Bersua lagi dengan entri yang saya kira sebagai DIY terakhir untuk tahun
2012 ini. kali ini saya paparkan gambar mengenai penukaran satu set pad
brek kereta volvo s60t. proses membuka caliper agak sukar sekiranya
tidak mempunya tool yang mencukupi kerana kereta conti ini tida sama
seperti kereta proton atau kereta jepun, agak berlainan sedikit. namun,
segalanya berjalan lancar dan berjaya dilakukan tanpa menghadapi
sebarang masalah. cuma cuaca je tadi hujan agak lebat, tapi tidak menjadi halangan untuk membuat kerja
macam biasa buka tayar, terdapat 5 lug nut bersaiz 17mm sahaja
jack ini agak berlainan dengan kereta jepun tapi memang kuat untuk mengangkat body S60 yang agak berat. guna jack 2 tan pun rasa berat lagi kereta nak terangkat. jack ni selamba je pusing dan tayar terangkat. tak boleh guna untuk kereta lain kerana terdapat cangkuk kahas pada body volvo dan dipadankan dengan jack tersebut
allen key saiz 7mm sangat perlu untuk membuka caliper pin volvo ini, dan untuk makluman allen key saiz ini agak susah untuk didapati kat hardware melainkan beli satu set allen key terus. kebiasaanya kita jumpa allen key saiz 6mm dan 8mm sahaja, manakala 7mm payah nak dapat
pad brake volvo satu set depan belakang dengan harga rm450. nasib baik di kuala terengganu ini ada kedai spare part yang jual model ni. pergi kedai spare part jual barang merc pun tak ada. kalau tak kena order KL baru dapat kot
proses penukaran pad bahagian hadapan tidak mendatangkan apa-apa masalah, semua berjalan lancar, pad lama tinggal 10% je lagi dan nampak aga nipis
dah siap pasang pad hadapan dan masa ni caliper belum pasang lagi. kelihatan tengah disc yang bergerigi itu ialah untuk membolehkan ABS berfungsi
ini pula untuk belakang, semua nat dibuka manual, tidak menggunakan air gun tool
$ads={1}
kelihatan pad agak nipis dan sudah sampai masa untuk ditukar dengan yang baru. pada pad volvo ini tidak terdapat besi marking untuk pad habis, tidak sama seperti kereta proton
proses penukaran pad belakang
agak teruk sikit kerana pad jem sebab karat yang keterlaluan
perhatikan permukaan disc, hanya bahagian tengah sahaja yang terkena dengan pad kerana bahagian hujung pad atas dan bawah tak boleh bergerak disebabkan karat yang tebal. nak keluarkan pad pun kena hentam dengan tukul, tak boleh umpil macam biasa
pad belakang yang berkarat
antara tool yang digunakan untuk volvo
pomen sedang melakukan kerja
pasang pad dan test kereta. pada mulanya brek kurang cengkam kerana permukaan pad dan disc masih lagi tidak sekata. ambik masa sedikit untuk membolehkan brek menjadi lebih berkesan
terima kasih
sincerely - jeff tacra
sincerely - jeff tacra
hebat abg jeff ni keta jepun dgn euro pon boleh repair..abg jeff sana nak tanya ada beza ke manual regulator punya batang pengayuh wira 1.3 dgn 1.5..boleh tukar ke panjang batang tu kalau xnak tukar manual regulator
ردحذفPatut kena hantar grind dulu rotor disk tu utk kasi sama rata sblm pasang brake pad...hihi
ردحذفtak skim rotor disc sebab owner nak tukar set disc baru terus
ردحذفTERBAIKKKK
ردحذفGοoԁ post. I'm going through a few of these issues as well..
ردحذفMy site: pikavippis.net
my web page - pikavippi