bertemu lagi dengan entri mengenai pemasangan vvtr slotted and drilled disc rotor untuk kereta myvi dan boleh juga dipadankan pada perodua viva dengan syarat menggunakan caliper myvi. kalau myvi hanya plug n play sahaja manakala bagi kereta viva kena gunakan caliper myvi, plug n play juga sekiranya hendak memasang caliper myvi pada viva
disc rotor VTTR untuk myvi, sama seperti saiz asal perodua myvi. boleh didapati di kedai performance dengan harga sekitar rm380 - rm400 sepasang untuk hadapan sahaja
pertamanya buka tayar kereta dan anda akan lihat disc rotor serta caliper
buka nat 14mm pada bahagian atas dan bawah, ada sesetengahnya yang menyebut pin caliper untuk mengeluarkan brake pad
keluarkan caliper
keluarkan brake pad
buka dua biji nat atas dan bawah bracket caliper, nat bersaiz 17mm
keluarkan bracket caliper
setelah caliper dikeluarkan maka bolehlah keluarkan pula disc rotor. kadang-kadang pada sesetengah kereta disc rotor ini sangat susah dan ketat untuk dikeluarkan akibat karat dan sebagainya
ini pula ialah perbezaan pad brake suzuki ERV (atas) dan MYVI (bawah). bentuk pad sama antara keduanya dan boleh dipasangkan pada caliper myvi, kelebihannya ialah cengkaman akan menjadi lebih kuat kerana permukaan pad ERV lebih lebar daripada pad myvi
$ads={1}
tiba masanya untuk pasangkan disc roto baru
disc yang telah siap terpasang
pasangkan caliper dan pad brake
owner hanya menggunakan pad brake brand FBK sahaja
disc roto myvi yang tidak dipakai lagi
disc rotor VTTR dan standard MYVI
siap dipasang pada tempatnya. pasangkan tayar dan sebelum anda memulakan perjalanan pump brake dulu beberapa kali untuk mengekalkan minyak brake pada tempatnya. permukaan disc vttr yang hitam itu apabila bergesel dengan pad brake akan menghasilkan permukaan besi macam disc biasa
terima kasih
sincerely - jeff tacra
kenapa tukar? atau apa kelebihannya bos?
ردحذفsedap kalau guna x-drilled slotted ni, cengkam lebih dan masa brek high speed tak cepat fading klu yang guna pad murah2 ni. Masa hujan pun air tak melekat cepat je menangkap :)
ردحذفowner kereta ni tukar dengan disc ini kerana disc asal bengkok sikit, masa brek ada gegaran dan boleh dirasai pada stereng. bila masuk disc ni masalah tadi selesai
ردحذفBerapa harga rotor ni utk myvi 1.3 kat mana boleh beli
ردحذفBerapa harga rotor ni utk myvi 1.3 kat mana boleh beli
ردحذفIts constantly great to learn tips like you share for site posting. As I just began posting remarks for site and confronting issue of loads of dismissals. I think your proposal would be useful for me. 3D printed foundry molds
ردحذف