entri kali in pula ialah mengenai pemasangan rear lower arm link proton wira serta pemasangan stabilizer drop link belakang untuk anti roll bar wira 1.8 SOHC. lower arm link yang digunakan ialah diambil dari model proton persona iaitu secara keseluruhannya boleh dikatakan sama bentuk seperti lower arm link EVO. boleh dipasang secara plug n play pada mana-mana wira/satria/putra
satu set yang pendek dan panjang dari model proton persona boleh didapati di kedai spare part dan boleh dimasukkan pada kereta wira/satria/putra sama ada 1.3 hingga 1.8. lower arm link ini dah nampak sama seperti yang digunakan pada lancer evo jadi lebih mantap jika dibandingkan dengan yang biasa punya
ini pula ialah stabilizer link atau drop link proton iaitu link yang menyambungkan lower arm belakang ke anti roll bar. boleh menggunakan sama ada yang proton wira atau waja, sama sahaja
bush anti roll bar belakang wira 1.8 single cam. yang lama dah rosak kerana dah longgar iaitu ada pergerakan sedikit. caranya, pegang dan goyang dengan tangan pada anti roll bar belakang dan jika dah rosak bush atau stabilizer link, anda akan dapat rasa pergerakan yang agak kuat, menandakan sudah sampai masa untuk menukar dua barang tersebut
sebelum membuka lower arm link pendek, terlebih dahulu buat tanda pada bahagian belakang nat yang adjust chamber supaya semasa pemasangan yang baru nanti tidak akan lari dan tidak perlulah kita berkejar ke kedai tayar untuk membuat allignment semula
buka nat lower arm link, kebiasaannya yang pendek terdapat 3 nat iaitu yang bersaiz 17mm pada chasis kereta dan 2 biji nat 14mm pada trailing arm
perhatikan warna putih berhampiran dengan link tersebut. didapati apabila pemasangan dilakukan lower link ini hampir tersentuh dan kena dengan lebihan besi berkenaan. jadi perlu trim sedikit supaya tidak tersentuh dengan link yang boleh menghasilkan bunyi yang tertentu semasa memandu
sedia untuk trim sedikit besi berkenaan
proses membuang lebihan kepingan besi dengan menggunakan mesin grinder
$ads={1}
dah ok dan bersedia untuk pemasangan seterusnya
apabila dikeluarkan lower arm link yang sedia ada pada kereta ini didapati keadaannya sangat teruk, sehinggakan bush boleh terpisah daripada tempatnya. sebab itulah owner kereta ini mengatakan terdapat bunyi yang sangat kuat pada bahagian belakang kiri kereta
pemasangan link panjang, juga terdapat 3 nat sahaja iaitu 2 nat 14mm pada body kereta dan satu nat 17mm pada bahagian atas trailing arm
ketatkan nat secukupnya dan semua ini saya lakukan dengan manual tanpa menggunakan compressor yang ternyata lebih mudah dan menjimatkan masa dan tenaga. akan difikirkan untuk membelinya pada suatu hari nanti
stabilizer link juga dipasang iaitu sebagai penghubung antara lower arm dengan anti roll bar
stabilizer link asal yang dah rosak, boot koyak dan di dalamnya berkarat
dah siap sepenuhnya. perubahan telah dapat dirasai, pemanduan lebih mantap dan kemas. ini diakui oleh owner kereta ini yang menghubungi saya semasa dia memandu balik sebentar tadi
terima kasih
sincerely - jeff tacra
berapa ringgit satu set yang ini
ردحذفBila dah tanda kt nat tu,nanti masa nak pasang mcm mana nk tau pusingan tu tepat atau tak dgn tanda td?
ردحذفBila dah tanda kt nat tu,nanti masa nak pasang mcm mana nk tau pusingan tu tepat atau tak dgn tanda td?
ردحذفBila dah tanda kt nat tu,nanti masa nak pasang mcm mana nk tau pusingan tu tepat atau tak dgn tanda td?
ردحذفnat untuk adjust chamber kat tulang anjing belakang agak berlainan dengan yang depan, perhatikan betul-betul
ردحذفHarga?
ردحذفأزال المؤلف هذا التعليق.
ردحذفpat saye 200 kdai sparepart
ردحذفpat saye 200 kdai sparepart
ردحذفأزال المؤلف هذا التعليق.
ردحذفSalam, nk tya kat terengganu kat mane bleh beli tulang anjing jenis ni dan brape ringgit.
ردحذفSalam, nk tya kat terengganu kat mane bleh beli tulang anjing jenis ni dan brape ringgit.
ردحذفSgt2 berguna entry ni..sy baru tukar tulang anjing persona ni kt wira 1.5..yg pendek rm65.00
ردحذفsepasang (kiri+kanan) atau sebatang jer?
حذفjj
ردحذفBro, sy ni nak cari entry tentang adjust camber screw, tp x dpt pakai seach box tu. Bro ade tak buat entry tentang adjust camber screw? Thanks.
ردحذفShare info utk member kalian..Tulang anjing ini boleh didapati di link bawah ni..
ردحذفYang Pendek
http://protonperoduaparts.com.my/en/lower-arm-link/398-arm-link-rear-lower-short-for-proton-gen-2-persona.html
Yang Panjang
http://protonperoduaparts.com.my/en/lower-arm-link/397-arm-link-rear-upper-long-for-proton-gen-2-persona.html
En tacra,kalu bolt yg lekat pada body untuk tulang anjing yg panjang tu pusing je tapi takmau buka mcm mana ya?
ردحذفthread nat dah loose. kena pusing sambil tarik nat tu keluar
حذفTq sb sharing. Nk tumpg tnya swift oleh pakai sebrg jenis link stabilizer ke? Dh tny sevice centre rm284 1 set front pnya da rosak.. mcm mahal je...
ردحذفBro bleh tgglkn no fon?? Sy newbie bab kreta ni
ردحذفSalam,bang jeff nk tnya..wira 1.5 ada bapa bush sume?adkah sume bush2 mie bleh dtkar gnti?
ردحذفBang kedai kat mana?
ردحذفKedai kat mana bang?
حذفI’ve been searching for some decent stuff on the subject and haven't had any luck up until this point, You just got a new biggest fan!.. V guard vns 400 digital stabilizer
ردحذف