bersua lagi kali ini dengan entri mengenai pemasangan disc rotor slotted untuk yang menggunakan sistem disc brake belakang dari evo2/3 pcd 114.3. owner kereta ini telah membeli disc aftermarket evo3 ini dari UK dan memakan masa selama 2 bulan untuk sampai ke negara kita melalui jalan laut, kalau pos biasa memang memakan kos yang sangat mahal sebab disc rotor sangat berat. slotted disc memang sangat berkesan ketika membrek kerana bahagian slotted berkenaan boleh menjadikan sistem brek bertambah cengkamannya tetapi haru diingat bahawa penggunaan disc jenis ini boleh menyebabkan pad brake haus dengan cepat. kalau guna untuk belakang jadi lebih kurang sama kot kadar kehausannya dengan depan
slotted disc untuk rear disc evo pcd 114.3 dari UK
langkah pertama ialah longgarkan nat 10mm iaiatu nat pada pelaras cable hand brake, longgarkan sahaja secukupnya dan janganlah sampai tercabut nat tersebut. ini untu memudahkan kita mengeluarkan cable hand brake pada bahagian caliper nanti
keluarkan clip cable hand brake seperti gambar di atas
satu lagi klip penahan cable hand brake hendaklah juga dikeluarkan sebelum kita dapat membuka cable handbrake daripada caliper
kemudian, keluarkan cable hand brake daripada tempatnya iaitu pada bahagian tuil cengkaman hand brake yang menolak piston caliper apabila hand brake ditarik
buka nat 12mm pada bahagian bawah caliper untuk mengeluarkan brake pad
jongketkan caliper dan keluarkan brake pad
keluarkan caliper
$ads={1}
caliper telah dapat dipisahkan daripada tapaknya
disc aftermarket (kiri) dan disc standard evo3 (kanan)
disc rotor baru siap sedia untuk dipasangkan
masukkan disc seperti kedudukan di atas
pasang semula caliper, brake pad, cable hand brake dan klip yang dikeluarkan tadi. double check agar semua nat telah dipasangkan dan telah diketatkan secukupnya
sebaik sahaja siap urusan pemasangan disc ini maka bolehlah anda mencuba kereta di jalan raya. sebelum mencuba kereta anda, jangan lupa untuk melaraskan semula kedudukan cable hand brake pada bahagian konsol hand brake di dalam kereta. perhatikan permukaan disc rotor yang pada asalnya berwarna hitam tetapi apabila brek berfungsi cat hitam berkenaan akan hilang seperti yang tertera pada gambar di atas
terima kasih
sincerely - jeff tacra
brek pad tak tukar sekali ker bang? takut makan x rata pulak disc baru tu
ردحذفbrake pad saya tak tukar, saya asah je bagi permukaan tu rata balik. tak ada masalah
ردحذفSalam bro jef... nk tnya brake servo bocor bleh repair x? ag 1 brake pump @ body pump bleh repair x sbb disc brake blakang slalu jem...
ردحذفSalam bro jef... nk tnya brake servo bocor bleh repair x? ag 1 brake pump @ body pump bleh repair x sbb disc brake blakang slalu jem...
ردحذفsalam. macam menarik je kalau nak tukar ke waja saya. ada harapan tak untuk order piring ni? umur piring saya pn dah tak lama.
ردحذفSalam....Bro Jeff...
ردحذفsaya bru beli evo 3 disk brake depan blkg nk tukar dgn original disk brake wira 1.5 depan drum blkg....
boleh ke guna servo & master pump wira yg asal atau kene gune servo & master pump double layer dr evo 3 jugak ??
Lebih baik guna servo double layer
ردحذف