entri kali ini saya paparkan barang yang dijual sekiranya ada permintaan dari pengunjung blog. kebiasaannya saya iklan di facebook saya. untuk makluman hanya ada 4 jenis barang saja yang saya jual ini yang saya order dari oversea iaitu JAPAN, UK dan US sahaja. sekiranya anda berminat untuk mendapatkan barang seperti yang ditunjukkan bolehlah menghubungi saya melalui emel dan maklumat seterusnya akan saya berikan secara sms atau emel. selalunya saya order terhad 5 unit sahaja bagi satu-satu barang dan buyer hendaklah bank in duit dan apabila cukup 5 orang bagi satu-satu barang baru saya order dan kena tunggu selama 2 minggu untuk barang samapai ke negara kita. sebaik sahaja sampai saya akan pos ke alamat masing-masing. 4 jenis barang seperti di bawah
part 1: RM150 termasuk pos. EGT probe iaitu khusus bagi pengguna meter lancer yang terdapat indicator exhaust panas pada meter. untuk melengkapkan lagi fungsi meter tersebut maka bolehlah memasang EGT probe ini pada piping exhaust dan disambung dengan wiring putih dan merah yang terdapat pada ruang konsol gear. ada sesetengahnya membuka bulb untuk mematikan indicator ini
kebiasaannya saya order EGT probe ni dari united kingdom (UK) dan kadangkala dari united state (US)
ini bungkusan EGT probe dari US
part 2: RM150 termasuk pos. thermostat khusus untuk enjin 4G92 mivec dengan menggunakan temp 76.5'C. boleh juga digunakan pada mana-mana enjin 4G9x yang lain.
thermostat ini diorder dari JAPAN
bungkusan thermostat
part 3: RM50 termasuk pos. RUBYCON ecu capacitor untuk ECU mivec. satu set 4 biji dengan menggunakan temp 105 degree
RUBYCON order dari JAPAN
EMS japan to malaysia
part 4: RM50 termasuk pos. bulb standard untuk suis meter pada dashboard. satu set 5 unit
bulb diorder dari UK atau US
ini ialah sampingan sahaja iaitu yang dibeli dari japan untuk kegunaan sendiri
borang pos dari JAPAN
ini pun bukan untuk jualan, order khas untuk rakan dan dipasangkan pada wira. beli dari US, tapi kalau ada yang betul-betul berminat saya boleh usahakan untuk mendapatkannya. VIPER 350 PLUS
bungkusan dari US (INNOVATE wideband LC-1)
beberapa simpanan borang pos yang saya hantar pada pembeli
bungkusan pos dari US (WALBRO fuel pump)
from US
UPDATE: JUALAN TELAH DITUTUP
Untuk mendapatkan barangan jualan lain boleh klik link di bawah:
Salam, alarm Viper tu brapa bro?
ردحذفsalam bro tacra..
ردحذفJURAN fitting untuk sensor oil press from JAPAN nie boleh order tak..berapa harga siap pos..thanks.
viper alarm saya boleh bagi rm550 - 4m600 siap postage. Juran fitting 1/8NPT rm120 siap pos. ambik masa 2 minggu untuk barang sampai. boleh je saya order kalau betul2 nak
ردحذفsalam, bang mintak tlg skit ni. cel keta sy menyala, bila sy cek kuar error 13 iat sensor, 23 cmp sensor, dgn 55 iac valve position sensor. dkt mane letaknya sensor tu? keta wira 1.3 mmc. atau ade kena mengena dgn wiring dkt ecu? kalo ade wiring yg mana satu?
ردحذفSalam,kalau nak minta bro orderkan magnaflow spt bro pakai berapa kos dia termasuk pos,kalau ngam harga sy berminat.
ردحذفsalam bang...door visor evo 3 brp harganya???
ردحذفdoor visor evo biasanya harga rm100 ke atas dan kalau siap klip dalam lingkungan rm150 ke atas
ردحذفSalam bang... Hubcentric Spacers xleh order ngan bang ke?
ردحذفkos pos spacer mahal barang US ni, kalau sanggup boleh je tolong
ردحذفsalam bro jeff nak order bulb je siap modified tk? saya punya suis spotlight je tk nyala terbkr
ردحذفslm cikgu.. braper kos phantaran brg dr us ke malaysia, dia kira ikut berat ke?
ردحذفkos penghantaran barang dari US biasanya bergantung kepada jenis barang yang dibeli sama ada dibungkus small packet atau sebaliknya. berat juga diambilkira
ردحذفSalam cikgu jeff...klau rakuten utk pembelian di jepun...klau USA atau UK apa web utk membeli belah ni yer...TQ
ردحذفdengan saya sekarang ada 4 unit thermostat untuk dijual, sesiapa yang berhajat boleh hubungi saya melalui email ata facebook saya
ردحذفaskum,bang jeff sys ada msalah ngan meter minyak sya,slepas isi minyak,kejap meter naik kejap x,dan sya dah tukar ngan meter yg lain sama jgak...apa yg sya hrus lakukan??
ردحذف