re-Spray Spoiler, Skirt, Side Mirror etc

bertemu lagi dengan entri mengenai cara mengecat kembali part-part tertentu pada kereta terutamanya bahagian kecil seperti side, mirror, spoiler, lips, skirt dan sebagainya. dengan hanya menggunakan spray tin sahaja sekiranya teknik yang digunakan betul hasilnya boleh dikatakan memuaskan. paparan saya kali ini menggunakan spray yang dimasukkan ke dalam tin spray, jadi kualitinya lebih baik daripada spray di kedai biasa. spray bancuh ini macam ni, ada kedai yang menjual spray automotive yang menyediakan perkhidmatan memasukkan cat ke dalam tin spray dengan menggunakan mesin dan peralatan khas, jadi kita boleh pilih sama ada hendak menggunakan cat bermutu atau cat biasa dan warna cat pun mengikut warna sebenar kereta dengan menggunakan bancuhan berkomputer

kalau di kuala terengganu anda boleh mendapatkannya di kedai menjual cat kereta, jalan gong kapas berhadapan dengan sekolah kebangsaan gong kapas. bersebelahan kedai cat ini keda membaiki seat kereta

kebiasaan tin berwarna putih dan ditampal dengan nama kedai dan no telefon cawangan kat tempat lain

selain cat anda juga perlu dapatkan kertas pasir dengan nombor tertentu seperti yang saya gunakan 3 jenis iaitu untuk menggosok kali pertama menggunakan kertas pasir grit p600 sahaja

selesai menggosok dengan kertas pasir pertama, gosok lagi dengan kertas pasir grit p1000

 akhir sekali dengan menggunakan kertas pasir grit p2000

 prose menggosok menggunakan kertas pasir dilakukan

lakukan hingga betul-betul licin dan akhir sekali dengan menggunakan kertas pasir grit p2000

 spray pertama perlulah senipis yang boleh dan biarkan kering selama 5-10 minit
$ads={1}
lakukan spray sebanyak 3 layer dan setiap layer tunggu hingga kering selama 5-10 minit. pergerakan mestilah secara kiri dan kanan semasa proses spray dilakukan supaya cat tidak tertumpu pada satu-satu kawasan sahaja dan ini boleh menyebabkan cat meleleh ke tempat lain

selepas 3 layer atau lebih, tunggu selama 15-30 minit barulah dispray dengan clear mengikut kaedah yang dinyatakan di atas. gambar menunjukkan 3 layer spray clear telah dilakukan. apabila betul-betul kering iaitu kebiasaannya saya tunggu sehari barulah gosok perlahan-lahan dengan kertas pasir grit p2000 untuk meratakan permukaan clear tadi dan kemudianya polish permukaan bahan yang dicat tadi dengan bahan polish kereta yang sesuai
 spoiler yang telah siap dipasang pada kereta


 lips yang dispray menggunakan spray tin

spoiler gsr menggunakan kod sama seperti warna kereta dimasukkan ke dalam tin. 5 tahun lebih masih belum pudar lagi

side mirror pun saya gunakan spray tin

terima kasih
sincerely - jeff tacra

33 تعليقات

  1. Bro, lepas 3 layer spray clear tu, bro gosok ngan kertas pasir 2000. Lepas tu kn rembat clear coat lg ke?

    ردحذف
  2. lepas spray clear, gosok dengan kertas pasir 2000 dan tak perlu clear lagi. polish je dengan mana polish bagi kilat

    ردحذف
  3. Menarik..
    mintak tlg abg orderkan bole ker...

    ردحذف
  4. clear biasa ker clear 2k dimasukkn dlm tin

    ردحذف
  5. clear 2k yang dimasukkan dalam tin. chen seng ni mana-mana pun ada, kuantan, kuala terengganu dan kota bharu

    ردحذف
  6. bro,klu stu body agk2 brape tin na gune yer???wrne sme ngan kete abg jeff.wira aeroback...na DIY la cat kete..na anta kedai mhal la dyorag mnta...

    ردحذف
  7. cat tin ni dicadangkan untuk permukaan kecil sahaja, kalau body kereta lain takut tak berapa menjadi nanti nampak tak sekata. harga satu tin rm25-rm30

    ردحذف
  8. bang,kalau cat kete dah custom n tak tahu code ape?madsudnya cat tu painter yang dulu sendiri blend boleh order jgk ke?kalau bawak kete pergi kedai dieorang dieorang boleh kasi kod and cat sama?

    ردحذف
  9. bukak penutup tank minyak bg kat kedai cat.. nnt diorang scan color tu n trus boleh dpt warna yg dikehendaki

    ردحذف
  10. biasanya boleh dapat warna yang dikehendakki, bawak je kereta atau penutup minyak sebagai sample warna tersebut

    ردحذف
  11. salam b.jeff..nak minta tolong belikan cat spary ini boleh..payah nak dapat kat tempat saya ni..siap dengan kos pos n upah la..nak spray skirting

    ردحذف
  12. color apa, bagi color code, nanti ada masa saya try tengok kat kedai tu

    ردحذف
  13. b.jeff colour macam hijau ..PROTON *blue Agate A0139..nanti saya email b.jeff ye.tq

    ردحذف
  14. Abg jeff kreta sya sma wrna dgn kreta b.jeff..kod colour pr yr?bleh tlng blikn kr.?hrga siap kos pos...

    ردحذف
  15. Bang, lps clear gune polish brand ape ye?? Ade suggestion???

    ردحذف
  16. Bleh la b.jeff.wrna sma mcm kreta b.jeff .bleh email sy no akaun b.jeff..hrlfaiz@gmail.com...

    ردحذف
  17. Salam bro. Spray clear tu pakai yg biasa punye ke atau ada yg lg baik?

    ردحذف
  18. Bro, dengar kata spray tin 2k ni, bila dah masuk cat dalam tin, kita kena spray dalam masa yang terdekat kalau tidak rosak.

    betul ke boleh rosak?

    ردحذف
  19. memang betul boleh rosak, kena habiskan sebaik beli, dua atau tiga hari tahan lagi. kalau dah seminggu cat akan susah nak keluar masa guna. cara nak bagi tahan lama sikit, simpan dalam peti sejuk pada bahagian sayuran

    ردحذف
  20. bang kalu na spray bumper boley kerr?kete kancil mata belalang..warna merah asal...

    ردحذف
  21. aba jeff, ada nampak ketara sgt tak kaler pada spoiler dan bonet? maksud saya cat pada plastik dan besi.

    ردحذف
  22. abg jeff.. cuba tgk pada tin tu ada tk kat Melaka? Hehehe..

    ردحذف
  23. Kalau nak dptkan spray dalam tin aku bley cadangkan kedai Aikka..banyak cawangan sekitar Malaysia..cuma kena tahu color code kereta..aku pun dah beli 1 tin RM28. Color code keta Aku A0197 (Saga FLX - elegent brown). Clear cot RM25. Kalau yang duk Shah Alam, ada kat Taman Perindustrian Batu 3, Jalan Penyelenggara U1/77...

    Ni website dia:https://www.aikka.com.my/branch.html

    ردحذف
  24. bro ? mcmner spray klo skirt yg hitam asal kilang (blom spray) bole bgtau lgkhnye ?

    ردحذف
  25. Kt area kl dgn yg berdekatan kedai mane yg ade jual cat bancuh masuk dlm tin spray aerosol ni ye..mohon sape2 yang tahu bole bantu..

    ردحذف
  26. saya nak order boleh.servis by cod atau pos?area cheras

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors