Bersua lagi... kepada pengunjung setia blog ini saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda. entri kali ini ialah bagaimana memasang jam digital pada kereta perodua viva kerana kereta ini memang tidak disediakan jam pada ruang dashboard, hanya ada jam pada HU sahaja. jadi saya membuat pengubahsuaian dengan memasang jam digital yang diambil dari panel aircon manual mitsubishi. ikuti langkah pemasangan di bawah
pertamanya kena buat lakaran bentuk pada bahagian hadapan jam digital lancer. buat ukuran atas kertas seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas
seterusnya pindahkan bentuk lakaran tadi pada perspex
potong perspex pengikut bentuk yang dilakar tadi untuk dipadankan dengan bahagian hadapan jam digital
kepingan perspek yang siap dipotong
padankan perspek tadi pada bahagian hadapan jam digital dan lekatkan pada bahagian belakang dengan menggunakan double tape
perspex yang telah ditampal dengan sticker carbon
siap untuk dipasangkan pada panel tengah perodua viva
sini lah tempat yang akan dipasang nanti. untuk wiring kena buka panel tengah seperti yang akan diterangkan di bawah ini
$ads={1}
untuk membuka panel tengah perodua viva, pertamanya kena buka dulu panel meter, tarik ke depan sahaja dan pada panel meter ini tida ada sebarang skru tapi hanya menggunakan klip sahaja
cabut 3 bbutton panel aircond serta suis pelaras angin pada bahagian panel aircond tersebut. kesemua button ini perlu tarik untuk mengeluarkannya
hanya ada satu nat philips sahaja pada panel tengah dashboard viva seperti gambar yang ditunjukkan. sebaik sahaja nat ini dibuka maka anda bolehlah mula tarik panel bermula pada bahagian tepi kiri kanan dan atas serta bawah
benginilah keadaannya apabila panel tengah viva dibuka. semasa proses membuka panel ini, sebaik sahaja panel dapat dipisahkan dari dashboard anda perlu berhati-hati dengan soket cigar pada bahagian bawah panel berkenaan
keluarkan tray tengah dengan membuka 4 skru kiri dan kanan
tampalkan jam digital pada tray dengan menggunaka double tape dan bermulalah proses wiring. hanya ada 4 wire sahaja iaitu blue (acc), black (ground), red stripe black (constant 12v) dan green stripe yellow (dimmer - tap pada wire lampu). kesemua wiring ini perlu disambungkan dengan wayar pada bahagian kunci kereta. test wire kunci dengan menggunakan test lamp untuk mengenal pasti wayar-wayar yang disebutkan
apabila siap kemaskan wiring dan pasang semula panel tengah dan diikuti dengan panel meter. sekarang on kunci pada kedudukan acc, jam dah berjaya dihidupkan dan laraskan jam mengikut masa yang betul
benginilah keadaannya apabila waktu malam. sekarang anda dah mempunyai jam pada dasboard viva kerana perodua viva tidak mempunyai jam pada ruang dashboard. saya juga berkesempatan menambahkan LED pada cigar lighter seperti gambar di atas
terima kasih
sincerely - jeff tacra
perspex tu apa? mcm mana org buat jam digital tu nyala kaler biru abg jeff?
ردحذفBro jeff, kalu nk mod jam analog pun blh ke? Jenis 4 segi. Sy dpt jam nie dr hafkat. Free je dpt. Ade wiring lbh krg mcm jam digital lancer jgk.
ردحذفBoleh adjust masa guna switch button.
ردحذفmana jam yang dikhas untuk kereta boleh digunakan pada kereta lain, kena wiring
ردحذفOrait. Tq bro. Mmg terbaik. Sy de jgk mod sket2 utk wira sy. Sy tgh pki main switch control utk power window dr model toyota. De lampu kat switch. Pastu mod rear view mirror yg de double light dr model bmw. Mungkin blh dimuatkan dlm blog bro.
ردحذفwayar +ve dgn -ve nak tap dekat mana?
ردحذفwayar positif tap kat wire acc dan constant 12 pada kunci, negatif kat mana-mana body
ردحذفsalam, alhamdulilah, jumpa jugak gambar cara nak bukak radio viva, nak tanya,
ردحذف1. kalau nak bukak panel radio tu kena bukak meter panel ke?
2. kalau nak tukar radio cam sony etc, kena buat wiring ke @ wiring dia sama dengan asal, maksud saya connector radio OEM sama tak dengan radio aftermarket, kalau sama, ingat nak PnP sendiri je...
kena bukak panel meter tu dulu baru dapat buka panel tengah. soket dan wiring tak sama dengan radio aftermarket, so kena buat balik wiring, soket asal pun tak boleh pakai lagi
ردحذفsalam abg jeff,mcm mana nak tukar lampu ACC viva.tlg update dalam blog.kalu boleh nak diy sendiri jea
ردحذف