihat kotoran berwarna cokelat akan keluar bersama-sama lebihan spray tersebut. contact cleaner ini boleh diperoleh di mana-mana kedai menjual peralatan elektronik. lepas spray tunggu beberapa ketika dan papan litar ini akan kering dengan sendiri tanpa perlu dilap

jelas kelihatan pada gambar di atas iaitu papan litar nampak agak bersih dan bebas daripada segala kotoran, tidak seperti pada gambar sebelum ini iaitu semasa belum dispray dengan contact cleaner

 tibalah masanya untuk diuji pada kereta, dapatkan soket wiring suis power window

 palamkan soket pada tempatnya

ON kunci dan test suis iaitu yang berwarna putih pada suis tersebut, gerakkan ke belakang dan hadapan, cermin akan dapat naik dan turun dengan baik. sekiranya papan litar ada kesan terbakar bermakna ada komponen tertentu yang rosak, boleh tukar komponen tersebut dengan mendapatkannya di kedai elektronik

video yang menunjukkan cermin power window kereta telah dapat naik turun dengan cemerlang sekali, sebelum ini cermin kereta ini tidak dapat diturunkan dengan menekan main suis bahagian driver, hanya boleh naik sahaja. sekarang semuanya success...

sekian, terima kasih
jumpa lagi

19 تعليقات

  1. salam abg jeff..power window saya sebelah kiri problemnya turun blh,naik tak boleh..adakah ini masalah yg sm dgn yg abg jeff tunjuk..bila direct dgn bateri ok je naik..skrg ni yg rosak board ke wiring..thanks abg jeff..

    ردحذف
  2. Salam, diy letak led dekat sume switch power windor boleh buat?

    ردحذف
  3. punkcore - kadang-kadang masalh ni berpunca daripada kegagalan fungsi suis dan ada kalanya berpunca daripada motor, serta ada jugak yang bermasalah regulator itu sendiri. kena periksa satu persatu

    ردحذف
  4. Bro jeff ad x cara nk wt wiring power window???sbb wira 1.3 blakang pakai manual...suis pn kt tengah jew...semua brg sy dh tukar tinggal wiring jew yg xtau nk buat nie...door trim da tukar 1.5...blakang da masuk kn motor power window...tp skunk blakang mmg xberfunsi la coz xsambung pape wire pn...perlu kn bantuan sifu2 semua....hehehe...tq...

    ردحذف
  5. boleh buat wiring, just tarik 3 wire je untuk ke belakang

    ردحذف
  6. Abg jeff, boleh explain cara nak convert wiring suis power window dari konsol tengah ke doortrim 1.6 untuk satria?

    ردحذف
  7. Saya nk tau apa punca power window saya terus x berfungsi.. mula kejadian tingkap belah kiri xboleh naik.. pastu suis jdi panas dan mengakibat tingkap kiri kanan xberfungsi.. saya dah tukar suis yg baru tpi sma..

    ردحذف
  8. Cikgu jeff, window lock switch kalo x fungsi, apa sebabnya ye?
    1.switch rosak
    2.wiring
    3.atau ada masalah lain?

    ردحذف
  9. Salam...maner yer boleh dptkan soket yang bewarna putih tu..yang pada wyring pada pintu...

    ردحذف
  10. Salam bang jeff
    Saya ade power windo tapi wayar sebelah driver cuma ada 6 wayar. Dan saya tidak dapat mengontrol cermin
    Sebelah kiri dan (2)di belakang
    Kerna wayar yang sedia hanya 6
    4 wayar standar 2 wayar agak kecil.

    ردحذف
  11. Salam bang jeff
    Saya ade power windo tapi wayar sebelah driver cuma ada 6 wayar. Dan saya tidak dapat mengontrol cermin
    Sebelah kiri dan (2)di belakang
    Kerna wayar yang sedia hanya 6
    4 wayar standar 2 wayar agak kecil.

    ردحذف
  12. Samalah problem dgn sy nih.Wira 1.3 nk convert power windows wira 1.5.Tadi dah beli connector putih untuk main suis yg besar tu bapak mahal rm68 dan yg untuk connector suis yg single tu pulak rm25 setiap satu.Otak tengah biul nih mcm mana nak buat wiring.Ada sesiapa boleh tolong kasi ajar x, mcm mana nk tarik wayar.Atau kasi drawing diagram cara² nk sambung wayar.Terima kasih

    ردحذف
  13. Salam cikgu..boleh tunjuk tak diagram untuk convert dari kayuh ke power window..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors